yusufyaacub/panca-4dimensi: Bukan Sekadar Seni Mempertahankan Diri Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Monday, May 2, 2011

Bukan Sekadar Seni Mempertahankan Diri

salam sahabat buat skalian~
SILAT merupakan salah satu seni mempertahankan diri MELAYU yang cukup terkenal sejak berzaman. adapun silat yang dikenali kebanyakan orang adalah dari pelbagai nama, hakikat pada umumnya, orang ramai dapat mengenali silat berdasarkan:
1. kuda-kuda


2. kaedah serangan


3. kaedah belaan


4. amalan kerohanian/kebatinan



5. pakaian


6.seni tari

     Percaya atau tidak, pengecaman yang terjelas bagi mengenali silat berbanding seni beladiri lain adalah pada seni tarinya. ini kerana keunikan seni silat terletak pada seni tari yang adakala "lembut", adakala "keras.". bercakap tentang keunikan ini, banyak pendapat dikeluarkan secara peribadi sebagai satu bentuk untuk menjatuhkan, atau menyerang secara psikologi pada kelompok silat yang mengamalkan seni tari masing-masing. disebaliknya tersembunyi tujuan buruk yang dilapis oleh hujah-hujah "sedap didengar" agar menimbulkan beberapa bentuk keraguan tertentu dalam pemikiran masyarakat. padahal mereka tidak mengerti bahawa sikap sebenar pesilat adalah menyembunyikan kaedah2 serangan mahupun belaan dalam seni tari. apabila seni tari diersembahkan, ia bukanlah sekadar gerakan bersambung sambungan seperti tarian zapin, tapi mempunyai "isi" yakni kaedah serangan dan belaan dalam gerakan yang cantik. itulah yang dinamakan "SENI JURUS DALAM TARI".

     hal-hal ini sering berlaku sejak berzaman dulu. tapi dalam satu bentuk berbeza yang lebih kepada ujian kepada satu perguruan dengan perguruan yang lain. contoh yang boleh saya berikan adalah seperti  PERGURUAN A ingin mencuba ilmu persilatan PERGURUAN B yang baru sahaja ditubuhkan dalam sesebuah kampung. maka, pelbagai kenyataan buruk dikeluarkan oleh PERGURUAN A mengenai PERGURUAN B. sudah menjadi kelaziman sekiranya sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh orang berstatus tinggi seperti guru silat mahupun orang kanannya, berita itu amat cepat tersebar di kalangan masyarakat.

     maka, dengan ini menjadilah satu bentuk serangan psikologi terhadap PERGURUAN B. tidak cukup dengan itu, mungkin juga disertakan dengan serangan2 mistik terlebih dahulu. "PANTANG UNDUR SEBELUM MATI", mungkin inilah yang dipegang oleh pesilat2 dahulu. mereka membuat satu serangan balas dan akhirnya konflik berlaku. tatkala ini, penyelesaiannya hanyalah satu iaitu selesaikannya di gelanggang.

      PERGURUAN A BERTEMU PERGURUAN B, apa sahaja yang berlaku di gelanggang hanya akan tamat di gelanggang, sekiranya PERGURUAN B dapat mengalahkan PERGURUAN A ataupun memberi tentangan yang hebat, maka PERGURUAN B diiktiraf sebagai perguruan yang kukuh dan mantap.

      kita lihat disini, umpama terdapat satu sifat buruk yang dipegang oleh pesilat2 zaman dahulu tetapi, cuba kita lihat dari sudut sebenar. perang psikologi, serangan mistik dan pertempuran di gelanggang hanyalah satu bentuk ujian dari satu perguruan lama dengan satu perguruan baru. ini adalah perlu kerana kita dapat mengetahui samada perguruan baru itu ditubuhkan atas motif kepentingan peribadi mahupun ikhlas menyebar ilmu. lihat pula pada prinsip ini, "APA YANG TERJADI DALAM GELANGGANG, BIAR TAMAT DALAM GELANGGANG". bermakna, sekiranya kedua dua perguruan beradu dalam gelanggang, keputusan dan segala konflik sebelum ini akan ditamatkan di dalamnya. segala sengketa tidak akan berulang bahkan perlu berbaik baik sesama mereka.

      kita lihat pula trend persilatan hari ini, amat banyak kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh ahli2 mana2 perguruan yang dengan yakinnya menyatakan merekalah yang terbaik, merekalah yang lebih islamik, merekalah yang lebih kukuh kaedah berbanding semua seni beladiri yang ada di dunia. hakikatnya, mereka lupa sejarah, mereka lupa adab, mereka lupa mengenali motif perjuangan sebenar seni beladiri melayu! apakah mereka ini berani membuktikan kenyataan mereka di dalam gelanggang?
   
      tidak mengapa mengatakan perguruan kita ini bagus, kaedah kita ini mantap...kerana setiap seni beladiri itu ada keunikan masing masing dan ia dianggap sebagai satu usaha mempromosi perguruan. tapi apakah beradab jika kita mengatakan perguruan kita ini lebih bagi dari semua perguruan yang ada di dunia? adakah beradab mengatakan kaedah kita ini lebih mantap dari semua perguruan lain di dunia? penghinaan berlaku dengan jelas bila sesebuah demo atau pertunjukkan oleh sesebuah perguruan silat dimasukkan karakter2 bergaya seperti dari taekwando, wushu, silambam dan lain2 sebagai penyerang. kemudian kita menggunakan kaedah dari perguruan kita untuk mematahkan serangan mereka? untuk apa?? untuk memperlihatkan kononnya kaedah kita ini lebih praktikal dan mampu mematahkan segala jenis gaya seni beldiri lain? bagi saya, saya tidak lihat ini sebagai satu bentuk promosi bersih tapi ini merupakan satu PENGHINAAN BESAR DALAM DUNIA SENI BELA DIRI.
     
     tidak perlulah bercakap tinggi melangit, kerana terlalu tinggi itu menyebabkan kita sesak nafas.... kalau semput nanti, sukar nak balas.... saya bukanlah suka membuat provokasi tapi adatlah seni beladiri, BUKAN SEKADAR MEMBELA FIZIKAL DAN ROHANI, TAPI MEMBELA MARUAH DAN PERJUANGAN KAMI.

simpul simpulan bahasa sanskrit: SAYA BERSYUKUR KERANA TERHINDAR DARI BENTUK KESYIRIKKAN DAN KEUJUBAN BILA DI SAMPING PERSATUAN PENCAK SILAT SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG MALAYSIA, AMIN..
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v