yusufyaacub/panca-4dimensi: CATAN BUAT RAJA MUDA PERLIS Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Tuesday, February 15, 2011

CATAN BUAT RAJA MUDA PERLIS

salam sahabat buat skalian~
ni adalah karya lama. aku dah pernah post dulu, tapi aku post serentak dengan dua karya lain tanpa ada deskripsi. so, sekarang aku dah pecahkan post lama dan buat post baru berkenaan karya ini. nampak biasa je kan? tapi bagi aku, inilah karya special bagi aku setakat ini. aku telahpun diberi kepercayaan oleh IPG aku untuk melukis satu catan sebagai hadiah kepada Raja Muda Perlis. hadiah ni disampaikan pada baginda  bersempena dengan majlis konvokesyen IPG aku dalam bulan 3 2010 dulu.
aku namakan catan ni sebagai "HIDUP DI TERUMBU" yang menggunakan media akrilik dan kanvas bersaiz 20x30 inchi. aku hasilkan catan ni dengan pelbagai gambar dari internet. setiap objek yang ada dalam gambar tu datang dari gambar yang berlainan termasuk latar belakang laut itu dari gambar lain. punca cahaya juga dari gambar berlainan. jadi, bagi aku bukanlah satu kerja mudah untuk menggabung dan mengkaji cahaya dan ton yang akan terhasil.

simpul simpulan bahasa sanskrit: walaupun aku hanya menerima sedikit bayaran (2 angka), tapi aku puas hati sebab tuanku sudi menerima lukisan ini sebagai hadiah peribadi.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v