yusufyaacub/panca-4dimensi: TUTORIAL PENGHASILAN MODEL KERETA MASA DEPAN(11.3.2011) Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, March 11, 2011

TUTORIAL PENGHASILAN MODEL KERETA MASA DEPAN(11.3.2011)

salam sahabat buat skalian~
   kebengongan mengejar tempahan2 potret dikejutkn plak ole esaimen yang melambak lambak. ceisss... macamla nak cuti sebulan, pas cuti hantar xleh? tapi ni bukan tempahan potret.. ni tempahan model kereta...

   aku ni xtawu nak letak harga macamana sebagai upah. lalu aku mengekol abg aku tanya brapa yang patu aku amik. hurmm.... abg aku cakap untuk upah, charge ikut jam bekerja. so aku putuskan untuk amik sejam RM5. murah giler ahhh........ bkn xleh amik mahal, tapi buat model kereta ni bukan tugas aku..mahal2 xsyoklah. kalo potret tu lainla, dah memang kerja aku kan. aku amik sorang rm40 tu dengan penuh kepuasan.
    ada barang2 yang aku dah memang ada macam styrofoam, paip, masking tape dll lagi. so kurang la kos nak beli barang tu. lepas ditolak yang free2 tu, kos semasa adalah rm49 je.
Dulu, punya la payah aku search kat internet cara2 nak wat model kereta ni. sekarang...NAH.. ni aku wat tutorial CARA MENGHASILKAN MODEL KERETA MASA DEPAN.


1.  buat design-lakar2 dulu,gam bongkah strofoam.biar betul2 kering.

2. potong sikit2 guna pisau untuk dapatkan bentuk seperti lakaran.
3. buang lagi sampai saiz kereta kecik cikit dari saiz yang diinginkan.
4. bila dah dapat, buang habuk2 halus yang melekat kat keta ni dengan berus lembut.






























5. bancuh poly putty dengan sedikit harderner.
6. sapu kat permukaan model guna kadboard keras selicin yang boleh.
7. jangan terlalu tebal, nipis pon da ok then biar kering.
8. gosok dengan gunakan kertas pasir saiz sederhana.
9. buang habuk2 tu dan apply lagi putty untuk layer kedua.
10. biar kering dan gosok lagi.
11. bila dah puas hati dengan ketebalan dan kelicinan putty, buang semua habuk dan ready untuk sembur undercoat.
12. cat spray si apply sikit2 selapis demi selapis. jangan trus hentam tebal yerr...
13. letak masking tape kat tempat yang nak dikekalkan hitamnya itu. pastu spray je kaler ape nak.
14. sambil2 tunggu kering tu, potongla paip pvc yang agak tebal untuk dijadikan rim.
15. print gambar rim sebenar mengikut diameter paip pvc.
16. cat paip tu dan biar kering kemudian gam gambar rim kat tengah2.
17. balut luar rim dengan guna pita pelekat pvc. (yang ada benang2 tu)













18. buka cikit2 masking tape tuh.
19. spray clear pulak untuk kilatkan permukaan model n biar kering.
20. gam je tayar kat ruang yang dah di save tu. biar kering lagi.
21. lekatlah apa2 sticker untuk nampak lagi cantik kalo korang suka.
ini projek kerja kursus aku yg lama http://panca-4dimensi.blogspot.com/2010/10/projek-huru-haralintang-pukang-kacau.html





1 comment:

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v