yusufyaacub/panca-4dimensi: PEMBONGKARAN MITOS SARDIN TIN BAHAYA UNTUK KESIHATAN Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, October 12, 2011

PEMBONGKARAN MITOS SARDIN TIN BAHAYA UNTUK KESIHATAN

salam sahabat buat skalian~
halalan toyyibah!! halal=bersih, suci, berkhasiat
baru2 ni, banyak pulak beritaharamjadahalmengarutnakmampuih bertubi tubi disebarkan kat FB. heran aku, rajin plak orang wat artikel hoax tu utk disebarkan. bape kupang ntah dia dapat bila sebar bnda tu. aku dah bongkar satu artikel pasai bahan tambahan dalam makanan yang mengandungi lemak babi(konon2). kali ni pasal ikan sardin plak.
okeh, maklong dan paklong semua.. dalam artikel tu ada sebut, bahaya sardin ni pada tulangnya yg rapuh disebabkan dicampur bahan kimia. bila korang makan, akan dapat kanser fibroid katanya. jadi kunci utama kat sini, aku nak betulkan APA YANG MENYEBABKAN TULANG IKAN TU RAPUH?

tulang saya rapuh bukan sebab osteoporosis!
point 1: dia bagi contoh eksperimen ikan rebus 3 hari 3 malam kan? tulang ikan tu keras jugak.

jawapan: itu dia REBUS dalam periuk biasa. rebus guna gas dapur dengan penutup terbuka, tekanan akan dilepaskan. haba akan dialihkan. memanglah susah nak lembut tulang tu.  cuba try guna PRESSURE COOKER. sejam pon dah hancur. boleh jadi dia x pnah jumpa pressure cooker kot. maklumla..rega sbijik pon cecah ribu2...

jawapan: proses sebenar untuk melembutkan tulang sardin ni mudah aje.. g kilang ah. kat kilang tu, dorang guna mesin dan kaedah yang dinamakan RETORT PROCESS atau THERMAL PROCESS. proses ni cukup penting dalam PENGETINAN MAKANAN. proses ni dibuat menggunakan AUTOCLAVE selepas produk makanan diisi dalam tin untuk disterilize. proses tersebut menggunakan suhu dalam range 121–134 °C (250–273 °F). . dan suhu yang dikenakan berbeza mengikut jenis makanan.
keratan rentas alat retort KLIK UTK KE ARTIKEL ASAL
point 2: makan sardin kena penyakit kanser.

jawapan: itu adalah satu dakwaan tidak ilmiah dan tiada pembuktian. tapi jika dia sebut, BOLEH MENYUMBANG KEPADA KANSER, aku setuju. sebabnya makanan yang mengandungi bahan pengawet dan penambah perisa memang kurang baik untuk kesihatan jika diambil berlebihan. umpama tiap2 hari korang makan sardin. memanglah bahaya dol!

jawapan: tak boleh mengatakan sardin menyumbang pada kanser kerana adanya kimia pada tulang ikan yang rapuh. faktanya tulang tu rapuh sebab proses yang dah aku tulis kat atas. tapi boleh kata, makanan bertin yang mengandungi penambah rasa dan pengawet mampu menyumbang kepada kanser dan penyakit lain jika diambil terlalu banyak dan diantaranya sardin.

KESIMPULANNYA: ARTIKEL KAT FB TU, (KLIK UNTUK KE ARTIKEL TAK SAINTIFIK) MEMANG XBOLEH PAKAI. TAPI, ATAS KORANGLAH UNTUK MENILAI.. SEBAB ITU PERUT KORANG BUKAN PERUT AKU.

aku pon jarang makan sardin. sebab mahal woh.. setin beringgit ringgit. baik aku beli nasi lemak singgit sbungkus.
nyum3~~ makanlah tanpa was2.
update sikit: video penghasilan sardin. pada minit ke 2.26, di video pertama korang dpt lihat alat autoclave utk proses retort tu.

simpul simpulan bahasa sanskrit: puas hati?? suka sangat sebar tapi xmau cari betol ke tak. hampeh punya bangsa.

4 comments:

  1. kupasan yg bgus...

    ReplyDelete
  2. tq..utk info...de baca tentang bahaya sardin..xpuas hati cari lagi jumpa blog ni...

    ReplyDelete
  3. Sardin murah jer skrang ni bro, tin besar 2 ringgit lebih jer. Tapi, semurah manapun sardin dalam tin nih., tak mungkin akan jadi makanan kegemaran ku. Tak mungkin

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v