yusufyaacub/panca-4dimensi: Anugerah Ikan Air Tawar Terpopular Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, June 15, 2011

Anugerah Ikan Air Tawar Terpopular

salam sahabat buat skalian~
tadi bangun tidur (huarggghhh~~), aku buka tingkap bilik nampak sungai kat sebelah umah. ayaq penuh kot!!! huhuu..mcm best kalo p mengai nih. mengai tu mancing okeh.... otomatik tringat zaman kecik2 comel dulu, sungai ngn aku amat x boleh dipisahkan. ya laa...dah rumah tepi sungai. aku bersin dalam rumah pon ikan kat sungai dah lari. punyala dekat. tapi kan, seingat aku banyak dah ikan yang pupus dalam sungai sebelah umah aku ni. jadi, aku pon buatla entry ni khas untuk mengenang kembali ikan2 ayaq tawaq yang popular zaman aku kcik dulu. kebanyakan darinya ada berkaitan dgn pengalaman sendiri. heheee~~

1. IKAN HARUAN. sapa x kenai kan... ikan ni memang bagus untuk kesihatan sampai dibuat pati dalam botol lah. kalo nak, p beli kat supermarket. ikan ni jugak ada macam2 khasiat oo... dan menjadi sahabat sejati serta menu utama budak2 kampung yang bersunat. heheee.... kalo makan ikan ni dalam tempoh satu minggu berturut turut, dapatla menyembuhkan luka2 luar dan dalam, retak tulang, patah tulang, melegakan sakit sendi dan demam2.. ikan ni tahan cuaca woo.. kalo kemarau, dia benam diri dia dalam keleboq @ selut dan salut badan dia dengan lendir untuk kelembapan sampai berbulan bulan. kalo kat atas darat, bleh hidup tanpa air sampai berjam jam lamanya. umpan peberet dia adalah katak.

2. IKAN PUYU. bukan puyumuyu okeh... ikan puyu merupakan ikan paling aku minat sebab kecomelan dalam kebrutalan imej yang ditampilkannya. huaaaa.......try la tengok gambar kat sebelah tu, brutal dak? masa aku kecik dulu, ada 2 jenis puyu, satu yang ni dan satu lagi KEPAR. haaa, satgi aku cerita pasai KEPAR plak. ikan ni dikatakan boleh menolak hantu datang bertandang ke rumah. sebab tu ada rumah suka bela ikan ni dalam akuarium ataupun gantung yang dah kering kat alang. tahyul jek.. di samping kecomelan puyu, aku suka isi dia. ikan ni buat apa pon sedap. buat gulai, rebus, masak asam, stim, bakar, goreng, masak cuka, dan paling best PEKASAM. mak aku memang suka mancing puyu ni, terer doww...ada pernah satu kali tu dia dapat dekat 80 ekor! pesta pinggan nasik la malam tu...hehee. ikan ni xleh sebesar alam sebab dia memang spesis kcik comel. yang terbesar pernah dapat pon, besar tapak tangan aku time form 2. tapak tangan sekarang dah besar sgt xleh wat ukur, wat penampar leh la.

3. IKAN PUYU KEPAR. kenapa kepar?? sebab kepar tu lebar dalam dialek kedah. macam pisau lebar yang selalu buat kupas kelapa @ nyioq tu, kami panggey dia pisau kepaq, ahaa....(aku agak jer).  tengok ha, sama ja dengan puyu biasa kan? cuma dia lebar dan lebih hensem sikit kot. puyu kepar ni dah jadi "rare" dah. tambah2 kat sungai area rumah aku. zaman aku kecik2 dulu kalau p serkap atau jala, mesti dapat. sekarang bertuah la nak lekat. kalau perasan, mulut puyu kepar sikit kecik dan badannya takda tompok2 hitam. clean...ajer... sebab tu la dia hensem. tapi sayang, x lama lagi, pupus la spesis ni. sian kat kau yer... :(

4. IKAN SELAT. orang selalu konpius ikan ni dengan ikan BELIDA. deyy....ini bhai mau cerita. ikan selat hampir sama bentuknya dengan belida tapi dari segi kadar tumbesaran maksimum, selat lebih kecik dan nipis. warna selat pulak adalah silver dekat2 metallic. wooo..kalo calar ni mahal nak cat balik. kih3.. ikan selat ni cukup payah nak makan umpan kail. sebab dia bukan jenis agresif kejar umpan. dan kalau ada ikan lain yang menyibuk kejar umpan, dia x join sekaki. boleh jadi sebab dia bukan bergerak dalam group macam puyu tapi lebih suka lone ranger merayau dalam habitat dia. aku kurang makan ikan ni sebab isi sikit dan banyak gila tulang halus2!

