yusufyaacub/panca-4dimensi: 10 SEBAB ORANG SUKA LIKE DI FACEBOOK? Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Monday, December 12, 2011

10 SEBAB ORANG SUKA LIKE DI FACEBOOK?

salam sahabat buat sekalian~
hurmm.. hari ni aku sesaja nak tulis satu entry merepek tapi aku rasa apa yang aku nak tulis ni, mesti ramai yang dah lalui. aku andaikan sesiapa yang baca entry ni, mesti adalah pengguna facebook kan? bagi yang x pernah dengar langsung apa tu facebook, memang mengarut sangat lah kan? amat x logik korang bleh baca entry aku tapi x tengok button like dan share facebook yang ada kat bawah tu. nak komen guna facebook pon bleh!

Kadang2 aku sendri rasa macam dah terbawak bawak ke dunia realiti. hohoo.. tiap satu benda nak pi tekan like. cemana tuh? nampak ada keta sport cun lalu depan mata, aku tanya kawan aku, "ada button like dak nak tekan?" ;p

ok2, berbalik kepada tajuk. dulu kalau xsilap aku, kita cuma boleh like pada status seseorang dan aktiviti seseorang saja. sekarang ni segala mak nenek kita boleh like. komen orang bawah status tu pon boleh jgak di like. so, apa yang beeeeessttt sangat ngelike2 ni? jadi aku pon membentuk kajian rambang pada para pengguna dan menganalisis data2 yang tak pernah wujud....maka....

SEBAB PERTAMA: untuk mencari idea2 daripada idea orang lain.

SEBAB KEDUA: mempamerkan bahawa dirinya masih wujud dalam arena perfacebookan.

SEBAB KETIGA: untuk perli kawan2 yang selalu buat status dan komen yang "macam best".

SEBAB KEEMPAT: untuk menandakan sokongan pada sesuatu statement.

SEBAB KELIMA: untuk menunjukkan anda suka tahap gaban terhadap sesuatu aktiviti. especially bila       status "in a relationship" tukar jadi "single". komen pertama slalunya, "wht hapen???", pastu yg lain like like like like like like~

SEBAB KEENAM: untuk memperoleh sokongan kembali daripada orang yang dilike apabila membuat statement baru.

SEBAB KETUJUH: untuk menunjukkan anda sedang memerhatikan aktiviti2 facebook seseorang.

SEBAB KELAPAN: untuk memaksimumkan penggunaan facebook, maklumla benda like2 ni kan free....

SEBAB KESEMBILAN: untuk mencari undian dalam pertandingan2 tudung, baju kurung, busana muslimah, gambar couple, baby tercomel, bla..bla...bla.... 

SEBAB KESEPULUH: sebagai cara nak suruh orang datang usya dan like status kat wall dia sendiri.

aik???? tersesat plak!
bab sendri punya status dan komen, sendri pi like tu....aku x pasti. jenis syok sorang2 kot.

simpul simpulan bahasa sanskrit: meh le like entry ni plak..button kat bawah tu. ihik2~
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v