yusufyaacub/panca-4dimensi: SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! Bahagian 1 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, July 24, 2011

SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! Bahagian 1

salam sahabat buat skalian~

yeah... anda ingin belajaq bahasa kedah? walaupun ia tidak akan tersenarai dalam paper SPM, tapi bahasa kedah amat berguna(bagi yg rasa gitu). hahaaa.... kat sini aku cuma akan letak istilah2 yang pelik2 saja contoh: nyioq= kelapa. aku xkan letak bunyi dialek atau loghat contoh: kotoq= kotor.
orang luaq slalu cakap bahasa kedah ni kasaq! bunyi macam nak marah kat orang dan bla3... byk lagi. tapi orang2 lagutu xreti.. depa cakap lagutu pasai depa perasan bahasa negeri depa cukup lembut dan sopan santun. puak yang dok perasan baguih laguni hampa qasa elok ka? dok berprasangka buruk kat orang laen tp prasan baguih untuk diri sendri. masok bakoi angkat sendri lah depa nih!!
hahahaaaa..sapa prangai gitu biaq trasa panaih nohh... memangla x semua, tapi ADA~~~


cokia= kualiti rendah
belemoih= comot/kotor
huih= haus
kebuloq= kebuluran
kedaqah= makan
kelapaq= tak ingin/ tak minat
lagu tu= macam tu
lagu ni= macam ni
pi= pergi
mai= datang
tomoih= tersembam
seneqih= bergesel
sigong= menyiku
gena= bagaimana
loqlaq= tak senonoh
keleboq= selut
kemarin= semalam
kemarin dulu= 2 hari lepas
geqek= basikal
celuih= muat
ciwi= terlalu minat dengan sesuatu
kawaq= pencuri/ perompak
pedo= fokus
qemot= berkedut
cengkoi= tak lurus
dan= sempat
timba= baldi

kita jumpa untuk bahagian 2 nanti.. heheee


simpul simpulan bahasa sanskrit: dah buat video ibu gayong, model p salah tunjuk buat plak. kena wat len plak. aku dah qeja banyak, buang karan betoi.

2 comments:

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v