yusufyaacub/panca-4dimensi: perlukah aku tahu waktu itu?? Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, July 6, 2011

perlukah aku tahu waktu itu??

salam sahabat buat skalian~
aku dah lama x tulis blog. dah lama x melukis. konon sibuk itu ini. sbenarnya aku makin pelik, apa pentingnya aku tulis blog? bukannya ada orang nak baca pon. selagi aku x post link entry baru aku kat fb, slagi aku x blogwalking ke site org, jgn harapla org nak singgah kat blog ni. tapi kali ni aku tulis bukan untuk suka2.. sbb dah lama aku berduka..

A CT scan of the head years after a traumatic
brain injury showing an empty space marked
by the arrow were the damage occurred.

umur 6 tahun, aku pernah cedera kat dahi kanan akibat tergelincir dalam bilik air masa mandi. keluarga aku orang susah...bilik mandi pon serba kurang. pintu mandi disendal dengan ketul bata merah saja. tengkorak aku retak, kesan boleh dirasai dengan sentuhan. kak aku cakap, masa tu darah mancut2 sampai basah bantal lapik tu. tapi aku x pengsan, cuma pening. rumah aku sebelah klinik ja.. jadi mak aku bawak ke klinik tu untuk cuci luka dan jahit. tapi masa tu umur aku 6 tahun. mana aku nak ambik peduli kan. asal sakit, nangis, hilang sakit trus diam. lagipun kami bukan org senang, xda transport, xnak susahkan org utk hantar ke hospital..


masa aku sekolah rendah, cikgu pernah cakap sal koma sebab trhantuk kepala. jadi aku selalu tringat pasal aku punya kepala. tapi masa tu sekolah rendah kan... cuma aku dapat perasan yang tahap penerimaan aku masa belajar memang tinggi. mudah sangat nak mengingat. xtaw la kot2 antara kesan hantukkan kepala aku tu kan? so, aku memang cemerlang masa sekolah rendah. tapi upsr xdala dapat 5A sebab aku malas masa darjah 6 tu.

semasa umur aku 15 iaitu form 3. time tu tngah belajar subjek matematik dan aku normal. lepas aku jawab satu soalan dari cikgu, satu sakit tiba2 datang  dalam kepala, sebelah mata aku jadi gelap, penglihatan pon jadi pusing2, badan plak xboleh stabil macam lost balance. padahal aku x demam. aku keluar ke tandas basuh muka, tapi rasa nak muntah. jadi aku rehat kat perpustakaan bahagian belakang dekat dengan singki. ntah berapa kali aku muntah pon dah x ingat. masa balik rumah, aku rehat dan x pegi skolah brapa hari ntah.

start dari kejadian pertama tu, ada 1 atau 2 kali lagi jadi setiap tahun sebelum aku masuk ke IPG. semasa aku ada di IPG, keadaan yang sama berulang agak kerap. xtawla, maybe terlalu perah otak kot. kat IPG ni lah aku mula ambik peduli hal kecederaan kepala aku yang pada masa tu dah 12 tahun trjadi. aku search kat internet untuk cari beberapa artikel atau bukti berkenaan kesan kecederaan jangka masa panjang pada otak. tapi banyak pulak artikel bahasa inggeris yang keluar. aku ingat lagi, memang ada kesan2 tertentu pada mangsa kecederaan kepala. banyak artikel tu tulis pasal CT scan untuk kesan kecederaan secara detail. tapi, aku ni sapa saja nak p buat CT scan tu.. lagipun aku rasa aku sihat dan x susahkan orang. dengan ada prasaan risau dan takut untuk scan, aku abaikan je la tanpa bagitau sapa2..jadi aku xpernah baca dah artikel2 pasal kecederaan kepala ni lepas hari tu.

