yusufyaacub/panca-4dimensi: 2012 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, October 20, 2012

CARA ATASI ERROR E03

salam sahabat buat sekalian~


error E03 ini berlaku pada printer canon MP258 aku. error jenis ini menunjukkan bahawa head printing kita dah sampai limit counternya iaitu 2000 helai. untuk kes aku, aku dah print lebih dari tu iaitu 3ribu lebih. jadi, masa nak print assignment KISSM aku tadi, ada keluar tetingkap mengatakan aku kena reset atau hubungi service provider apa ntah. pendek kata, takleh print! jadi aku cari solutionnya dan terjumpa satu software ni.. mula2 download dulu sofware ni dan extract serta install kat komputer anda. <KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD>

lepas dah install, minimize dulu kat tray bawah tu. jap lagi kita guna lepas proses settings kat printer dulu. macamana nak buat?

1. pastikan printer power turn off. tapi jangan tutup suis letrik kat soket pulak.
2. tekan dan tahan button stop/reset. jangan lepas tau.
3. sambil tu, tekan dan tahan button power. still jangan lepas kedua duanya.
4. lepaskan button stop/reset sambil tahan button power.
5. tekan button stop/reset 2 kali. pada kali kedua sebelum nak angkat jari tu, pastikan angkat serentak dengan button power yang kita tahan dari tadi tu.
6. akan nampak lampu alarm berkelip kejap sambil keluar nombor 0 kat printer tu.
7. biar dia running dan proses resetting tu sendiri. masa ni komputer akan detect New Device. biar saja dia berjalan. bila semua selesai, dan printer pon dah diam membisu. maka kita guna software tadi.


1. pastikan 2 helai kertas kosong A4 diletakkan dalam tray tu.

2. Klik “MAIN”, biar printer berproses. kemudian printer akan print satu halaman dengan tulisan
” D=000.0 “ halussss je kat pinggir kertas tu.

3. Klik ” EEPROM Clear “.

4. Kemudian klik ” EEPROM “, dan printer akan print hasil Resetter. Salah satu barisnya adalah sebagai berikut : “TPAGE(TTL=00000 COPY=00000)” menandakan counter telah dieset kepada kosong kembali.

5. Matikan Printer dengan menekan tombol POWER. on semula selepas 10 saat.

Selesai. teruskan memprint.

*kalau keluar tetingkap kata ada problem dengan ink level, tekan saja button stop/reset tu selama 5 saat atau sampai ada tindakbalas pada nombor di printer tu. then akan ok, selalunya akan keluar 2 kali.

UNTUK MASALAH LAIN PADA PRINTER MODEL NI, BOLEH RUJUK KAT ENTRY LAMA NI CARA BAIKI PRINTER PIXMA MP258

simpul simpulan bahasa sanskrit: sambung printing....lalalala~

Wednesday, October 10, 2012

MISTERI PENJILIDAN THESIS.

salam sahabat buat sekalian~


haha..kalau tengok tajuk tu dah macam Mastika...

harini aku letih sangat sebab x tidur semalam edit thesis dan print 5 salinan untuk dihantar jilid. aku siap print jam 10.15 pagi tadi. terus aku susun dan bawak ke kelas untuk diberi kat member aku. yang best tu, masa lepas print semua, sepatutnya terdapat 14 helai muka surat butiran asas yg tak termasuk dengan muka surat penulisan, rujukan , dan lampiran. tapi bila aku campur kedua duanya, totalnya dapat 13+86=99. betapa letihnya diri ni, sampai aku buat x prasan saja kat page2 asas yg terkurang 1 helai tu. padahal dah kira memang kurang dah.

masa aku pi hantar kat member aku tu, aku buka semula untuk masukkan dalam plastik. sambil bagitahu kat diorang yang aku lupa tulis perkataan "oleh" kat muka judul. tapi aku tak tunjuk pon kat diorang page tu. padahal bukan stakat x tulis, memang x print! cuma aku syok sendri ingat aku dah print. maka kawan aku pon terus pi hantar ke kedai jilid tu.

aku terus pi pameran seni junior aku utk perasmian..lama gak aku kat situ siap mkn mee goreng free lagi. maklumla, duit pon ada singgit time tu. lepas balik rumah, aku rileks2 kejap dan tidor. haa...time ni lah aku macam dikejutkan seseorang, dalam kepala aku cuma ingat ayat ni saja, "check file thesis". jantung dup dap dup dap bergegaq weyh..

