yusufyaacub/panca-4dimensi: PERLIBAHASA 2 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, September 16, 2011

PERLIBAHASA 2

salam sahabat buat skalian~
sekadar gurau gurauan..

sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga saham BSKL
Orang yang sentiasa mencari helah bela diri supaya dirinya tidak dipersalahkan oleh orang lain, namun helahnya itu memberi impak yang besar kepada ekonomi negara.

sudah jatuh, ditimpa pokok kelapa
malang yang bertubi tubi ke atas diri seseorang, namun orang lain pula rakus mengambil kesempatan mengambil buah kelapa muda berbanding menolong si malang itu.

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang
perkara lazim manusia bila hidup dengan boros, mahukan selesa dan mewah walaupun hutang mampu dibayar, namun bila mati, 7 keturunan pon blom tentu boleh bayar

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian langsung xda pendapatan bulanan
jenis orang makan gaji, duit dah banyak tetap x cukup.belanja besar lebih dari kemampuan. kadang2 beliau menyesal di pertengahan jalan, namun gaji bulan seterusnya tetap habis diguna untuk cover perbelanjaan sebelum itu.

beri betis hendak drumstick spicy KFC
spesis yang lupa diri, angkuh dengan tawaran dan pemberian orang yang disifatkan tidak mencapai taraf diri sendiri, namun x sedar bila mintak drumstick KFC tu menandakan dia jakun sangat.ek elleh...sikit2 KFC. muak ahh!

sekali air bah, sekali cuti darurat
keadaan di mana negeri2 di malaysia yang selalu dilanda banjir baru baru ini sehinggakan memaksa penduduk cuti darurat.

lembu punya susu, cheesedale dapat nama
perkara di mana harga susu lembu tempatan jauh lebih murah dah berkualiti untuk dijadikan sajian berkhasiat, namun keju cheesedale memonopoli pasaran dan menenggelamkan nama susu lembu.


alang2 menyeluk pekasam, biar sorang pon x lalu nak makan
perbuatan terkeji bila ikan pekasam buatan sendiri dalam bekas diseluk seseorang menggunakan tangannya yang kotor hingga sesiapa yg melihatnya akan terasa geli geleman untuk memakan ikan tersebut.

bersatu kita teguh, bercerai kena saman
kes yang selalu terjadi sejak akhir2 ini di mana penceraian berlaku dengan banyak perkara yang mmeningkan kepala termasuk tuntutan saman juta2 oleh kedua dua pihak.

seperti Belanda meminta tanah bercucuk tanam
perkara yang berlaku zaman penjajahan di mana kedatangan Belanda ke Tanah Melayu bermuslihatkan niat bercucuk tanam saja, namun niat asal mereka adalah untuk mendirikan rumah burung walit.

simpul simpulan bahasa sanskrit: hati gusar...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v