sekarang aku dah 4 tahun setengah ada di IPG Perlis. serangan lost balance, pandangan gelap, pening, muntah, badan reject makanan, dan lain2 makin kerap jadi. bila dah kerap jadi, aku agak ada sesuatu x kena. nak kata aku x sihat sebab makin tua, aku baru masuk 22. walaupun hal2 macam ni jadi, aku x peduli sebab aku rasa maybe dah jenis aku kot. alaa...orang lain pon sakit jugak kadang2 kan.. tapi, perasaan aku, aku sembunyi sendiri..

tapi pendirian aku sedikit berubah 1 tahun lebih sebelum ni. atas sebab aku perasan satu yang lebih teruk jadi iaitu memori singkat dan hilang. perkara2 yang selalu dan sepatutnya aku ingat, aku dah xdapat ingat. ada antara yang aku terus lupa umpama memori tu x pernah ada dalam otak ni. ada jugak yang aku xboleh nak keluarkan umpama sukar sangat nak mengingat. antara benda2 yang aku xdapat ingat pada suatu2 masa tu macam, nombor telefon sendiri samada mula dengan 013 @ 019. sampai sekarang aku x dapat hafal nombor telefon GF aku sebab x yakin samada nombornya betul atau tersalah susun. banyak jugak benda2 penting lain terpaksa aku tulis merata rata seperti nombor telefon aku, nombor telefon mak aku, password emel, fb, youtube, nombor PIN akaun Bank dan segala macam. aku memang xpernah hafal nombor PIN akaun, tapi aku cuma ingat urutan gerakan jari masa tekan pada mesin iaitu dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah. nombor telefon GF aku lak, aku tulis dan simpan dalam laci meja dan wallet, takut2 henset aku rosak dan dia xbleh col aku. nanti aku boleh gitau kat dia kan..

kadang2 aku cuba sedapkan hati aku, "alah..nombor banyak sangat, semua orang xboleh nak ingat kan..". tapi apahal pulak dengan terlupa umur sendiri? ada sorang tanya aku tapi aku x ingat la sapa, "la ni umoq brapa dah?." terpaksa aku jawab, "sat, nak kira dulu.". mungkin bagi dia, dia rasa aku bergurau. tapi masa tu memang aku x ingat umur aku, terpaksa aku kira 2011-1989=22tahun. sekarang setiap perkara atau apa saja yang aku nak buat, aku perlu tulis samada dalam handset, kertas memo, buku dan lain2. bagi barang pulak, aku akan kumpul satu tempat, kalau diubah oleh orang lain, aku dah xdpt cari dan aku x ingat dah aku letak kat mana. baru2 ni, aku balik dari rumah akak aku di bangi. aku tertinggal songkok dan sijil silat kawan2. sebabnya, kakak aku dah ubah sijil dan songkok tu dari beg aku sebab takut sijil tu rosak dalam beg yang sendat tu. masa nak balik, aku check beg tu, tapi aku x ingat langsung pasal sijil. lepas beberapa hari, ada kawan tanya psal sijil silat, baru aku teringat dan aku kata ada kat rumah tapi sebenarnya aku x sedar tertinggal kat rumah akak aku. 

cukuplah bab aku lupa tu, sebab aku sendiri dah lupa apa yang aku lupa. jadi aku xdapat tulis apa yang aku lupa kat sini. setelah 4 tahun, malam ni aku cari lagi artikel bab kesan kecederaan otak jangka masa panjang. sebab masa aku praktikum di SK Siputeh skrg ni, ada sorang budak prempuan jatuh dalam kelas dan kepala terhentak kerusi, dia pengsan kejap dan bila bangun dia pening dan muntah2. atas sebab kejadian budak ni hampir sama dengan  sejarah aku 16 tahun dulu aku rasa nak menulis entry ni. setelah aku baca artikel tadi, memang kebanyakkannya tepat dan berlaku pada aku sekarang.

