yusufyaacub/panca-4dimensi: realiti cintaku Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, November 20, 2010

realiti cintaku

salam sahabat buat skalian~

langit,
aku ingin ke sana.
kau luas...
kau bebas...
kau litupi segala.
kagum,aku kagum.

langit,
pernah kau dekat dengan bumi?
pernah kau menoleh membelakangi?
kenapa kau tak datang ke sini?
agar aku dapat menumpang kau nanti.


kau tak pernah bertemu,
kau tak pernah bersatu,
tapi kau setia menyubur bumi,
menghadap lautan manusia,
yang bertaburan ini.

andai kau adalah aku,
andai bumi adalah kasihku,
bisakah ia jadi begitu?
bisakah kesetiaan menafi jarak dan kedudukan?

namun jika ia begitu,
kau tetap akan bertemu,
pada kiamat nan satu,
dan percaya itulah juga realiti cintaku.

simpul simpulan bahasa sanskrit:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v