yusufyaacub/panca-4dimensi: SILAT PUNYA CERITA Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, December 14, 2011

SILAT PUNYA CERITA

salam sahabat buat sekalian~
Dimaklumkan aku akan bergerak ke Manjung Perak di mana tapak chalet rasmi perguruan silat kami berada. tepi laut tuuuuu~ sepertimana yang tertulis dalam surat panggilan mesyuarat tu, aku terpaksala hadir untuk mengikuti mesyuarat agong kebangsaan pada 17 ni. bukan setakat mesyuarat agong kebangsaan, tapi mesyuarat agong koperasi selat dindinng yang bakal kami ambil alih. oleh sebab aku antara jawatankuasa koperasi panglima ulung di perlis, aku join la untuk koperasi yang persatuan kebangsaan plak.

Aku nak ke perak bukan semata-mata sebab mesyuarat tu..tapi kena uruskan kem dan pertandingan silat terbuka kebangsaan. kebetulan siri kali ni, ahli2 negeri perlis yang kena uruskan..huii....dah la kami ni sikit kan? x semua plak yang dapat hadir. ramai otai2 lama xdapat hadir atas tugasan kerja... dengar cerita YDP Perlis x dapat hadir jugak, dia ada urusan lain..tapi dia pegang jawatan kem komandan sepanjang tempoh kem dan pertandingan berlangsung. uishhh...kalau dia xdatang naya aku.. memangla aku timbalan YDP Perlis, tapi harap2 bagila tanggungjawab sebagai kem komandan tu kat orang lain. sebab aku nak buat video sepanjang program. mana nak sempat dok berlari sana sini...

PESANAN GURU UTAMA (Al-Fakir Ustaz Zubaidillah Bin Sulaiman)
"SALAM ANAK-ANAK PERGURUAN. SETIAP KESUSAHAN PASTI UJIAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN. DALAM MENGHARUNGI KECEMERLANGAN, PASTI JUGA BERDEPAN DENGAN CABARAN DAN UJIAN, KADANG-KADANG BERAT, KALANYA RINGAN, MAKA BERSERAH DIRILAH KEPADA ALLAH DENGAN YAKIN, WALAU KAMU DIHINA DAN DICACI MAKI DIBUMI INI."

Harapan aku pada yang x dapat hadir, biarlah betul2 ada urusan yang xdapat dielakkan. bukan sekadar malas dan mencari alasan. sebab aku xsuka orang menipu aku.. memang mudah untuk menumpang dengan kemegahan mana2 persatuan silat yang sedia kukuh. tapi apa maknanya? berbangga sana sini dengan persatuan yang kita tumpang itu, popularitinya, jumlah keahliannya... tapi bagi aku, berbaloi untuk bersama membangunkan sebuah pertubuhan dari kosong. berbaloi untuk aku ada bersama sebagai tulang belakang mahupun sayap bagi menjayakan misi perguruan. kenapa? kerana orang yang berusaha membangunkan sesuatu, lebih menghargai sesuatu. orang itu akan lebih mengenali dunia persilatan lebih dari sekadar satu bentuk sukan.



simpul simpulan bahasa sanskrit: berjalan...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v