yusufyaacub/panca-4dimensi: HATI GUMBIRA! Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, August 10, 2011

HATI GUMBIRA!

salam sahabat buat skalian~
harini aku buka puasa dengan banyaknya makanan dan airan. heheee... sebab? hati manyak suka loo..... bukan atas sebab dapat bonus raya setengah bulan gaji mcm "org itu". aku ni blom keja, mna nak dpt. tp gumbira sbb lain. heeheeeee..

pagi tadi ada lpas aku ajar PJ kt bdak2 darjah 6 tu, aku lepakla kat bilik guru berchatting chatting... tiba2 ada pengumuman kt speaker skolah tu. bunyi lebih kurang gini, "perhatian kepada murid yang menerima sumbangan baju raya, sila berkumpul depan pondok jaga untuk agihan baju raya sekarang." haaaaa...... bila aku dengar je pengumuman abis, berlari lari budak2 kcik tu ke depan pondok jaga. aku heran jugak, "baju raya pon ada org bagi ka? ramai mana budak2 yg dapat?".

hohooo..terasa macam nak pegi tengok je dorang amik baju tu, kawan aku sorang tu da pegi awal lagi. tapi bila aku nak bangun, rasa macam, "x payah kot...biaq p kat depa lah...". padahal aku segan nak g tengok sebab takut terkeluar plak air2 mataku ini. dah la posa, rugi sumber air dalam badan taw. hehe..

kawan aku datang kt bilik guru, aku tanya lah dapat baju apa, kain ok x, apalagi dapat, sapa yang bagi sumbangan... byk plak aku wat inkuiri kan, pegi tengok xnak. haha! harini aku tumpang gembira je kat anak2 murid aku tu, tumpang senang hati kat pemberi sumbangan tu... humm... :) kawan aku cakap budak2 dapat songkok, baju melayu, baju kurung..kain cantik2 n kualiti.. jenama VENTINO kot... aku pon xprnah dengar. ;p

kebanyakkan budak sekolah tu dari keluarga susah..pendapatan xmenentu. aku dah melalui zaman tu masa kecik dulu...memanglah xpernah dpt sumbangan baju raya macamtu, tapi yang lain tu dapatla.. jadi, tadi ada maaanyak seronok, cuma dah trlajak terharu td takkan nak g menumpah keterharuan depan budak kan? t diorang tanya aku plak, "cigu3, cigu awat cigu??".... hilangla status cikgu garang aku nanti. HAHA!

okeh, ucapan ringkas, moga korang best raya taun ni dengan baju baru. :))

simpul simpulan bahasa sanskrit: rasa mcm nak senyum jek tidoq mlm ni. :)
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v