yusufyaacub/panca-4dimensi: persaraan penuh kepuasan Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Monday, March 7, 2011

persaraan penuh kepuasan

salam sahabat buat skalian~

kenangan lompat tinggi terakhir di IPG Perlis.
TQ kat photog
SAMAD
bermulanya sejarah keatlitan diri ini adalah sejak berumur 9 tahun. huhuu....masa tu 1998= 13 tahun dulu. sezaman dengan sukan komanwel yang Malaysia anjur tuh. aku ni kurus je dari kecik, masa sekolah rendah pulak aku rendah je kalo nak banding dengan kawan kawan yang lain. biasala, time ada hari sukan sekolah je, mesti ada training kan... ntah macamana tah, aku elok je dapat lompat  ketinggian 80-110cm. huuu, best kot. maka aku pon mewakili la rumah sukan "Ledang" kaler hijau. first time, dapat pingat perak je.. start dari situ, aku join setiap kejohanan sekolah sampaila peringkat daerah Kota Setar.
Bila up naik sekolah menengah, tradisi macamtu tetap diteruskan tapi aku still cecah daerah jek. maklumla, aku xda cikgu yang mampu jd coach untuk game ni. yang diorang tau, laaaaaaaaarrrrriiiiiiieeeeee je. aku dapat injury yang kritikal pada awal form 2 masa sedang training sesaja. sekali lompat jatuh terduduk atas tanah daaaa... pastu retakla tulang belakang aku dan ada sedikit off balance curve tu ke kiri. so, aku rest sepanjang taun tu sehingga form 4. walaubagaimanapun, aku x pernah buat rawatan susulan ke ape ke sepanjang masa rest. haaa, start form 4 ni lah aku msok peringkat daerah semula, tapi apakan daya kalo dah OKU ni, tetap sama jugak. ada limit jugak untuk lompat, bila dah rasa sakit terpaksa berenti.... macam yang ada dalam gambar kat atas tu, aku dapat join semula dengan situasi yang sama di IPG ni. dan pingat last sekali adalah Gangsa saje.. dulu dapat tawaran ke sukan antara IPG tapi aku tolak dengan bagi alasan malas. sebenarnya sebab aku training pon x guna. spine still crack lah.....sekarang, aku x melompat dah..maybe jadi coach kat sekolah plak. heheee...

Last game kat Perak(Gangsa Kebangsaan)
Beralih ke silat pulak.... ahaa, yg ni aku masih aktif. cuma bab2 nak masuk bertanding lagi tu aku dah xnak. cukuplah pengalaman yang ada kan.. aku bukan set nak jadi atlit kebangsaan pon, aku nak jadi coach silat je. dan Alhamdulillah, dah dapat pon tauliah coaching silat ni. jadi aku cuma ikut aktiviti sekadar yang termampu dan berkesempatan sahaja....... maybe nanti aku punya anak buah akan menyambung kecemerlangan silat. x pon anak sendiri kan kan kannn.....




Medal2 yg terkumpul sepanjang aku ada kat IPG ni.. dari kiri- lompat tinggi gangsa(2011), lompat tinggi perak(2010), lompat tinggi emas(2009), silat olahraga pesaka kebangsaan gangsa(2010), silat persatuan kebangsaan perak(2010)


Sejuta memori persaraan dari dunia atlit kecik2 aku.. moga dapat berehat dengan rileks.

kenangan bersama rumah hijau kat IPG. (taon depan xmo cbuk2)
TQ kat photog SYAZWAN YAZID
simpul simpulan bahasa sanskrit: melukis lukis tetap diteruskan!!

2 comments:

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v