yusufyaacub/panca-4dimensi: AHLI WAHABI PERLEKEH TAREKAT, ZIKIR, DOA Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Thursday, December 8, 2011

AHLI WAHABI PERLEKEH TAREKAT, ZIKIR, DOA

salam sahabat buat sekalian~

Dah la aku baru post entry pasal senarai golongan ajaran sesat kat malaysia. tadi plak masa aku online facebook, aku ternampak ada satu video ni. bila tengok sampai habis, astagfirullah..... menyirap darah. first2 lagi dia dah bantai golongan tarekat. puhh...cubaan.... melalui sumber, video ni diambil di bukit jelutong shah alam selangor pada 22 september 2011. orang ini plak bernama "Ustaz" Mohd Rizal bin Azizan atau dikenali dengan gelaran MAT MALAYA dan memang WAHABI kaw2 punya.

jadi, bak kata Imam Al-Bukhari dlm Kitab Tarikh 2/1/180,'

"Apabila telah melaknat (mengutuk)akhir ummat ini akan awal ummatnya, maka pada sesiapa yg ada padanya ilmu maka hendaklah dikeluarkannya.Maka sesungguhnya penyembunyi ilmu itu pada ketika itu adalah seperti penyembunyi apa yg telah diturunkan ke atas Saiyidina Muhammad SAW"


berani sgt nak hukum tarekat sesat?? walaupun aku ni baru dalam tarekat, tapi aku tetap x puas hati. maka dengan itu dan menyahut seruan Imam Al-Bukhari tadi, aku nak menjawab dengan ilmu nan sekelumit nih. makna sebenar "aku tak layak ke syurga-Mu, aku tak sanggup ke neraka-Mu" bermaksud:

kita sebagai hamba Allah sentiasa merasa kurang, tidak merasa lebih dalam mana2 perkara. kan itu perkara mulia? sebab merasa lebih dalam perkara2 dunia dan ibadat ni kan satu penyakit hati yakni riak, ujub, dan takbur? lihat pada istilah ibadat dlm Islam pada bahasa tu sendiri yg bermakna merendah diri, tunduk patuh dan ta'at. jadi salahkah kita merendah diri? dan merendah diri dgn mengatakan aku tak layak ke syurga-Mu bukan bermakna tak mahu ke syurga Allah. tapi bila kita ni rendah diri, sambil beribadah...hak Allah saja untuk tentukannya. sama jugak dengan neraka. kita zikir, "aku tak sanggup ke neraka-Mu" bermakna. kita mintak perlindungan dari azab api neraka dari Allah kerana di dunia ni byk perkara yang kita lakukan itu kadang2  berdosa tanpa sedar. samada melalui tutur kata, perbuatan mahupun hati. jadi, salahkah kita nak katakan kita  tak sanggup ke neraka? jadi, zikir yg dikatakan sesat oleh "ustaz wahabi" ni sebenarnya adalah zikir yg menempatkan diri kita, memberi muhasabah diri kita, dan sbg cara mengagungkan kekuasaan Allah. salah ka nak agungkan Allah? berbanding puak wahabi yg suka sgt melihat amalan dan perilaku kelompok lain tanpa melihat pada diri mereka sendiri?  sesungguhnya merasakan diri kita tak layak ke syurga tu bermakna kita rasa amalan kita ni blom cukup dan perlu lagi untuk dicari....susah sgt ka nak paham KASTARD oiiii~

hubungan manusia dgn manusia pon dia x pandai jaga, inikan plak nak hukum cara org lain jaga hubungan mereka dgn Allah. siapalah kamu wahai Rizal....

dia claim ahli tarekat x mau masuk syurga. sbenarnya dia x paham. ahli tarekat adalah org yg berserah sepenuhnya pada Allah. iaitu golongan yang mengenali hakikat diri yg berkait dengan sifat2 Allah yakni sifat 20. sapa yang belajar btol2 sifat 20, dan ilmu2 mengenal diri yg lain, insyaallah 100% hidup matinya berserah pada Allah. Allah memg menjanjikan syurga, x salah mengejar nikmat syurga. tapi bagi ahli tarekat, kenikmatan melakukan amal soleh itu lebih dipentingkan. kita merasa puas melakukan sesuatu di jalan Allah. bab Allah nak bagi syurga ke, neraka ke, itukan Hak Allah. dan Hak tu dah pon dijanjikan sepertimana dalam quran dan Hadis.

sebagai contohlah, ada satu company ni nak naikkan pangkat pekerja2 berdasarkan prestasi kerja yg mempunyai kriteria tertentu utk dicapai.
jadi ada la sorg lelaki bertungkus lumus bekerja untuk naik pangkat sebab memang niat dia nak naik pangkat dan usaha dia tu menepati kriteria kenaikan pangkat.
sorg laki lagi jenis memang suka buat kerja. jenis yang x boleh duduk diam. dia buat kerja sungguh2 sebab memang kerja tu dia minat dan dia suka dan kebetulan cara dia kerja tu menepati kriteria kenaikan pangkat.

jadi, jika kita sebagai majikan. kita nak pilih salah sorang utk naikkan pangkat ke, kedua dua? kalau aku, aku naikkan kedua-duanya sebab dalam syarat tu xda plak kena pilih salah sorang. haa..sama2 merasa. fair n square. ni aku tulis contoh ye.. bukan aku sama kan pangkat tu dgn syurga plak. *please be berilmu sikit kalo nak kata kat orang ye.

bab dia kata org yg baca doa dan yg mengamin tu x paham pon apa yg dia baca. memanglah x paham.. tapi yg si rizal ni paham sgt ka? try la sebut makna 30 juzuk al quran tu. kalau bleh sebut trjemahan melayu pon, blom tentu dpt tafsir apa yg disampaikan. terjemah dgn tafsir x sama rizal uii..... ada banyak jenis tafsir yang digunakan oleh para ulamak:
1. Tahlili (dengan cara tawassu' & ijaaz).
2. Ijmali (dengan cara tawassu' & ijaaz).
3. Fiqhi.
4. Balaghi.
5. Sufi 'amali isyari.
6. falsafi.
7. Adabi Ijtima'i.
8. 'Aam.
9. Maudu'ii.
*dan lain2 lagi.
si rizal ni nak tafsir zikir yang sikit tu pon pakai nafsu! suka hati teradap nafsu dia ja! 

aku takdala pandai mana.. tapi walaupun ilmu aku sikit, aku amalkan. itu lebih baik dari orang yang riak dgn ilmu yang banyak kononnya, tapi sentiasa mencari salah orang lain sampai terlupa dengan diri sendiri.
ni adalah link ke video penuh ceramah merapu dia kat jelutong tuh (aku meluat nk letak video)
wallahuallam, maaf andai tersilap bicara.
simpul simpulan bahasa sanskrit: huh. panjangnya aku tulis!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v