yusufyaacub/panca-4dimensi: PEMECAH BENTENG BESI Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, September 10, 2011

PEMECAH BENTENG BESI

salam sahabat buat skalian~

dah lama dah cerita ni..tapi x payahla diceritakan..haha... tapi yang konpem, cerita tersebut amat memberi kesan kat aku sampai merubah karakter diri dan corak pandangan aku pada persekitaran. atas kejadian yang berlaku tersebut, aku cuba bertenang dan menjadi diri sendiri. mula mencari semula kawan2 baik yang dah lama ditinggalkan. mula mencari halatuju. mula mencari bakat diri. pendek cerita, aku mula menjadi aku.
walaupun berjalan lancar pada satu tahap, susah aku nak kata bahawa aku dah terlepas dari situasi yang aku sendiri cuba elakkan dulu. pada tahap tersebut, apa saja yang aku buat umpama untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. tanpa disedari, perkara2 tersebut membayangi diri menjadi satu perasaan pekat yang berada dalam diri sehingga aku terubah karakter sendiri.

aku cuba bergerak dalam fasa seterusnya dengan mencari apakah perasaan yang pekat itu? sumpah aku xtahu dan ia hampir sebati dengan diri sejak mula peristiwa itu berlaku. pencarian memang tak pernah terhenti, apatah lagi bila hati ini masih ada yang mahu dibuktikan..mungkin dah ditakdirkan aku berjumpa dengan seseorang untuk memberi peluang padaku mendalami diri sendiri. banyak perkara kami lakukan bersama dalam satu medium wadah perjuangan sehingga aku terasa ada suatu aku terlepas pandang sepanjang masa dalam fasa2 sebelum ini.

fasa seterusnya bermula dengan penuh tanda tanya, mengapa perasaan ini hadir dalam diri pada ketika aku sedang berusaha memperbaiki diri dengan bersungguh sungguh? sedikit demi sedikit aku mulai sedar, ia hadir memberi satu "jalan" lain tapi dengan tujuan yang sama padaku. perjalanan hidup makin unik bila tanpa disedari, "jalan" tersebut banyak membuka ruang untuk aku memecah dinding besi padu yang mengililingi diri. aku mulai mendapat jawapan kepada persoalan apakah perasaan pekat yang ada dalam diri? apakah yang cuba aku buktikan? apakah punca karakter aku berubah? bukan mudah "jalan" yang diambil......
perasaan pekat tersebut adalah DENDAM. Itulah perkara yang aku paling xsedar ada dalam diri.. mungkin ada hikmah aku xlagi bersua dengan orang tersebut dalam jangka masa fasa2 sebelum ini.. kerana mungkin akan berlaku sesuatu perkara yang xbaik padanya.. kerana terdapat perasaan membunuh yang menebal dlam diri. yaa..aku adalah seorang yang cukup bahaya untuk didampingi. tapi aku juga bukan mudah untuk menyimpan dendam.. memang ramai yang aku x suka, memang ramai yang x suka padaku.. tapi sepanjang hidup ini, hanya ada seorang manusia saja yang aku dendami.

sekarang, aku rasa bersyukur kerana "aku seorang yang cukup merbahaya" itu hampir hilang. tiada apa2 perkara buruk yang berlaku dalam tempoh tersebut. mungkin diri masih terpelihara. aku puas hati kerana "jalan" yang aku pilih dah membuka mata hatiku untuk memahami permasalahan yang mempengaruhi diri semenjak peristiwa itu berlaku. dengan itu barulah aku dapat menghilangkan perasaan tersebut dengan rela hati.. dan mungkin mengambil masa yang lama, namun diharapkan tidak. agar cepat hilang, tawar dan tenggelam dalam "nur" yang dicari selama ini.

simpul simpulan bahasa sanskrit: saya sayang panglima ulung~

1 comment:

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v