5. IKAN BELIDA. ikan belida x pernah dapat dipancing oleh aku. satu kekecewaan di situ. tapi aku masukkan sebab nak bagitau perbezaan belida dengan si selat silver bajet lawa tuh. ikan belida lebih membongkok dan ada tompok2 hitam kat badan.. smart kan? selalunya ikan belida lebih besar dari selat. tapi korang janganla bandingkan bapak selat dengan anak belida. memangla selat lagi besaqq!

6. IKAN SEPAT RAWA/ RONGGENG. mak aku yang panggil sepat ronggeng. hahaa! ikan ni kecik dan nipis, kelebaran  dalam anggaran 3 jari orang dewasa. kalau time mancing, dia suka makan umpan tapi kail x lekat. mulut kecik sangat. cukup x best kalau dia ada dok kacau. tapi time musim hujan, air dari bendang masuk sungai, aku suka tahan "penyela" umpama bubu yang dibuat dari jaring besi sangkar. bila dia masuk, kadang2 sampai berpuluh ekor. tunggu lagi, goreng ngan bawang la wat lauk. goreng garing2, pastu ngap ngan tulang2 skali!

7. IKAN SEPAT BENUA. ikan ni adalah satu spesis dengan sepat rawa tu cuma saiz lebih besar dan badan berbelang belang menegak. kaler pon nak hijau2 dan hitam2 sikit. ikan ni selalu bergerak dalam group sama macam puyudan sepat rawa. time tahan penyela, dia pon suka join masuk terperangkap dan jadi lauk sekali. kih3..... ikan ni lebih tahan daulat dan mampu hidup dalam selut serta kawasan jerami masam pada tempoh yang lama.

8. IKAN KELI SAWAH. haa...ni mesti peberet ramai ni..tambah2 keli bakar cicah air asam. meleleh ayaq liuq beb. tapi, ikan keli yang korang makan tu spesis lain. itu dah keli afrika. ini keli sawah yang belom ada dikormersialkan. semua keli ada sengat dan bisa. kadang2 bleh sampai demam kalau kena. terdapat perbezaan antara keli kedai makan tu dengannya, keli sawah lebih licin dan lembut badannya. warna perang cerah, kepala lebih membulat dan sirip ekor lebih lebar. tengok gambar tu haaa...cantik kan? lagi cantik bila masuk dalam mulut. isi dia..pergghh..keli kat kedai tu memang x boleh lawan lah. untung jadi orang kampung Kedah, leh makan ikan2 eksotik camni.

9. IKAN KELI LIMBAT. aku saja letak ikan ni. maybe korang belom pernah tengok kot. seingat aku, macam pernah jumpa sekali time kecik2 dulu. ikan ni buka takat "rare", tapi dikatakan dah pupus lenyap terus. keli limbat mempunyai badan yang panjang dan ekor serta sirip atas dan bawahnya bercantum umpama TUNA. tuna?? apa tu? ha...satgi aku cerita. keli limbat umpama ikan keli sawah dikacukkan dengan ikan tuna. unik kan? keli limbat ni hidup kat kawasan2 tersorok macam paya dan sawah terbiar. tapi sekarang ni dah pupus mungkin sebab masalah habitat yang diceroboh. sadis tol..

