yusufyaacub/panca-4dimensi: RISIKO PELABURAN EMAS (mesti baca) Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, August 14, 2011

RISIKO PELABURAN EMAS (mesti baca)

salam sahabat buat skalian~

Aku dah banyak buat entry yang memberi imej positif pada pelaburan emas sebelum ni. aku rasa tak adil la kalau aku x tulis pasal risiko negatif plak kan. ye a, mana ada satu perniagaan yang memanjang nak untung tanpa ada risiko kan..

untuk itu, kita kena faham:

1. emas ini adalah dikategorikan sebagai apa?


Emas adalah dikategorikan sebagai ASET, Perak juga sama.
2.  apakah itu aset?
aset sama seperti Tanah, Rumah dan macam-macam lagi.
3. apakah ciri-ciri dan sifat aset?
Sifat Aset adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad manakala permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.
4. apakah punca nilai aset semakin hari semakin meningkat?
Ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan menjadikan Nilai / Harganya akan terus menerus meningkat dari masa ke semasa.
5. adakah aset berisiko jatuh nilainya hingga tiada nilai langsung?
tidak, kerana ia bukan satu pelaburan perniagaan seperti saham yang melabur atas perniagaan sesuatu syarikat dan harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan juga pelaburan ke atas perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.
6. jadi apakah kesimpulan yang dapat dibuat untuk pelaburan aset iaitu emas?
pelaburan ke atas Aset adalah satu bentuk pelaburan yang Unggul dengan faktor risiko kerugian yang AMAT MINIMA, menjadikan nisbah keuntungannya lebih besar berbanding nisbah kerugiannya.

simpul simpulan bahasa sanskrit: hehee.... amat minima ye.. bukan xda.. :)

1 comment:

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v