yusufyaacub/panca-4dimensi: Jana Kewangan Dengan Dinar Emas Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, January 29, 2011

Jana Kewangan Dengan Dinar Emas

salam sahabat buat skalian~
baik, dalam aku dok selidik2 bab jual beli emas bersama sorang kawan, aku rasa aku dah jumpa satu cara yang baik untuk menambah pendapatan dengan sekurang kurangnya sekali keluaran modal saja. baik, ada beberapa fakta penting yang anda perlu tahu dalam hal ini.

1. harga emas antarabangsa (spot gold) adalah  berbeza dengan harga emas di kedai2 emas. sebab harga antarabangsa update setiap jam dan di kedai berminggu mingu untuk berubah.

2. emas di Malaysia bukan barang kawalan. bermakna kedai emas bebas meletakkan harga masing2. jadi setiap kedai mempunyai harga berbeza.

3. harga barang kemas di Malaysia menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM), bukannya harga emas antarabangsa (spot gold).

4. semakin lemah matawang USD berbanding RM di pasaran, semakin meningkat harga emas. semakin kukuh USD berbanding RM di pasaran , semakin turun harga emas.


untuk itu aku dah buat plan baik  punya untuk dicuba...
1. beli emas secara online pada harga semasa antarabangsa adalah jatuh.

2. track dan pantau harga antarabangsa semasa sambil survey kedai2 barang kemas yang akan beli dengan harga tinggi.

3. jual emas anda pada kedai yang mempunyai harga belian tertinggi melebihi harga belian awal anda.

4. lakukan proses 1-3 sekerap yang boleh sepanjang tahun.

5. jual kesemua emas anda bila menjelang hujung tahun dan masukkan wang itu ke akaun Tabung Haji ataupun ASNB kerana kedua duanya akan menutup akaun tahunan pada 31 disember setiap tahun dan membayar dividen serta bonus yang tinggi pada anda.

6. setelah dapat bayaran dari mana2 unit simpanan, bolehlah anda mengulangi langkah 1-5 selagi anda inginkan.

kelebihan menggunakan cara ini adalah anda tidak perlu membayar zakat emas kerana, ia adalah emas dagangan bukannya perhiasan yang kemudiannya telah ditukarkan aset emas dagangan anda itu kepada wang simpanan setiap hujung tahun. bermakna anda sudah terlepas syarat "haul setahun".

simpul simpulan bahasa sanskrit: nak try dulu...biar jadi pelopor....
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v