yusufyaacub/panca-4dimensi: KAD RAYA DAN BORANG PELUKIS MALAYSIA DARI BALAI SENI VISUAL NEGARA Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, August 28, 2011

KAD RAYA DAN BORANG PELUKIS MALAYSIA DARI BALAI SENI VISUAL NEGARA

salam sahabat buat skalian~
HAA..KENAPA BALAI SENI VISUAL NEGARA dan bukannya BALAI SENI LUKIS NEGARA?
sebab berkuat kuasa semalam, 27 Ogos 2011, akta balai Seni Lukis Negara 1959 digantikan dengan Akta Balai Seni Visual Negara(BSVN) 2010. rujuk UTUSAN. maka, dengan rasminya penjenamaan semula ni diharap dapat memartabatkan segala usaha pengkarya di malaysia. bagi aku, Visual itu merangkumi segala aspek seni tampak. baik apa saja medium yang digunakan dalam menghasilkan karya. tak kiralah catan, lukisan, grafik, fotografi, arca, multimedia teknologi dan macam2 lagi. jadi nama baru ni melambangkan skop lebih luas. sama macam PENDIDIKAN SENI dulu sudah digantikan dengan PENDIDIKAN SENI VISUAL. walaupun berubah nama, aku percaya memang dari dulu lagi kita memperjuangkan seni dlam segala aspek tanpa diskrimnasi pada setiap cabang. usaha penjenamaan baru ni adalah untuk menonjolkan lagi betapa luasnya bidang ini.

hehe...pada 27 ogos 2011 jugakla aku terima kad raya dari balai seni...ada lukisan arwah Syed Ahmad Jamal kat dalam.. :)

:)
kad raya luar
kad raya dalam, borang kt belakang.. :)
nak melawat laman web rasmi BSVN, sila kelik SINI
simpul simpulan bahasa sanskrit:  nak isi borang..nak isi borang~~
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v