yusufyaacub/panca-4dimensi: Dinar: MASA LANCAR RM323, SEKARANG RM809 DAN KE ATAS! Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, August 12, 2011

Dinar: MASA LANCAR RM323, SEKARANG RM809 DAN KE ATAS!

salam sahabat buat skalian~

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809. 


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi. Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas. “Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu. ”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya. Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta. Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000. Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik. ”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini. Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang. 
by: rizal tahir sumber: harakahdaily.net
....................................................................................................................................................................
aku memang respek kat negeri kelantan sebab berani jadi pelopor kepada dinar emas ni. dulu, masa zaman tun mahathir jadi PM, dia ada buat usul kepada sidang OIC untuk menggunakan dinar islam bagi urusniaga peringkat global antara negara2 OIC. kemudian, dengan harapan penggunaan dinar tu akan menular kepada sistem matawang tempatan setiap negara islam. kenapa tun rancang begitu? sebabnya, tun dah nampak kekukuhan emas pada masa depan berbanding US dolar. pada masa tu, sistem matawang dunia terikat dengan US dolar. dan semua orang tahu matawang yang x setara nilai, jual beli matawang, akan menyebabkan penindasan pada ekonomi negara miskin dan membangun. jadi, difikirkan dengan cara menggunakan sistem matawang dinar islam ini akan menjatuhkan sistem dolar US yang ada sekarang.

selepas era tun mahathir berakhir, cadangan beliau kelihatan x mendapat sambutan di kalangan ahli OIC. kerana mungkin masing2 ingin menjaga hak masing2 dan ego untuk membangunkan negara sendiri menggunakan kekayaan minyak dan sumber asli yang ada. jadi bagi negara islam yang kurang sumber aslinya seperti kita pon kecewa dengan sikap2 ahli OIC sendiri. 

tak lama kemudian, kerajaan kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz telah memperkenalkan dinar islam, iaitu dinar kelantan yang merupakan produk emas tempatan dari negeri kelantan sendiri. nampak gaya ada jugak persamaan antara tun dan nik yer..hahaa... seperti yang dilihat dalam berita di atas, pada permulaan pengenalan dinar kelantan ni harganya cuma RM323 saja. hari ini?? RM 809 dan semakin hari semakin meningkat.

peningkatan harga emas ni membuat ramai orang yang berjaya mengambil peluang awal melabur dulu, tersenyum lebar. antaranya aku.....heheheee.. dulu masa kelantan lancarkan dinar, ada pihak yang mengecam perbuatan kelantan. antaranya kerajaan negeri perak pada waktu itu. namun setelah beberapa ketika, si kerajaan perak sendiri yang mengeluarkan produk dinar negerinya. tapi yang lawaknya, kerajaan negeri perak mengeluarkan syiling 1 dinar menggunakan emas purity 999.9 dan bukannya purity 917! mengikut kebiasaan, 1 dinar mestilah berjisim 4.25 gram, hasilan daripada emas purity 917@916. purity emas 917 dan 999.9 adalah berbeza nilainya. jadi 1 dinar negeri perak tak sama nilainya dengan 1 dinar negeri kelantan. maknanya, 1 dinar negeri perak itu tak boleh dipanggil 1 dinar. heheeee.... walaubagaimanapun, ia tetap emas dan boleh dibuat sebagai produk pelaburan sama seperti emas lain. cuma akn timbul masalah bila nak guna sebagai sistem matawang islam kelak.

sekarang ni, emas dinar tempatan ni dan juga luar negara boleh didapati daripada agen jualan dan syarikat pengedar tempatan sendiri. aku beli kat NUBEX. 
klik gambar untuk ke website

simpul simpulan bahasa sanskrit: korang bila lagi? 4 taun punya cerita dah beza rm 486 utk skeping dinar. kalo ada 10 keping? x ke dapat rm4860 utk 4 taun punya simpanan???

2 comments:

  1. wow! hebat... untung2.. hg beli emas dinar ni kat ne?

    ReplyDelete
  2. laahh..dlm entry kan ada tulis aku beli kat mana.. siap bagi link lg. klik jer laaa kt perkataan NUBEX tu, xpon gambar bwh skali tu...

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v