yusufyaacub/panca-4dimensi: JUALAN SEMULA EMAS DI KEDAI EMAS Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Thursday, December 1, 2011

JUALAN SEMULA EMAS DI KEDAI EMAS

salam sahabat buat skalian~

semalam aku ronda2 alor star dgn member aku. kebetulan dia cuti. lama jugak aku x masuk alor star. aku malas lalu area tu. sebenarnya aku terdesak untuk jual emas aku nih. yg gini ha...

aku jual 1 dinar dan 1 bar
so, aku survey dulu kedai emas yang ada.. sebaik baiknya kedai melayu islam la kan.. aku pon trus pacak tongkat btol2 dpn pintu masuk kedai emas apanama ntah. bila aku masuk je, soalan pertama yang aku tanya:

aku: kalau nak tolak emas dinar dan bar kat sini, terima tak? (sambil tunjuk emas kat dia)
akak emas: ada certificate tak?
aku: (sah2 dia ni xtau pasai emas dagang) x dak kak, yg emirates ni ada la. plastik merah ni la certificate card dia.
akak: kalau xdak, kami x terima. yang merah ni pon xbleh, dia kena ada surat tu.
aku: ok..trima kaseh..(malas dah). kak tau x kedai yang terima emas xdak certificate?
akak: ada kot, tapi cina la...try p kat blakang2 ni.
aku: ok.. cina pon xpa...nak buat macamana dah melayu xmau meniaga kan?(brambus)

dalam masa dok cari kedai cina, terjumpa satu lagi kedai melayu yang langsung srupa x laku punya kedai. aku pon masukla...dengan soalan yang sama jugak aku tanya:


aku: kalau nak tolak emas dinar dan bar kat sini, terima tak? (sambil tunjuk emas kat dia)
brader: terima, tapi tanya kak tu pasai cara2 nak juai.
aku: kak, ni kalo tolak ni ambik dak? nak kira harga macamana??
akak: sat, nak tipon bos. kak pon x besa lagi.
aku: haa..tipon dulu..
akak: bos kata terima, kami tolak 30% untuk susut nilai.
aku: amboih sampai 30 %. ni bkn barang kemas nak susut sampai bnyak tu. habih kuat pon 5-10% ja.
akak: bos bagitau macamtu, sama ja...
aku: ih...saya dok kaji lama dah pasi emas ni... xpa lah, saya p tengok2 tang lain dulu. kalau apa2, saya mai sini balik.(mengkarung ayaq sunggoh ! cam aku bodo sgt)


kali btol2 aku p kedai cina, elok aku ngn member masuk....trus 3-4 org pekerja bangun cam pelik ja.. tau la muka kami cam penyamun pon. rilek aa..

aku: kalau nak tolak emas dinar dan bar kat sini, terima tak? (sambil tunjuk emas kat dia)
amoi: tatak ambik oo..
aku: memang x pernah ambik ka?
amoi: x ambik punya..
aku: ok2....(HJ btoi. x sempat duduk, bagitau dah kata x ambik!)


last punya kedai. aku rasa kedai baru. nor shakirim jusoh sdn bhd nama kedainya.

aku: kalau nak tolak emas dinar dan bar kat sini, terima tak? (sambil tunjuk emas kat dia)
akak: ambik..mai nak tengok. (pegang kalkulator, trus kira harga)
aku: yang 1 dinar tu xda detail.. tapi bleh test.
akak: kalau nak test, kena gunting tengok dalam dia pastu bakaq. kalu rosak nanti takpa ka? saya tanya dulu mintak setuju.
aku: kalau rosak pasai test, tapi tetap ambik tu xdak masalah..
akak: ok..abe tunggu sat noh...(dia suruh pembantu p test dlm loghat kelantan)
aku: kalau tolak 2 2 keping ni, bleh dapat brapa?
akak: saya kira sini, bleh dapat RM1096. saya bagi 1100 lah senang.
aku: (yesss) lepas target. (maka makin banyak menyembang lagi. huhuh)

xpayah banyak karenah. kedai ni x potong % susut dari total, tapi potong % susut dari nilai per gram. rasanya la..hehee. dan ini hasilnya.
simpul simpulan bahasa sanskrit: akak tu panggil aku abe, sebab aku nampak tua.

3 comments:

  1. kedai tu kat mana bro? rasa cam nak jual gak emas.. hehe

    ReplyDelete
  2. kat alamat no. 1552, jalan kota, 05000 alor star kedah. dekat dengn roundabout nak ke city plaza alor star.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v