yusufyaacub/panca-4dimensi: ARTIKEL 1: PENGARAH@PENDAKWAH: Adat membanding Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, February 20, 2011

ARTIKEL 1: PENGARAH@PENDAKWAH: Adat membanding

salam sahabat buat skalian~

Isu pemakaian selalu menjadi focus utama dalam masyarakat islam. Tambah2 di Malaysia. Mengapa? Kerana kita berbilang agama di sini. Kebanyakan wanita tidak dapat membezakan hukum, kepentingan dan faedah berpakaian menutup aurat.

Kita mengakui jika seseorang muslim itu bersekolah, dia x kan terlepas untuk mengambil subjek PENDIDIKAN AGAMA ISLAM. Kita juga mengakui, silibus subjek ini merangkumi semua keperluan pengetahuan dalam segala aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Ironinya, apabila sesorang muslimah itu terpesong dari ajaran islam sedangkan dia telahpun menerima ilmu2 ini di sekolah dan sedia maklum dengan corak hidupnya yang tersasar itu, banyak pihak akan member komen “KURANG DIDIKAN AGAMA ISLAM”. Apakah yang dimaksudkan dengan komen itu? Kita selalu lihat dalam akhbar, dalam forum mahupun debat2 di kaca televisyen yang melaporkan tentang pelbagai jenis keruntuhan moral muslimin dan muslimah Malaysia. Dan komennya tetap sama, “MEREKA KURANG DIDIKAN AGAMA”.

Bagi saya, terus terang agak BODOH seorang yang berpelajaran tinggi mengeluarkan pendapat sedemikian. Mengapa? Sebabnya mereka juga telah sedia maklum, PENDIDIKAN AGAMA ISLAM diajar sejak zaman Tadika hingga tamat institusi persekolahan. Jadi di mana bukti untuk menyokong kenyataan bahawa mereka yang mempunyai masalah dari segi ugama ini telah mendapat kurang didikan agama?

Jika ditanya, “adakah kamu boleh membaca Al-Quran?”. Jawapannya “Ya”. Tapi bila ditanya “apakah yang terkandung dalam Al quran?” Jawapannya “tak tahu, banyak perkara sangat dalam tu”. Oohhh, adakah anda semua nampak? Bukankah kebanyakan isi al quran itu sendiri telahpun diajar kepada kita di zaman persekolahan? Jadi, dari mana datangnya jawapan “tak tahu” itu? Mengapa jawapan itu dikeluarkan?

Mari kita lihat sesuatu yang ada dalam masyarakat kita sebagai contoh. Satu isu yang takkan berkesudahan. AURAT.

Saya selalu melihat isu ini dikomen, diperdebat. Tetapi berapa ramai yang dapat memberi pandangan seperti saya? Ada tok haji/ tok imam/ ulama/ ustaz masjid,surau,institut pendidikan dapat member pendapat seperti saya? TIDAK! Mereka hanya pandai menyatakan apa yang patut buat, apa yang tidak. Apa yang halal, apa yang haram. Mereka adalah PENGARAH BUKAN PENDAKWAH!

Apakah pendapat saya itu?
Cuba lihat apabila satu topic hukum syariat diperdebatkan oleh mereka2 yang menjurus pada nafsu:

Hipokrit? Ia umpama menipu diri sendiri tentang sesuatu pilihan atau pendapat peribadi (kata mereka). Contohnya

(STATEMENT 1), “saya tak pakai tudung pon xpe, saya baik dan x kacau hal orang.

(STATEMENT 2)“Ini dah memang diri saya, buat apa saya nak pakai tudung semata-mata untuk menampakkan saya ni baik? Sedangkan ramai lagi yang pakai tudung tapi buat maksiat.”
Statement2 di atas cukup selalu didengar kan? Malah ada diantara anda sendiri juga mungkin pernah menyatakan sedemikian! Terlalu senang statement bodoh ini dikeluarkan oleh mereka2 yang bijak pandai. Kebanyakan pula berasal dari mahasiswi2 pengajian TINGGI.

