yusufyaacub/panca-4dimensi: REZEKI 3 JAM Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Tuesday, November 1, 2011

REZEKI 3 JAM

salam sahabat buat skalian~
“Katakanlah: “Siapakan yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.” [Saba' 24]
NASI LEMAK Y5: 011-12442388> UNTUK TEMPAHAN (KANGAR PERLIS)

kali ni nak cakap2 sal rezeki sikit. xda la pandai.. tapi nak tunjuk bukti je.. dalam musim sengkek skarang ni, aku makan nasik 1 kali sehari je. kadang2 je 2 kali sehari. tapi yang wajib, tiap malam dari ari isnin sampai jumaat je aku g beli nasik lemak kat NASI LEMAK Y5. sedap wuu... aku ni antara pelanggan terawal la semenjak dia buka gerai. yup, gerai je.. ada meja roda sorong ke depan RHB Bank Kangar. yang meniaganya, laki bini.

berbekalkan 5 buah meja lipat dan beberapa kerusi plastik, sebuah generator, dan kemudahan WIFI, perniagaan dimulakan dari jam 6 petang hingga habis nasik terjual. dianggarkan dengan keadaan sekarang, selalunya nasi akan habis jam 8.30 malam. semua barang2 akan disimpan rapi, tak tinggal kesan langsung.

apa yang menariknya, harga nasi lemak ni cukup murah bila dibandingkan dgn bahan2 yang dimasukkan dalamnya. satu set  nasik lemak Y5 biasa, berharga cuma:
RM2.50 yang menghidangkan nasik lemak lembut dan wangi+ 1/2 telur rebus+ kacang goreng+ bilis goreng+ hirisan timun+ sambal cili kosong. 
customer boleh pulak menambah lauk pauk lain dgn harga RM1.00> RM2.50 iaitu:
ayam goreng/ telur dadar/ telur mata/ ikan talang masin/ peparu lembu/ sambal kerang/ sambal sotong
jadi,insyaallah dgn harga RM 4.00, anda boleh tidur dgn aman...

tapi bukan itu yang aku nak highlightkan kat sini, tapi usaha dua orang laki bini ni yang cukup rajin. bukan senang nak buat nasi lemak dengan bermacam jenis lauk.. ambik masa lama jugak.. aku tau sebab aku pon pernah masak nasik lemak tapi resepinya, rahsia lagi.. share ngn bini je kot nanti. ;p.

aku xdalah tanya banyak kat tokey dia.. tapi aku rasa, ada je keja lain yang dia wat.. dan jual nasi lemak ni just part time. tapi part time pon, bayangkan harga paling basic sebungkus pon RM2.50. masa aku beli sebungkus tadi, ada akak tu beli 10 bungkus. maknanya dah berapa puluh ringgit dia dapat dalam masa aku berdiri depan dia tu? tu belom orang lain lagi g berdiri depan dia. hahahaaa..

dulu aku pernah meniaga dgn abang angkat aku. sepanjang aku meniaga, aku sedar satu perkara. kalau nak berajaya, mesti ada beberapa ciri ni dalam diri:
rajin/ syukur/ tak salahkan orang/ neutral/ senyum/ sopan/ bersih/ amanah/ mesra/ jangan terlalu peramah/ tidak bercakap besar/ tidak sombong

“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu terlebih dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11.
simpul simpulan bahasa sanskrit: selamat menjamu selera.. ^^

2 comments:

  1. *senyum
    point words plg aku suka..sbb sesetengah peniaga..muka aduih haha..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v