haa..tunggu lagi..kelam kabut aku on dekstop. dan check setiap file dlm folder tu. stail aku kalau nak print sesuatu dari dulu lagi, aku akan save semula pada waktu tu untuk menandakan aku dah print pada ketika tu. so, aku tengok semua file2 yang ada bertarikh 10.10.2012. kecuali 1 file. arghhhhh...sudah. maknanya aku x print satu halaman la. barulah aku teringat balik segala yg aku ceritakan kat atas2 tadi tu. then aku contact member aku tanya boleh x aku nak pegi check. then aku col pulak kedai jilid tu tanya. selang 2 minit, dia col aku balik dan cakap page tu memang xda. aku terus masukkan page "PENGESAHAN PENYELIA".

so, itulah keistimewaan hari ni. walaupun sedikit bengap xmau tengok petanda2 yg dah dibagi, tapi Dia still bagitahu aku ada buat silap walaupun aku tengah tidor. terus dalam otak tuh!! so, aku nak pegi masukkan pada besok petang lepas aku balik dari pameran seni di balai seni kedah.

simpul simpulan bahasa sanskrit: ALHAMDULILLAH....

Tuesday, October 2, 2012

KETUPAT-KETUPAT KITA

salam sahabat buat sekalian~

raya puasa dah lepas, sekarang tunggu raya haji saja. banding raya puasa dengan raya haji, aku lagi suka raya haji sebab raya haji x memenatkan macam raya puasa. enjoy saja hari raya tu dengan kawan2. satu lagi yang best, boleh makan banyak2 kat rumah sendiri. kalau raya puasa asyik makan kat rumah orang.

dalam banyak2 makanan, satu yang wajib ada mestilah ketupat kan? ikut pengalaman aku, banyak ketupat2 yang ada sebenarnya cuma tak selalu kita jumpa. mak aku sendiri pon pandai buat ketupat. setiap kali raya, mesti ada orang tempah. jommm nak cerita satu2.

KETUPAT PALAS

ketupat ni guna daun palas dan berisi pulut.


dalam gambar atas ni, yang sebelah kiri tu ketupat betina, yang ketupat jantan tu sebelah kanan. ketupat asas ni cuma ada pulut yang dah dimasak dengan santan saja. apa beza antara dua ni? teknik balutan tu yang menjadikan bentuk dia berbeza. ini bukan mengenai hormon ok. setakat ni belum ada ketupat yang kecelaruan identiti. setiap kali aku buat ketupat, akan jadi ketupat betina. har3


selain dari ketupat palas biasa tu, sekarang ni banyak variasi baharu. macam kat atas ni ketupat pulut hitam. pulut tu hitam, tapi bila dah jadi ketupat tukar kaler kepada ungu. tapi still panggil ketupat pulut hitam. takda lagi yang panggil pulut ungu.


ketupat kacang ni pulak agak popular sebab ramai yang minat. cuma ketupat kacang xtahan lama kalau disimpan. mungkn tindak balas kacang dengan pulut kot. hahaa..pandai2 jek. selain ni semua, ada lagi umpama ketupat sardin, ketupat serunding, ketupat jagung..macam2 lah inti sekarang ni.

KETUPAT DAKAP


okeh..yang ni still pulut tapi lain sikit. yang dalam gambar atas ni, sebelah kiri tu ketupat dakap. ketupat dakap xda isi inti pisang kat tengah. dia 100% pulut saja. yang gambar kanan tu adalah pulut dakap. pulut dakap ada inti pisang. tapi ramai gak yang panggil ketupat dakap sebagai pulut dakap. baik, mak aku pulak selalu buat ketupat dakap ni guna daun pandan sebagai pembalut. yang dalam gambar atas ni pakai daun pisang. haa....tu la speselnya mak aku. kekeekeee...

KETUPAT JAWI


ketupat jawi terbahagi kepada 2. tapi bukan jantan betina macam ketupat palas. dalam gambar kat atas ni, ketupat bawang adalah yang sebelah kiri tu. ketupat satay pulak adalah yang sebelah kanan tu. mak aku malas menganyam ketupat jawi ni sebab sekarang dah banyak yang pakai instant plastik tu. jadi, aku belajar buat ketupat ni sampai terer. tapi sampai sekarang kalau dianyam hanya jadi ketupat bawang. hohohoo.. ketupat jawi dianyam guna pucuk daun kelapa dan tak diisi dengan pulut tapi dengan beras tanpa apa2 inti. selalunya orang pakai beras biasa je. tapi kalau nak try guna beras merah ke, beras wangi ke tu terpulang. jangan pakai temukut sudah...

