yusufyaacub/panca-4dimensi: SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! Bahagian 2 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, July 27, 2011

SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! Bahagian 2

salam sahabat buat skalian~
Allah selamat sultan mahkota....... :)
orait..ingat lagi x entry dulu? ni haa.. yg tajuk SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! Bahagian 1.
kali ni aku buat bahagian 2 plak. ahaa...banyak plak istilah2 lama yang aku sendiri pon dah jarang guna kalo hampa nak taw. tapi ingat lagi...mana bleh lupa... orang kedah hat lupa ni jenih orang yang lupa daratan ja. jenih bajet membajet konon..kah3~ mai kawan2 ku yg sempoi...kita peringat balik noh..


qembiang = bawa banyak barang di tangan
kilek = bawa barang di tepi seperti beg tangan
merap = mengada-ngada
qenjong = tinggi
tokua = tauhu
cop besi = besi pengumpil
karan = elektrik
loqat = nazak/ tak sabar
benak = dungu/ bodoh
tak sangga = tak terhingga
qabat = panjat
gagau = meraba ke dalam sesuatu
kasut = selipar/sandal
kasut seqelom = khusus untuk kasut bertutup
belengaih = melekit
kepak = patahkan
kona = belok/ selekoh
pedai ayam = pengunci mangga
toi = perbuatan mengangkat sesuatu ke atas
daih = perbuatan menjatuhkan sesorang dengan menyangga pada kakinya
camca = sudu
depa = mereka
hampa = kamu
qeyau = menangis
qenyih = senyum lebar
qisin = senyum simpul
melugai = loya
kopek = beg duit
mengkelan = terlekat sesuatu semasa makan@ minum
hanggau = mancapai sesuatu
haqin = hancing
mangkaq = buah dipetik sebelum masak tapi diperam

x salah nak cakap luar...tapi bila dah jumpa kawan2 sekampung, dulu dok mandi sungai, teqebe burung skali xkan nak wat cakap luaq lagi kot... mau nak kena luku la tu.


simpul simpulan bahasa sanskrit: lemaih aku kat orang2 dok bajet nih.. :p
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v