yusufyaacub/panca-4dimensi: engkau melayu Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, November 20, 2010

engkau melayu

salam sahabat buat skalian~
melayu itu bangsaku,
melayu itu adatku,
melayu itu bahasaku.
banggakah aku?

apa itu melayu?
mana megahannya?
taming sari dengan tari Tuah?
atau amuk Jebat pemusnah daulat istana?

ini bukan zaman bertikam senjata,
ini zaman serangan minda.
melayu di senjata atau di minda?

melayu,kau lupa..
silam itu pedoman semata
silam itu guru termulia.

tapi masa depan perlu teroka,
perlu disemai dan dibaja.

agar melayu tak lagi layu,
agar melayu terus bersatu.
dalam satu acuan baru,
ukiran pemudi senada berpadu.

engkau wahai melayu!
kau teruskan lagi,
hinggalah titis keringat mengalir,
hinggalah gerak tari engkau berakhir!
simpul simpulan bahasa sanskrit: satu lg. nk pkai, mntk izin dlu!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v