yusufyaacub/panca-4dimensi: SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! bahagian 3 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, July 29, 2011

SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! bahagian 3

salam sahabat buat skalian~

masih ingat pada SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! BAHAGIAN 1 DAN 2?
HAAA...ni kita basuk bahagian 3 plak. istilah2 kali ni lebih dasyat dan memutarbelitkan urat2 halus lidah anda. heheeeee....

kutei = cubit
qetu = cubit bertubi2
keqap = kibar
puruih = lidi
dongga = rambut jarang/ dahi luas
pelehong/pelehang = terdedah/ terbuka
kucai = kacau/ gaul
jengoi = muncul
punggai = lontar/ tuju
tenggalong = baling
tempih = tempias
qelai = hancur
belah = potong/ langgar
seluloi = selalu/ kerap
sakan = perbuatan berlebihan
tempit = tengking
jeqekah = sergah
teqebe = lastik
kelolo = lucu
chom = muka masam
mandom = pemalas/ lambat gerak geri
lunyai = keadaaan lembik atau kesan tindihan sesuatu pada rumput dan lain2
hayai = perasa yang berlebihan
pepak = kunyah
hawin = membaling objek dari belakang ke depan
takek = kerat guna parang
gu = kawan/ pasangan
heqot = tak selari

simpul simpulan bahasa sanskrit: aku pon dah pening nak translate makna dia.. T__T

1 comment:

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v