yusufyaacub/panca-4dimensi: MIXED MEDIA DRAWING Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, October 9, 2011

MIXED MEDIA DRAWING

salam sahabat buat skalian~
sebelum aku frame, tajuk: RAINBOW OF THE WEBBED.. terbang jugak RM60-70 nak frame nih
artwork kali ni berkenaan tugasan kerja kursus aku. kawan2 kelas aku masing2 pilih binatang yang nak dilukis. sebabnya tema yg diberikan adalah benda hidup. jadi, aku ni jenis pelik sejak azali... aku suka buat apa yang orang lain x buat. jadi aku pilihlah 2 jenis binatang... MANDARIN DUCK dan BUAYA. kenapa dua?? sebab tugasan nak satu hitam putih dan satu lagi berwarna. media bebas asalkan unik dan berbeza... oleh sebab xda masa nak buat kajian, aku pon trus beli kertas untuk buat final dulu.
detailing part dahan
detailing part bulu    
folio kajian yang berpuluh helai tu aku abaikan jer dulu. dengan xda apa kebenda kajian, aku try n error je atas paper. hahaaa..bkn nak mnunjuk, tp itulah aku dari dulu. aku try mix ballpoint pen kilometrico yg sebatang lapan kupang tu dengan kaler pensil dan latarbelakangnya guna soft pastels.. actually, teknik ni xramai yg buat. aku search kat youtube pon ada 1 je video tutorial sal ni. tu pon kureng mnarik. jadi aku ambik kputusan untuk buat video tutor sambil aku melukis dan uplod ke youtube. kira bnyk bnda jgak la aku wat dalam satu masa. ini videonya:

lukisan ni adalah yang paling bermakna dalam hidup setakat ini. airmata aku menitis masa melukis bukan sebab tekanan kerja atau study. tapi aku letak sesuatu dalam lukisan ni. kalau korang perati betul2 dengan deria dan hati korang pada lukisan penuh aku tu... insyaallah korang akan dapat rasa isi hati aku. apa yang selama ni tersimpan dalam hati, aku lepaskan dalam lukisan ni. memang warnanya pelbagai, tapi itu yang tersurat... bagi sesiapa yang dapat lihat yang tersirat, aku respek abes.. terima kasih kerana membaca dan melihat...
simpul simpulan bahasa sanskrit: ‎"you can feel ones heart by looking at their arts. this i my arts, and this is my heart." (yusuf yaacub 2011)

2 comments:

  1. I don't know why, I could feel the sadness in the eye...

    ReplyDelete
  2. thanks.. i appreciate what u seen. its true...

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v