yusufyaacub/panca-4dimensi: DOWNLOAD BORANG BANTUAN ISI RUMAH 1 MALAYSIA (RM 500) Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, December 10, 2011

DOWNLOAD BORANG BANTUAN ISI RUMAH 1 MALAYSIA (RM 500)

salam sahabat buat sekalian~

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my
Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

DOWNLOAD DI SINI:
*sila extract guna winrar @ winzip selepas downlod

Mekanisma BR1M
1. Syarat Permohonan
Syarat Asas:
Warganegara Malaysia
Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan

2. Dokumen yang diperlukan
Dokumen wajib:
Borang Pendaftaran BR1M
Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
Salinan Gaji (jika berkenaan)
*Nota – Penerima bantuan e-Kasih layak menerima bantuan

3. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Kelayakan:
Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga
Definisi ketua isi rumah:
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

1) Warganegara Malaysia;

2) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah berpendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
3) Sudah Berkahwin;
4) Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
5) Bujang tetapi mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
6) Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

pendapatan bulanan hendaklah kurang atau sama dengan RM  3000

pendapatan bulanan hendaklah kurang atau sama dengan RM  3000

*SILA PRINT DAN SEBARKAN PADA YANG LAYAK SAHAJA.
simpul simpulan bahasa sanskrit:isi, jgn tak isi...takut peruntukan lesap kalau tak dituntut!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v