yusufyaacub/panca-4dimensi: BELASAH ISTERI HAMIL MENGIDAM Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Thursday, March 31, 2011

BELASAH ISTERI HAMIL MENGIDAM

salam sahabat buat skalian~


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an. 
Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya. 
“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.

“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.


“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan. 
“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya. 

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu. 

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati. 

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan. 

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya. 
Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

sumber- metro

kelawakkan jelas terserlah kat tajuk berita harini. adehh.... ngidam pnya psal, da kena blasah. ni konpem banyak mulut nih... okeh2, bab belasah tu aku kureng setuju sebabnya, walo apa pon tahap kebengongan bini kita ni sedarlah..dia tu pempuan. kita bedebish! kat muka dia pon xleh settle masalah, tambah lagi adala kan3??
aku cuma nk share bab ngidam @ ngada+m. hahaaa, apa itu ngada+m? NGADA MELAMPAU. bagi aku, kes2 bakal2 ibu dok mengidam macam2 ni adalah dari faktor psikologi,sosiologi dan mental ajer.. knapa korang tanya? haaa..ni antara sebab dia.

1. bagi manusia normal bujang xkira laki2 @ pempuan, kita dah selalu sangat makan macam2 makanan kan? dan setiap orang ada makanan peberet masing2. tambah lagi, setiap orang jgak ada pengalaman makan sesuatu yang xpernah dimakan sebelum ni dan jarang2 plak dapat makan. ole itu, kita sendri kadang2 akan teringat kategori2 makanan2 yang aku sebutkan tadi. pastu mulalah start moto/keta/ kayuh beskal gi cari. ye dak? contohnya 3 bulan lepas, aku dok tringin nak makan durian/pulut durian. sampai sekarang pon xsempat lagi nak gi beli. sebabnya, aku dah lama x makan durian. lagi satu, aku tringin nak makan buah cermai yang masak ngn gula n sirap ros merah tu. dulu2 mak aku selalu buat. tapi dah bertahun tahun aku xdapat makan. selalu sangat macam duk trasa je kat mulut nih. ha, nak kira aku ngidam gak ke gini??

aku tak bersalah... :(
2. ibu2 mengandung plak selalunya akan bergebang gebang kat tempat kerja. maklumla, nak gerak sana sini letih plak.. dok setempat, bukak cerita. time bukak cerita, konpem2 xlepas dari cerita sal ngidam n makan. puhh...mulalah terpengaruh kat situ. haaa, time ni la sosiologi bermain peranan. hubungan antara manusia dalam kehidupan seharian amat mempengaruhi tindak tanduk seseorang. bila abeh keja je, dorang balik umah, search kat tenet cari balik makanan2 tuh. then pegang tepon, "abg, on da way balik keja t belikan ayg sup tulang kancil ye..baby nakk".

3. satu perkara lagi bab mentaliti. adoih.....ni payah ni, sebab mengidam kritikal ni perangai orang melayu jek. samalah dengan melatah. aku x pernah jumpa nenek omputih melatah macam2 sampai 5-6 minit. huhhh......melayu je yang over sangat kot. cerita cereka turun temurun pasal ngidam ni lah dijadikan modal puak2 ibu muda zaman skrg ni dok kutip n jaja sepanjang tempoh ketermengandungan mereka. kononnya "this is for our baby".aip3.....x boleh jadi nih. aku bagi contoh, cerita WAN ANOM ngidam makan buah nangka. tapi si sultan murka dan belah perut WAN ANOM tu dan adanya saorang baby tengah pegang seulas nangka sambil nak suap ke mulut. ha! cerita ni lah mulanya titik tolak alasan ibu2 zaman dulu sampai sekarang guna. adoooiiiiii....logikla sikit macik2 sekalian. si baby dalam perut tu x pernah merasa dunia dan makanan2 kat dunia ni. yang dok mentekedarahnya, si mak baby tu. mak dia yang kenal ni pasembor, ini kuey teow hailam.... baby tu kenal ka? ceh, lagi mau guna baby wat alasan. stupidest manusiest.

ini bukan aku. hahaa
aku akhiri entry terpanjang aku kot. hehee... aku rasa sepatutnya perkataan "mengidam" dah x digunakan dan diganti dengan "teringin". sebab bila sebut mengidam, dalam pala otak korang mesti akan pikir, "untuk baby-wajib dapatkan-bapak kena ikut je", so bapak pon rasa cam terpaksa, nak marah baby pon baby x kluar lagi. . tapi bila pkai perkataan "teringin", korang mesti terpikir "mak dia nak makan-nak pi cari sendri t letih plak time ngandung2 ni- bapak rilek je dan ikhlas g cari makanan(yg logikla)". 
si bakal2 bapak baru tu.. aku nasihatkan xpayahla emosi sangat, entry aku ni hanyalah pendapat semata mata atas sebab perbandingan budaya yang ketara. bagi si ibu2, x salah nak makan itu ini sebabnya time pantang nanti konpem2 xbuleh nak makan dah.... jadi kalo "teringin" nak makan itu ini, bagilah logik keh. jangan lah bagi alasan ngada+m yang baby tu nak.. adoiii, kuno betol.

simpul simpulan bahasa sanskrit: woi3, durian ngn halwa cermai aku xdapat dapat lagi apakes? aku nak tendang sapa gini??? :p
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v