yusufyaacub/panca-4dimensi: Hukum Akal, Adat dan Syariat Dalam Persilatan Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Tuesday, May 3, 2011

Hukum Akal, Adat dan Syariat Dalam Persilatan

salam sahabat buat skalian~

Sesuatu yang berkehendak kepada dicuba- cuba makhluk ialah HUKUM ADAT. walau berapa ribu kali dicuba sekalipun, kesannya tetap sama. contohnya, AIR MEMBASAHI TANAH dan API MEMBAKAR BARANG. begitu juga dengan persilatan.

     persilatan melayu menggabungkan teknik serangan dan belaan diri yang unik berbanding seni beladiri lain. walaupun kadang-kadang ia hampir serupa tetapi tetap mempunyai gaya yang berbeza. inilah yang memberikan variasi menarik dalam dunia persilatan Melayu. bila dikatakan seni beladiri, sudah pasti kita akan terus membayangkan penggunaan tubuh badan yakni semua anggota fizikal. segala kaedah dan teknik yang dipraktikkan ataupun direkacipta pada awalnya adalah berdasarkan CUBAAN yang banyak. CUBAAN CUBAAN ini dilakukan sebagai usaha kajian awal tentang keberkesanan kaedah belaan mahupun serangan. contohnya, sekiranya seorang mangsa diserang, beliau dapat mengelak ke arah mana, kedudukan badannya di mana ataupun serangan balas yang bagaimana perlu dibuat. setiap kaedah itu mestilah kukuh dan mempunyai KESAN ke atas si mangsa mahupun penyerang.

     jadi, satu kaedah CUBAAN yang berjaya telah dipraktikkan. andainya elakkan dan serangan itu berKESAN sehingga membawa sesuatu keputusan yang diharapkan, maka tepatlah apa yang dipraktikkan itu. di sini, kita dapat melihat konsep HUKUM ADAT digunapakai:- 

1. si perekacipta kaedah belaan dan serangan ini melakukan banyak CUBAAN
2. kesan ke atas yang dicuba tetap sama

     saya berikan satu situasi, "A menumbuk B di muka dengan kuat". kita dapati, TUMBUKAN DAPAT MENCEDERAKAN. ini adalah pada ADAT, amat sukar untuk kita lihat bahawa tumbukan yang kuat pada muka tak dapat memberikan kecederaan. yang menetapkan TUMBUKAN ITU MENCEDERAKAN BUKAN AKAL TAPI ADAT serta BUKAN SYARAK. pernahkah kita jumpa dalam Al- Quran atau hadis, nas yang mengatakan bahawa TUMBUKAN ITU WAJIB MENCEDERAKAN? tidak bukan? jadi tiada hukum yang menyatakannya WAJIB berlaku sedemikian. tetapi apa yang kita dapati dalam SYARIAT, tiap satu yang ada ini TIDAK BOLEH MEMBERI BEKAS MELAINKAN ALLAH S.W.T.

     pada SYARIAT, TUMBUKAN TIDAK BOLEH MEMBERI KESAN KECEDERAAN kalau tidak dengan IZIN ALLAH. jadi, tumbukan itu hanyalah sebagai PENYEBAB SAHAJA. iaitu, sebab cedera itu adalah kerana tumbukan yang kuat. sudah demikian Allah jadikan sesuatu itu mesti ada sebabnya.

    tetapi pada adatnya, tumbukan itu pasti mencederakan. bukan WAJIB TAPI PASTI pada adatnya. kalaulah AKAL yang menetapkan bahawa tumbukan itu mencederakan, tentulah dapat disalahkan kerana dalam sejarah, bukan ditumbuk, tapi NABI IBRAHIM DILONTAR DALAM API PUN TIDAK HANGUS. jadi perkara yang sepatutnya membawa kesan mudarat tidak berlaku dan tidak diterima AKAL.

     pada zaman ini pula kita dapat melihat TUMBUKAN TIDAK DAPAT MEMBERI KECEDERAAN pada penipuan syaitan contohnya ilmu kebal. dengan ini menunjukkan BUKAN TUMBUKAN memberi BEKAS@ KESAN tetapi ADAT yang telah menetapkan bahawa TUMBUKAN PASTI MEMBERI KECEDERAAN. jadi ia diterima menjadi kebiasaan manusia.

     dengan meneliti KEBIASAAN para manusia inilah, pelbagai kaedah dan perguruan-perguruan silat telah ditubuhkan. masing-masing mempunyai kelainan tersendiri. justeru itu saya dapat simpulkan di sini bahawa kita mestilah SENTIASA memegang bahawa hanya ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBERI BEKAS, PERLAKUAN KITA HANYALAH PENYEBAB. maka segala kaedah dan serangan balas yang kita bangga banggakan kononnya dapat menewaskan segala bentuk serangan adalah SIA-SIA. jadi jagalah NIAT KITA, QOLBU KITA, IKKTIKAD KITA, TAUHID KITA, TUTUR KITA agar terlepas dari segala peringkat KESYIRIKKAN.

simpul simpulan bahasa sanskrit: ada tiada, tiada ada. hanyalah Allah Taala.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v