yusufyaacub/panca-4dimensi: SUATU PERJALANAN Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, September 21, 2011

SUATU PERJALANAN

salam sahabat buat skalian~

   uniknya perjalanan hidup seseorang sukar untuk dimengertikan. kerana apa yang dirancang tidak semestinya sama dengan apa yang tercatat yakni qada dan qadar. ada orang yang melalui jalan sukar untuk mendapat suatu kesedaran dan kebaikan pada diri. ada orang melalui jalan mudah untuk mendapatkannya. percayalah, itu bukan urusan kita, tapi wajib untuk berusaha.
   usaha yang diperlukan itu amatlah sia-sia apabila tidak dimulai dengan kesedaran dan keikhlasan. namun apa guna mengharapkan kesedaran dan keikhlasan andaikata masih mempertikai dengan nasib diri? lebih baik memaksa daripada menunggu. bagi setiap manusia, mungkin mereka mempunyai perjalanan sukar tersendiri. masing2 mungkin merasakan merekalah yang paling sukar menerima ujian daripada Allah..
   sebenarnya, dalam perkara ini tidak perlu dibanding antara satu sama lain kerana setiap ujian itu berbeza mengikut kemampuan si penerimanya. namun, objektifnya tetap sama.
   Allah telah melenyapkan perasaan dendam yang cukup dasyat dalam diri aku hanya kurang sebulan dari tarikh ini. dan itu merupakan satu kelegaan kerana salah satu punca tompok2 hitam dalam qolbu telah berjaya dihilangkan. allah juga telah mengurniakan kawan2 yang cukup baik dan memahami aku, membuatkan aku lebih faham tentang makna kehidupan.
    hari ini, aku faham kenapa Allah hilangkan dendam itu sebelum aku menerima sesuatu berita ini. aku yakin, dengan rahmat Allah yang sentiasa membuat aku terpelihara daripada sebarang tidakan yang memakan diri. bagi aku, ia hanyalah sekecil kecil ujian yang diberikan, dan aku masih banyak perlu belajar untuk menerima ujian mendatang. tidak mungkin akan ada seorang pun yang akan faham dengan penulisan ini, tapi ini adalah sedikit sebanyak realiti yang telah dan sedang aku lalui.

simpul simpulan bahasa sanskrit: Moga berbahagia selalu di samping pilihan hati bersama rahmat Allah yang Maha Agung. :)
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v