yusufyaacub/panca-4dimensi: harapan Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, November 20, 2010

harapan

salam sahabat buat skalian~

embun,kabus,
tika ini aku hanya bagai sang unggas.
dahan,ranting,
sebagai tumpanganku.
sejuk,kelam,
catan hiasan kamar aduku.
luas,padat,
liuk pohonan, rengekan buluh selisih.
simfoni melodi tulus dan bersih.

kau jadikan malamku gelap gelita.
kau jadikan hati,otak akal di kepala.
kau jadikan mata meraba dalam cahaya.
apakah buta? siapa?

embun dan kabus mata aku melihat,
dahan dan ranting aku berpaut,
jiwaku sejuk,jiwaku kelam,
ku kini hilang,
hilang dalam memori yang luas dan padat.

ku turut resam malam,
kelamnya bukan tidak bermaya,
kelamnya bukan pemutus cita-cita
kupejamkan mata,rasai kamu,
ku lapangkan dada,hati bersatu,
biar terpantul nur hatiku pada bulan.
biar kau menikmati sinarnya..
biar kau tahu aku bersama.

simpul simpulan bahasa sanskrit:......................................
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v