10. IKAN BAUNG. ini pon antara adik beradik keli jugakla. cuma dah 3 pupu kot. ciri2 keli tu masih ada la kan.. ikan baung sedap kalau dimakan, kalau x dimakan macamana nak kata sedap ye tak? sepanjang aku mancing, jarang jugak dapat ikan ni. baung suka main di kawasan air yang mengalir. walau sederas mana air tu, dia nak jugak main kat situ. kira kategori "larang x dengaq" la ni. ada satu lagi spesis yang seakan baung, nama dia temekong. tapi baung lagi lembut isi dia dan lebih keperang perangan warnanya..

11. IKAN TEMEKONG. kat tempat lain aku x taw la korang panggil apa. tapi ikan temekong ni warnanya silver, ekor dan belakang badan gelap. perut warna putih. suka bergerak dalam group di permukaan air. aku paling tension mancing dan ikan ni makan umpan. punyala banyak. letak kail je, dia sambar. kadang2 tak sampai 3 second. dah la kecik2. isi liat, nak siang pon x baloi. seeloknya, bila keadaan ni terjadi kat korang, baik pindah port saja. buat sakit hati kena apendiks kalo dok tunggu lama2 kat situ.

12. IKAN PATIN. ikan ni cukup mahal. isi dia banyak, padat dan sedap wooo... tambah2 kalau masak lemak tempoyak. ada banyak spesis patin ni tapi aku x letak la semua. nak taw, korang search sendirlah. yang popularnya patin ni dekat sebelah Pahang nun. sungai2 lain pon ada tapi x semua. kat sungai2 cetek, memang jarangla ada. ikan ni boleh membesar sampai berpuluh puluh kilo. kalau orang tengok patin sungai Mekong, besar yang amat. mulut boleh telan orang. xsanggup aku nak makan. kalau yang kecik okla. :)

13. IKAN TAPAH. ikan ni memang monster ah. kepala macam keli, tapi badan dia meruncing panjang sampai ke ekor. seakan akan ada jalur melintang kat badan tu. aku belom pernah makan tapah lagi. bagi aku, ikan ni cantik dan unik. kalau la ikan ni ada kat sungai sebelah rumah ni, konpem aku x terjun mandi. menakutkan jer..

14. IKAN TOMAN. ahaaa....kalau sebut toman, mesti terbayang tasik kenyir kan? ikan toman mempunyai ciri2 ikan haruan tapi lebih cantik dan mampu membesar lebih dari haruan. toman jugak diklasifikasikan ikan yang agresif dan otai kat sungai. pantang nampak ikan lain, semua dia nak ngap. kat badan toman ada corak bunga2, bila terkena pancaran matahari akan bersinar umpama warna pelangi. cantik tuh. kalau korang bela dalam akuarium, dia akan buka mulut untuk gigit jari kat kaca tu. bolehla tengok gigi tajam senyuman darlie dia tu. nak rasa, celupla jari dalam air plak. hahahaa!

15. IKAN KALOI. pernah tengok cerita bawang putih bawang merah? bukan yang indon tu, yang melayu punyalah.... mak si bawang putih tu kan tukar jadi ikan kaloi (punyala merepek) kan. haaa...ni la ikan kaloi tu. sama macam ikan lain, ikan kaloi pon ada banyak jenis jugak. cuba perhati betol2, ada iras2 puyu kepar kan? ni adalah kaloi biasa yang kita boleh jumpa di perairan air tawar Malaysia. sirip bawah kaloi amat lebar dan membulat. terdapat 2 sesungut (macam tali, aku panggil sesungut, btol la kot) kat bawah badan dia. ikan ni cantik dan selalunya orang bela dalam akuarium. dia suka makan anak ikan hidup, bunga raya, pepatung dan anak udang.

16.. IKAN KETUTU. masa kecik dulu, aku panggil dia haruan bodo. sebabnya, dia macam bodolah. hahaa... dulu banyak kat sungai ni, tapi sampai satu masa, dah xda. aku ingat dah pupus ka apa. tapi dalam 2 3 taun terbaru, dah ada balik. bila mancing, boleh dapat.. isi dia memang hebat. bila dapat, aku suka wat asam pedas. kalau kat restoran, sekilo ikan ni boleh cecah RM70! diorang selalu wat masak stim dan 3 rasa. isi yang manis memang memikat kalbu dan tekakku. ikan ni x suka kejar mangsa dia. oleh sebab rupa dia yang macam tanah dan batu tu, dia boleh menyamar dan tunggu mangsa lalu depan mulut, then sedut masuk. kira spesis pemalas la ni.

