yusufyaacub/panca-4dimensi: SENSITIVITI DALAM SENI Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, September 14, 2011

SENSITIVITI DALAM SENI

salam sahabat buat skalian~ 

Sepanjang aku berada dalam IPG dan melalui banyak fasa pembelajaran berterusan yang mematangkan aku dari satu sudut ke satu sudut lain, terdapat beberapa perkara aku tersedar. dan perkara ini banyak memberi impak pada diri sendiri dan orang di sekelilingku. sebagai pelajar seni visual, penggiat seni visual dan juga bakal guru seni visual kelak, aku mendapati perkara-perkara ini amat membantu aku menjalankan kajian, analisis dan kefahaman bahkan semasa berkarya sendiri dengan lancar dan penuh kepuasan. namun aku sedari bahawa terdapat satu perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan dan tidakpun disedari oleh aku dan rakan-rakan sebelum ini.

inilah dia, nilai SENSITIVITI. nilai ini jika digunakan pada suatu tempat/ keadaan/ketika/ situasi dan permasalahan, mungkin ia merupakan satu titik mula yang mendorong penyelesaian masalah dilakukan. namun, sensitiviti yang aku ingin perkatakan di sini adalah 

"perubahan tingkah laku serta cara diri sendiri melihat sesuatu di sekelilingnya apabila ia masuk ke dalam zon itu.". 

aku mendapati, terdapat permasalahan yang tak kunjung reda tatkala terdapatnya tekanan semasa menyiapkan tugasan yang memerlukan kami memerah kreativiti untuk menghasilkan karya.

kreativiti yang baik memerlukan jiwa yang memahami, mendalami dan merasai subjek yang ingin diutarakan. apakah kaitannya dengan sensitiviti? bagi aku, apabila kita ingin berkarya, seolah olah suatu "setting" telah diaktifkan dalam otak kita utnutk memberi tumpuan pada suatu subjek. tumpuan ini secara automatiknya telah mengaktifkan segala deria semulajadi kita untuk menghasilkan rangsangan serta hubungan antara diri dengan karya yang bakal kita hasilkan.

oleh sebab pengaktifan deria inilah, kita tidak sedar bahawa tahap sensitiviti kita berada pada tahap tertinggi yang mungkin sesetengah orang menggelarkannya sebagai "mood". melaluinya, aku mendapati bahawa terlalu banyak sensitiviti telah ditumpukan pada suatu subjek dan dengan itu terabailah perkara perkara lain di sekeliling kita. umpamanya, kita sibuk membina pemahaman, hubungan dan rangsangan antara diri dan karya sehingga terlupa cara mengekalkan pemahaman, hubungan dan rangsangan antara rakan dan orang sekeliling. natijahnya, ada pertikaian pertikaian kecil muncul menandakan rasa ridak puas hati terhadap suatu perkara yang kadang2 dirasakan ianya tidak penting langsung untuk dipertikaikan.

hal ini bertepatan dengan peranan yang dimainkan oleh seni visual itu sendiri iaitu melalui
peranan psikologi:  berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.
apa yang aku ingin perkatakan di sini ialah, nilai sensitiviti yang diberikan sepenuhnya pada karya mungkin dapat mempengaruhi cara kita menilai perkara sekeliling. mungkin penilaian kita akan merosot kerana kurangnya sensitiviti terhadap rakan mahupun sesiapa sahaja di sekitar. ataupun terlalu sensitif hasil keterbawakan semasa masih dalam zon berkarya. hakikatnya, ia boleh di kawal. elakkan berada dalam tekanan melampau dan carilah ruang untuk diri sendiri melepaskan sesuatu yang terpendam.

simpul simpulan bahasa sanskrit: kalau cik "mood" mai, aku memang sensitif gila!

1 comment:

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v