yusufyaacub/panca-4dimensi: Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Tuesday, June 14, 2011

Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011

Bertengkolok putih- GURU UTAMA PPSSGPUM, berbaju hijau tua hingga 3 ke kiri adalah anak Panglima Ulung
salam sahabat buat skalian~
didahulukan dengan ucapan tahniah pada semua cabang perguruan silat yang terlibat. kejuaraan ni bertempat di UTP Perak. walaupun aku x dapat hadir, tapi sokongan tetap diberikan pada sahabat2 seguru yang mnyertai.
dalam kejuaraan ni, aku ada terbaca kosmo bertarikh 10 jun 2011 menyatakan Cekak Malaysia ada join jgak dgn menghantar 6 wakil. tp aku x dapat info tentang kategori yang dorg masuk. dengar cerita dah hampir 27 tahun tak sertai sebarang pertandingan kebangsaan [SUMBER].
baguslah masing2 semangat nak mempamerkan seni silat Melayu di mata dunia.

Panglima Ulung juga telah menghantar wakil yang mewakili PESAKA PERLIS dan memenangi beberapa kategori seperti:
1. Johan Tempur Senjata
2. Naib Johan Tempur Tangan Kosong

khabarnya, pesilat Panglima Ulung dapat ke final dalam semua kategori (top 5). hebat! strategi Guru Utama, Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman dalam membimbing pasukan Panglima Ulung amat dikagumi. di samping itu beliau juga dianugerahkan Anugerah Sandang Guru Tua.

yang uniknya, pesilat panglima Ulung berjaya mengalahkan pesilat dari Australia dan Britain dan mendapat liputan Kosmo 2 hari berturut turut.

ni adalah video pertandingan yang sempat dirakamkan oleh mereka yang hadir.

walaupun nama kami masih kecil, tapi semangat kami tetap besar.. bukanlah niat ingin meninggi diri, tapi sekadar membuktikan bahawa Silat Melayu khususnya Panglima ulung dapat memberi banyak perkara seperti Adab, Akhlak, Agama, Adat, Kejurulatihan, Perubatan Islam dan Sukan.
simpul simpulan bahasa sanskrit: semoga perkembangan Panglima Ulung di Perlis berjalan lancar.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v