Rakyat Malaysia ni, suka sangat menilai sesuatu perkara berdasarkan perbandingan tahap terbaik dan terburuk sesuatu isu. Contohnya, ramai melihat ada di antara wanita bertudung melakukan maksiat. Ramai juga melihat wanita tidak bertudung melakukan maksiat. Jadi rakyat Malaysia sendiri kebanyakannya berpendapat “tidak pakai tudung pon xpe asal hati baik dan x buat maksiat. Just jadi diri sendiri okeh…jgn hipokrit”. Inilah jalan tengah mereka. SETUJU dgn pendapat ini? Saya TIDAK SETUJU! tiada istilah HIPOKRIT, YANG ADA IALAH "MUNAFIK"

Apabila seseorang bertudung itu membuat maksiat, yang terlibat hanyalah
1.      Wanita itu
2.      Pasangan/tanpa pasangan
3.      Allah

Bermakna  Allah akan menghukum mereka ini sahaja. Orang lain yang tidak tahu, tetap tiada tanggung jwab terhadap mereka.
Apabila seseorang wanita tidak bertudung itu membuat maksiat, yang terlibat adalah
1.      Wanita itu
2.     Orang sekeliling
3.     Pasangan/tanpa pasangan
4.     Allah

Bermakna, jika wanita itu baik budi pekertinya, dia tetap di dalam maksiat 24 jam sehari sepanjang hidup kerana “membogelkan” anggota tubuh. Orang sekeliling yang terpandang juga turut terkena tempias dosa.  
Ingat!

Jika seorang wanita bertudung itu baik budi pekertinya, maka  baguslah untuk dirinya dan juga masyarakat yang memandang.

 Jika seorang wanita itu tidak bertudung, mungkin dia bagus untuk dirinya tapi orang yang memandang tidak akan menjadi seorang yang bagus.

Jika anda tergolong dalam kelompok tidak bertudung, sedarlah,
ANDA SENTIASA MEROSAKKAN IMAN LELAKI. ANDA PENJENAYAH TERBESAR TERHADAP KAUM LELAKI!

Memanglah kita ni takkan mencapai tahap keimanan si malaikat…. Kita juga tak mahu menjadi sejahat si syaitan. Tapi adakah anda sedar sebaik baik kejadian adalah manusia? Manusia diberikan akal, dikurniakan nikmat terbesar yakni Islam, diamanahkan juga Al quran untuk difahami, turut juga dibimbing  Nabi2 dan Rasul2 secara nyata. Inilah perbezaan terbesar! Mengapa kita perlu bandingkan dengan 2 kolompok makhluk Allah itu sendiri?  Mereka mempunyai tanggungjwb dan peranan masing2. Kita pula ada tanggungjawab sendiri. Ohh…bila bercakap soal iman, mahu bandingkan dengan malaikat? Bila bercakap soal dosa, mahu bandingkan dengan jin syaitan? Kononnya kira oklah kita berada di tengah2 ye, baik sgt pon tidak jahat sgt pon tidak.gitu?
Apa salahnya sebagai manusia, kita usaha MENCAPAI KEIMANAN TERTINGGI DI KALANGAN MANUSIA? SESUNGGUHNYA DARJAT MANUSIA MUSLIM ITU SENTIASA MELEBIHI MAKHLUK LAIN.

Artikel ini DITANGGUHKANAN dengan satu situasi yang cukup mudah difahami oleh kelompok manusia yang berfikir secara akaliah sahaja.

“ZAMAN SEKARANG, SAYA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN SEORANG WANITA MUSLIM DENGAN WANITA KAFIR SELAGI SAYA TIDAK MELIHAT IC MEREKA”.


simpul simpulan bahasa sanskrit: sy sedang mencabar puak2 ustaz menulis artikel yang membuka minda, bukan hanya artikel berkaitan dosa dan pahala. silakan...

2 comments:

  1. hmm...
    betul jugak.. dari kecik dah belajar agama kat sekolah..
    hmm. Kalau kurang didikan agama tu ditukar kepada kurang penghayatan agama, boleh ke?

    ReplyDelete
  2. boleh... sbb penghayatan adalah melalui hati dan terus kepada qolbu. tp kalo didikan, melalui pngaruh luar dan individu hnya mnerima pengetahuan yg blom tentu mmbawa kpd mengenali diri sendiri.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v