yusufyaacub/panca-4dimensi: DRAWING- BORN AS IT IS Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, October 14, 2011

DRAWING- BORN AS IT IS

salam sahabat buat skalian~
BORN AS IT IS
ini merupakan karya kedua aku sperti yang pernah aku tulis dalam entry SEBELUM INI. karya ni wajib buat hitam putih... saiznya 45cm kali 60cm.. masa nak buat karya ni, aku risau jugak sebab aku x pernah draw atas canvas panel. selalunya aku wat painting je canvas panel nih.

aku lakar terus guna pen kilometrico warna hitam. kalau lakar guna pensel nanti takut comot plak. lepas wat rough sketch tu, aku terpikir kenapala susah sangat kaler nak isi ruang2 kosong kat kanvas tu. adoiii...

untuk selesai masalah, aku guna la charcoal.......tonyoh punya tonyoh, elok la sikit..tapi masih x puas hati..

pastu aku teringat satu teknik yang dipanggil "DRY BRUSH DRAWING". aku mula kenal teknik ni lama dulu drp sorang brader ni, rizzuan mior rosli.. tapi dia pakai charcoal powder... aku pon try la guna charcoal pencil......
lepas tonyoh sikit2 guna charcoal pencil, aku ratakan guna brush kering. memang superb ah.. partikel2 charcoal tu masuk ke celah2 canvas.. dalam gambar asal, ada cengkerang siput, jadi aku ganti dgn batu2 dan pasir sikit. maka dengan rakusnya aku apply kat buaya, batu2 dan rimbun pokok kat belakang tu.
lastly, aku saja nak pelbagaikan media sebab ini assignment.. lg banyak bereksperimen dgn media, lagi mudah dapat markah tinggi... aku pon apply soft pastels hitam, kelabu dan putih sebagai langit.... then aku spray fixier kasi dia mati kat situ.....

untuk alatan2, aku akan buat satu lagi entry khas bila kedua2 drawing siap diframekan...tungguu..
simpul simpulan bahasa sanskrit: berhempas pulas siapkan folio kajian n projek digital painting plak. adoiiiiiiii!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v