yusufyaacub/panca-4dimensi: KHASIAT MADU LEBAH KELULUT Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, July 20, 2011

KHASIAT MADU LEBAH KELULUT

salam sahabat buat skalian~


Surah AL-Nahl ayat 68-69, Allah berfirman:
Maksudnya: “Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah “hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

kelulut di sarang
Allah telah pun menyatakan dalam Al-Quran madu itu sebagai penawar manusia. Madu merupakan hasilan nektar dikumpul oleh lebah daripada debunga yang diangkut beribu ribu kilometer setiap hari. Lebah pula terbahagi kepada banyak spesis. Antaranya ialah lebah KELULUT.

Lebah kelulut tidak mempunyai sengat, bersaiz kecil dan hidup dalam kroni seperti lebah lain. ia bewarna hitam dan sukar kelihatan pada hari2 biasa. sifatnya yang kecil dan pantas menyukarkan dirinya untuk dilihat. oleh sebab kelulut kecil, madu yang dikumpulkan juga mengambil masa yang lama untuk menjadi banyak. oleh kerana itulah madu kelulut lebih mahal berbanding madu lain.

faktor madu ini lebih mahal juga tidak bergantung pada kesukaran mendapatkannya dalam kuantiti banyak, tetapi adalah pada khasiatnya. berikut adalah antara khasiat madu kelulut yang dikenalpasti:


MEMBANTU MENYEMBUHKAN PENYAKIT ASMA
MENGURANGKAN MASALAH RESDUNG
MEMBERI TENAGA
BAIK UNTUK PENYAKIT ARTHRITIS
MENCERDASKAN MINDA
BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG
AWET MUDA
MENGURANGKAN MASALAH PECAH KAKI
MENGHALUSKAN/ MENCERAHKAN KULIT
MENGATASI PELBAGAI MASALAH SAKIT KULIT
MENYERIKAN WAJAH
MENGURANGKAN MASALAH PENYAKIT BUASIR
MENGHILANGKAN MASALAH STRESS/ LETIH

berikut merupakan contoh sarang kelulut. kelulut suka menumpang sarang di tempat tersorok umpama pintu kayu, batang kayu lama..asalkan terlindung.

ini pulak contoh madu kelulut yang dah diproses. aku beli sebotol RM35 di sekolah praktikum aku. harga asal RM 40..tapi biasaa aku ni.. mna bleh beli barang slagi x dapat murah kan... hihiii. ada orang dari Pahang datang jual. ada 2 botol saja masa tu. nasib aku sambar sebotol. warnanya putih cerah kekuningan umpama beige. rasa madu sedikit masam berbanding madu lebah lain. tetapi tetap ada kemanisannya. cara guna plak simple saja, just ambil satu atau 2 sudu makan 2 kali satu hari. 1 kali sehari pon ok gak.. nak campur dgn air suam pon ok. pantangnya, jangan letak dalam peti sejuk sebab dalam peti tu ada macam2, ikan, sayur, buah, sambal belacan... bau2 dan kelembapan hasil campuran wap2 makanan2 tu akan merosakkan khasiat madu lebah ini dan lain2 madu asli. :)

aku beli sebenarnya bukan untuk aku, tapi untuk anak sedara aku yg baru nak cecah umo 2 tahun. bila orang tu datang jual tadi, trus aku tringat kat anak sedara ku yg kiut miut tuh. sebab aku memang dah lama taw madu kelulut mujarab untuk redakan penyakit asma/ lelah. elok beli, trus msg abg aku kat Bangi tanya dia nak x. heheee..

simpul simpulan bahasa sanskrit: nanti Paksu pos kat Nazhan ea... ^_^
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v