yusufyaacub/panca-4dimensi: BURUNG-BURUNG AIR YANG TERANCAM Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, November 18, 2011

BURUNG-BURUNG AIR YANG TERANCAM

salam sahabat buat skalian~
aku nak story sikitla kat korang pasal burung2 yang pernah aku tengok sepanjang aku membesar di sekitar sawah padi dan sungai2 yang terbentang luas sekeliling rumah. semua tu pernah menjadi tempat mainan aku dengan kawan2 masa kecik2 dulu. dulu burung2 yang aku selalu tengok dah kurang bila beralih tahun. sekarang ni macam dah "rare" sangat. burung2 yang aku nak highlightkan kat sini adalah yang terlindung bawah Akta Hidupan Liar 1972.

Burung ni semua dulunya mudah dilihat mencari makan dan membiak di tebing2 sawah dan tebing sungai kerana ianyanya kategori burung air dan mereka yang menangkapnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Burung Ruak Ruak / White Breasted Waterhen (Amaurornis phoenicurus)
burung ruak2 masih lagi famous di kalangan penjerat2 burung area kampung aku. xtawla apa yang best sangat dorang ni jerat2 burung. kesian lah... dah la letak dalam jebak kecik tu. burung ni bleh bertelur dalam 6-7 biji setiap musim. uniknya burung ni, kita bleh taw kehadiran dia melalui bunyi dia, "uwak..uwak...". subuh2, maghrib2 adalah dengar..

Burung Ayam-Ayam / watercock (Gallicrex cinerea)
burung ayam2 masa zaman aku kecik2 dulu memang banyak. mudah je nak tengok dorang. masa musim padi menguning tunggu untuk dituai tu, lalu je tepi2 sawah. mesti nampak dorang terbang, lari sembunyi. sekarang ni susah nak ada sebab semua pakai jentera, dari mula menanam padi sampai menuai. habis rosak tebing2 sawah yang jadi habitat burung ni. satu lagi penggunaan racun rumpai dan racun siput gondang emas.  yang jantan ada balung warna merah. yang betina xda balung tu dan warna dia coklat2 muda sikit. bunyi burung ni plak ,"uuuutumb...uuuuuutumb" secara bergema.

Burung Sintar/  (Gallirallus striatus)
burung sintar pulak masih banyak boleh didapati dia area kedah dan perlis. sebab burung ni mudah dan cepat membiak. sampai sekarang masih ramai yang memukat burung ni untuk dimakan dan dijual. rasanya masih ramai yang xtaw burung2 ni dilindungi jabatan perhilitan.. rasanya jabatan perhilitan kena join venture dengan MADA dan persatuan2 pesawah2 ke untuk educate orang2 kampung berkenaan status burung2 ni.

yang ni plak burung ayam2 dan burng sintar yang dah disembelih.  aduii...jom sama2 melestarikan alam.
simpul simpulan bahasa sanskrit: nak join persatuan pencinta alam lah. ;p
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v