"There are a wide variety effects that result from brain injury, and they vary in both duration in type. As a general rule of thumb, the more severe the brain injury, the more permanent and debilitating damage will result. Effects can be immediate or long term, and can be physical, cognitive, or emotional.
Traumatic brain injury is classified as mild, moderate, or severe."

dari segi fizikal= YA- lekuk dan retak tengkorak/ hilang keseimbangan badan/ kejang dan kebas otot
"Seizure is the most common long-term physical effect among those who have experienced a brain injury, especially those who have contusions or hematomas. Other physical that may result from brain injury include Parkinson’s disease, loss of coordination, partial paralysis, and sudden muscle contractions.
Patients who experience physical effects as a result of brain injury undergo physical therapy at both inpatient and outpatient therapy, and frequently require long-term therapy to help them deal with impairments. In addition, there is a wide variety of adaptive equipment on the market to help traumatic brain injury survivors adapt and succeed."

dari segi kognitif= YA- hilang memori/ konsentrasi/ perhatian/ cara komunikasi dan bahasa/ penglihatan/ deria/ matematik/ masalah mengingat jalan dan arah
"Depending upon the severity of the injury, long-term cognitive effects are possible. The most common long-term cognitive effects include memory loss, post-traumatic amnesia, concentration and attention problems, communication and language issues, and post-traumatic dementia.
Cognitive impairments are usually diagnosed by a neurologist, who will test the patient’s attention, memory, and the ability to speak and understand. Cognitive issues are treated by neuropsychologists (general behavioral and cognitive impairments), occupational therapists (daily living activities such as dressing, doing laundry, and cooking), and  speech-language pathologists (communication).
Sensory Effects of Brain Injury

Long-term effects on the senses are also possible, including problems with vision, hearing, smell, taste, and touch. Depending upon the nature of their injury, brain injury patients may also experience problems telling left from right, doing math, remembering visual information, drawing objects, recognizing objects, being spatially aware, following directions, and building objects."

dari segi emosi dan kelakuan= YA- stress/ cepat marah pada sebab yang kecil/  terlalu risau dan takut pada sesuatu  hal remeh/ kerap terjaga waktu tidur/ beremosi/ kurang kawalan diri
"Some patients experience long-term emotional or behavioral problems after experiencing a brain injury. Common emotional effects include irritability, anxiety, insomnia, depression, confusion, frustration, agitation, mood swings, and clinical depression. Behaviors may include violence, inappropriate actions, emotional outbursts, lack of self control, impulsivity, poor self-awareness, and alcohol and drug abuse.
Some people who suffer from the emotional effects of brain injury are put on medication, some are put in counseling and psychotherapy to help them deal with their emotions, while others undergo a combination of both."

malam ni sebuah artikel membuatkan aku sedar sesuatu.. memang aku xkan pegi scan otak ni, mengetahui dari artikel ni pon dah menyukarkan aku untuk terima, apakan lagi untuk taw keputusan sebenar. jadi, biarlah keputusan kekal 50/50 samada aku normal atau x. selagi ada masa, aku nak buat apa yang aku suka asalkan x susahkan orang. aku tulis entry ni pon sebab aku takut nanti aku terlupa kenapa aku dah x normal macam biasa. jadi, pada kawan2, lecturer, dan yang mengenali diri, harap dapat memaafkan aku kalau2 jadi apa2 kat aku. kesian kat lecturer, dah ramai yang terasa hati dengan aku. hmm... tapi ni lah aku, aku sendri terpaksa mengadap hal2 dan kerenah diri sendri stiap hari yang kadang2 aku pon pelik.


simpul simpulan bahasa sanskrit: harap aku leh lupa aku ni pernah ada kecederaan kepala.

2 comments:

  1. why not pegi buat ctscan...
    kot2 ade darah beku dalam kepala...

    makin lama biar takut nati makin melarat...
    xgitu..??


    junior prihatin.. :)

    ReplyDelete
  2. hmm.. CT scan ada kesan sampingan radiasi sbyk 500 kali ganda banding x-ray dada yg biasa. kesan radiasi akn ada dlm bdn spnjg hayat dan trbukti dpt mnyebabkan kanser.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v