17. IKAN TILAPIA. orang bandar selalu salah anggap ikan ni sebagai ikan air masin. kononnya dia x makan ikan air tawar sebab hanyir. tapi yang dia tengah melantak tu tilapia bakar. rupanya dia x tawu tilapia adalah ikan air tawar. ada dua jenis tilapia yang popular, merah dan hitam. selalunya yang dijual kat pasar tu tilapia merah. sebab kedai makan suka beli jenis ni. aku pon x tawu nak beza rasa dua jenis ni. macam sama jek. 

18. IKAN TUNA. bukan tuna kat laut yang buat sandwich tu! ni tuna lain daaa.... orang selalu bertengkar dengan aku kata ni belut. bengong betol cakap ngn orang bengong nih. kalau x tawu buat cara x tawu xpa, ni siap nak bertengkar lagi apasal kan? ikan tuna mempunyai mata yang besar, mulut yang luas dan membulat. dia juga ada 2 sirip kiri dan kanan seolah olah tangan. sirip atas dan bawah tuna bercantum dengan ekor umpama limbat. dikatakan tuna adalah pemakan bangkai macam limbat. badan dia cukup hanyir dan busuk. kalau boleh elakkan makan ikan tuna ni.

19. BELUT SAWAH. haaa...ni baru belut la dolllll..... aku tawu la sebab bab belut ni aku memang pakar. rujuk entry ni. khasiat belut umpama ikan haruan. pengalaman aku memancing belut memang best. kuat dia tarik tu. beza belut dengan tuna adalah kat kepala belut yang lebih tirus, mata kecik, xda sirip kiri dan kanan, sirip atas dan bawah pon xda, ekor yang tirus dan tajam.

20. IKAN LAMPAM. ikan ni banyak tulang. silap makan, bleh tercekik tu... ikan ni mudah ditangkap dengan pukat masa musim air sungai naik. sisik lampam besar2 dan berkilat. jadi mudah nak detect ikan ni bila dia main kat permukaan air. lampam jugak antara spesis ikan yang sesuai dibuat pekasam.

21. IKAN JELAWAT. jelawat umpama lampam. rasa isi dan jenis tulang jugak hampir sama. cuma bentuk jelawat lebih panjang dari lampam. ada warna kemerah merahan kat ekor dan sirip. jelawat lebih gemar kejar umpan dan mengilat di permukaan air. memang spesis yang cantik.

simpul simpulan bahasa sanskrit: bila lah boleh mancing lagi.... ada family sendri nanti bleh la wat trip mancing. huhuuuu~

9 comments:

  1. ni blog pertama dalam idup aku yg aku hbiskan bca... good job bro... wat la cite psal ikan lain plak..

    ReplyDelete
  2. pengetahuan yang amat berguna buat kaki pancing..terima kasih bro...kalau boleh upload lg pic..2..ikan di malaysia..samada darat @ laut...

    ReplyDelete
  3. ikan jalak sekilo bro...

    ReplyDelete
  4. Nice info guys ..
    Mungkin tulisan font Blognya diubah biar mudah di baca :) ..

    Zonaikankita.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. bgus2 blot yg cantik dn penuh pengisian

      Delete
  6. Assalamualaikum Yusuf Yaacub,

    Bestlah entri ni...suka dengan ikan-ikan air tawar ni....Kalau ikan puyu masak asam pun sodap woooo...mesti kecur mulut Yusuf kan...ahaks...gurau je jangan marah no..

    BTW, kami dah follow blog Yusuf, jangan lupa follow balik blog kami lepas ni ye.. :-)

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. salam..saya menjual ikan keli limbat..segar..dan ditangkap dari sungai atau paya..bukan jenis ternakan kolam..harga rm 9.50 sekilo boleh nego..saiz 4-5 ekor sekilo..penghantaran disediakan mengikut lokasi..saya di kemaman..hubungi saya 0145150398 sudin

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v