yusufyaacub/panca-4dimensi: PEMBONGKARAN MAKLUMAT KOD MAKANAN Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, October 9, 2011

PEMBONGKARAN MAKLUMAT KOD MAKANAN

salam sahabat buat skalian~
BAB 1
baru-baru ni heboh manusia2 di FB dok canang sana sini bab kod2 makanan yang ada diantaranya mengandungi bahan daripada babi. kalau sebut babi, konpem2 lah ia diharamkan kepada umat Islam, Yahudi, dan smua golongan vegetarian kan? untuk pembongkaran part pertama, aku akan bercakap scara umum tanpa berat kepada mana2 agama mahupun golongan.
ini adalah gambar yang popular menyatakan kod makanan tersebut mengandungi lemak babi
aku senaraikan kat sini kod2 makanan yang ditulis dlm artikel popular tersebut:
E 100, E 280, E 434, E 482, E 110, E 300, E 435, E 483, E 120, E 301, E 436, E 491, E 140, E 325, E 440, E 492, E 141,  E 326, E 441, E 493, E 153, E 327, E 470, E 494, E 160, E 334, E 471, E 495, E 161, E 335, E 472, E 542, E 210, E 336, E 473, E 570, E 213, E 337, E 474, E 572, E 214, E 422, E 475, E 631, E 216, E 430, E 476, E 635, E 234, E 431, E 477, E 904, E 252, E 432, E 478, E 920, E 270, E 433, E 481
jadi, yang pertama, kita tenok kod yang ada pada gambar di atas, tertulis E110 dan mengatakan itu kod lemak babi. tetapi sebenarnya E110 = PEWARNA MAKANAN (SUNSET YELLOW)

sekarang, aku bagi carta kat korang :
E 100 sehingga E 199 adalah kategori PEWARNA MAKANAN.
E 200 sehingga E 299 adalah kategori PENGAWET MAKANAN.
E 300 sehingga E 399 adalah kategori ANTIOKSIDAN/ KAWALAN KEASIDAN
E 400 sehingga E 499 adalah kategori PEMEKAT/ PENSTABIL/ PENGIMULSI
E 500 sehingga E 599 adalah kategori KAWALAN KEASIDAN/ ANTI-CAKING@ANTI LEKITAN
E 600 sehingga E 699 adalah kategori PENAMBAH PERISA
E 700 sehingga E 799 adalah kategori ANTIBIOTIK
E 900 sehingga E 999 adalah kategori PELBAGAI GUNA
E 1000 sehingga E 1599 adalah kategori BAHAN KIMIA TAMBAHAN
NAK CARTA PENUH TENGOK SINI.

Tak dinafikan adanya kegunaan hasil haiwan dan tumbuhan serta gabungan bahan kimia dalam penghasilan jenis2 bahan penambahan dalam produk makanan. tapi kita x boleh claim  itu lemak babi, ini lemak lembu, itu dna babi, ini dna kerbau.. kenapa?

pertama: contoh E 471 iaitu pengimulsi dikatakan mengandungi lemak babi oleh sesetengah orang. kena betulkan kat sini, IA BOLEH JADI MENGANDUNGI LEMAK BABI DAN HAIWAN LAIN.

kedua: fakta utama ialah E 471 selalunya dihasilkan daripada minyak sayuran, ia jarang dihasilkan daripada lemak haiwan. tetapi ada dikormersialkan dengan cara itu.

ketiga: boleh jadi ada lemak sayuran, boleh jadi ada lemak babi, boleh jadi ada lemak lembu halal, boleh jadi ada lemak lembu haram dan sgala jenis lemak binatang lain.

jadi, sebagai seorang Muslim, Yahudi, Vegetarian, adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan yang mengandungi kandungan E 471 melainkan anda yakin bahawa E 471 tersebut daripada sumber yang sesuai dengan kepercayan  dan amalan anda. sebagai umat Islam, elakkan makanan Syubhah. walaubagaimanapun, sikap suka sebar artikel atau maklumat yang x tentu sahihnya amatlah memalukan. janganla bila nampak perkataan ISLAM, kalut nak sebar. ini akan bg imej buruk  kat Islam itu sendri. umpama Islam ni berkembang berdasarkan dakyah2 dan tarbiah2 yang tak kukuh, yg rapuh, dan tak diperhalusi. wallahuallam.

1 comment:

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v