yusufyaacub/panca-4dimensi: POTRET ANJING COMEL Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Thursday, September 8, 2011

POTRET ANJING COMEL

salam sahabat buat skalian~
potret? binatang?? anjing??? hahaaa..sebenarya potret bkn untuk manusia saja.. lukisan wajah binatang jugak adalah boleh dipanggil sebagai potret... (ni senior sem 8 aku tempah untuk kawan dia.)
tajuk- *aku x ingat nama anjing ni
teknik- drawing
media- pensil mekanikal 2b+graphite 4B,6B on A4 verge paper
rujukan- foto dlm facebook
status- sold
tapi kenapa lukis binatang? kan salah hukumnya di sisi syarak........... korang jangan nak bertekak ngan aku bab hukum hakam.. hukum melukis makhluk bernyawa ni dah banyak diterang oleh ustaz2.. benda ni khilaf ulama' terdahulu. kalo x paham, boleh rujuk entry aku nih "HUKUM MELUKIS MAKHLUK BERNYAWA".

yang ketiga..kenapa anjing? huuu...dah orang tempah lukisan anjing, aku lukisla anjing.. xkan orang tempah potret anjing, aku lukis potret kuda belang plak.. tadi masa buat last touch up, aku duk kat library dekat ngan tangga. jadi ada la kwn2, junior2 lalu naik tangga tu dan nampak aku tngah melukis. mungkin bagi dorang macam pelik bila tengok sorang lelaki muslim, pakai songkok, melukis anjing. hahaa...ada jugak member aku yang kata "alaa...comelnya", maknanya dorang pahamla tu kan.. tapi ada jugak junior yang bisik2 bajet telinga supersonic aku ni x dengar, "lukis anjing?xda binatang lain ke nak lukis?". okehlah..abg nak menjawab persoalan kat sini yerr..

ada 4 mazhab utama di dunia sepertimana yang ramai dah tau. dan hukum brkaitan haram anjing ini adalah berbeza mengikut amalan 4 mazhab ni. tapi x mendatangkan masalah pada iktikad dan tauhid, cuma pada lifestyle. mungkin kes bisik2 mcm dialog tadi tu disebabkan perasaan jijik yang menebal pada makluk dipanggil anjing ni. deyyy....anjing pon makhluk yang Allah cipta jugak... Allah cipta anjing bukan untuk dikeji, tapi kita pulak yang selalu mengeji makhluk ni. aparaaa.. aku lukis anjing tu jijik sangat ke? haram? kena SERTU?
Kalo ikut mazhab syafie', pegang anjing dan hasil2 dari anjing je haram dan perlu disertu, sertu ye...BUKAN SAMAK! lukisan anjing tu tergolong dalam najis mughalazah ke? abeh yang korang tengok tv, anjing dok ada dalam siaran tu xkira plak? kan imej jugak kat skrin tu, bole gerak2 lagi. pegi la sertu. hahaaa..

dah3..malas aku nak layan manusia yang sempit pemikiran nih.....tapi apa2pon, potret ni memang memberi latihan awal kat aku sebelum buat lukisan kerja kursus sem ni. maklumla kena lukis binatang plak.. huhu

simpul simpulan bahasa sanskrit: nak lukis juju plak~
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v