yusufyaacub/panca-4dimensi: SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, December 11, 2011

SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14

salam sahabat buat sekalian~

Sultan dan Sultanah Kedah
Buat pertama kali dalam sejarah negara kita dan dalam perjalanan Majlis Raja-Raja Melayu, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (83) akan ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong kali kedua. Selain itu baginda juga merupakan Sultan Kedah ke 27. Baginda sultan bakal ditabalkan sebagaimana jawatan yang disebut pada hari Selasa 13 Disember 2011 menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-13. Baginda sultan pernah memegang jawatan tersebut buat pertama kalinya antara tempoh 21 September 1970 hingga 20 September 1975. pada waktu tersebut, baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-5. Kini setelah 36 tahun, baginda kembali memegang tanggungjawab tersebut bermula pada Selasa ini hinggalah ke tempoh 5 tahun akan datang.

sejarah hidup ringkas:
dari kiri; Sultan Abdul Hamid, Sultan Badlishah, Sultan Abdul Halim
Cucunda Sultan Abdul Hamid iaitu Sultan Abdul Halim, yang dilahirkan pada 28 November 1927, di Istana Anak Bukit di Alor Setar, menaiki takhta Kedah pada Julai 14, 1958, berikutan kematian ayahandanya, Sultan Badlishah. Beliau berkelulusan dari Wadham College, Universiti Oxford, di Britain, dengan ijazah dalam bidang sains sosial dan pentadbiran awam. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Kedah pada tahun 1950-an.

Baginda yang juga merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Tunku Abdul Rahman, terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang Di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

                        
              
berikut merupakan Senarai 13 Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

  1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
  2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
  3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
  4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III
  5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
  6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra
  7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
  8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail
  9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullah
  10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
  12. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
  13. Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
  14. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
simpul simpulan bahasa sanskrit: TAHNIAH!

3 comments:

  1. Sudilah berkunjung ke www.rajamenangis.com yg membicarakan sejarah, warisan dan budaya Tanah Melayu, kesultanan Alam Melayu, mengkaji aspek-aspek Kesultanan Melayu dulu dan kini, adat istiadat istana, adat resam Melayu, kefahaman, kepercayaan Melayu-Islam, konsep kedaulatan dll.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v