BERIKUT MERUPAKAN KETUPAT JAWI YANG PELIK2.
still boleh isi beras ni. budak2 suka tau. ;)

 dari kiri: ketupat manggis, ketupat ketam

         
 dari kiri: ketupat kucing, ketupat lembu.

mak aku tengah buat ketupat raya puasa hari tu. 62 tahun. ;)
simpul simpulan bahasa sanskrit: nak raya haji dah!!

Saturday, September 29, 2012

BAJET 2013- My Point of View

salam sahabat buat sekalian~


ada beberapa intipati bajet 2013 yang menarik minat aku.


1- BR1M RM500 diteruskan tanpa perlu dafter semula bagi yg pernah menerima sebelum ini.
2- BR1M RM250 kepada individu bujang 21 tahun ke atas berpendapatan bawah RM2000.
3- Rebat RM200 pembelian telefon pintar 3G dari pengedar2 sah untuk belia 21-30tahun.
4- bantuan persekolahan RM100 diteruskan.
5- kenaikan elaun pesara kerajaan kepada RM820 sebulan.
6- bonus 1 setengah bulan gaji kepada penjawat awam dan RM500 bonus kepada pesara kerajaan.
7- diskaun 50% caj passport untuk warga emas dan kanak2 bawah 12tahun.
8- diskaun 20% kepada penglangsai hutang sekaligus PTPTN dan 10% diskaun pada yang konsisten.
9- baucar buku RM250 dengan kriteria yang sama seperti sebelumnya.
10- bantuan RM1000 one-off pesara tentera
11- subsidi gula ditarik sebanyak RM 0.20 sekilogram


Usaha kerajaan teruskan BR1M dan menambah skop agihan kepada individu bujang amat baik. ini kerana setiap tahun kita lihat bonus akan diberikan kepada penjawat awam tidak kira pangkat mahupun gaji. kemudian terdapat rungutan dari rakyat lain yang bukan penjawat awam contohnya belia2 yang bekerja swasta dan kampung2, mereka tidak mendapat bonus. baik, BR1m bernilai RM250 itu ada baiknya diterima sebagai bonus dari kerajaan sebagai tanda terima kasih kerana berjaya menggerakkan sektor asas atau sumber seperti pertanian contohnya.

bagi pemberian rebat sebanyak RM200 itu juga amatlah dialu alukan kerana difikirkan terlalu mahal dan ramai yang tidak mampu memiiki telefon pintar 3G. ia juga seiring dengan pembangunan kampung tanpa wayar, justeru ia dapat melebarkan lagi penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia khususnya belia. pasni banyakla pesbuk2 merapu dan bahasa2 "aquw, unx, tark, cayuk, kitew" berleluasa.

semakin hari semakin meningkat kos sara hidup, justeru bantuan persekolahan sebanyak RM100 adalah dilihat sebagai suatu yang bijak terutama untuk anak2 yang baru ingin memulakan persekolahan darjah 1. moga2 ia dapat memberi semangat pada keluarga. baju, kasut, beg. cukuplah tu..

untuk kenaikan elaun persaraan dari RM720 kepada RM820 pun dilihat sebagai tindakan yang bijak. maklumlah, apa sangat kerja yang mampu dibuat oleh pesara kerajaan. lagipun dalam tekanan kerja zaman sekarang ni, memaksa ramai penjawat awam bersara bersama penyakit 3 serangkai. harap kenaikan ini membantu mereka membeli ubat ubatan. 

seperti yang diperkatankan, sektor awam diberi penghargaan bonus yang dilunaskan secara berperingkat iaitu bermula sejak raya puasa, kemudian disember ni dan januari nanti. bonus ini adalah hanyalah tanda terima kasih kecil kepada penjawat awam yang tidak pernah lupa dan tidak pernah lari dari membayar cukai dan zakat setiap tahun. maklumlah...dah automatik kena potong kat slip.. bukan cam orang kerja swasta..dan kerja sendiri.

terdapat diskaun 50% diberi untuk kos buat passport valid selama 5 tahun tu. selalunya RM300. tapi diskaun ni hanya untuk warga emas dan kanak2 bawah 12 tahun. ini merupakan satu galakan kepada anak2 yang berkemampuan untuk membawa ibu bapa yang lanjut usia bersiar siar ke negara orang. jangan asyik bawak anak, bini, laki saja.

bab pinjaman ptptn, memang patut bayarlah.. yang x mahu bayar tu pun kenalah sedar.. diorang pinjam duit tu pun sebab orang2 sebelum tu dah bayar. diskaun yang diberikan ni menarik. harap menjadi suatu galakan untuk orang membayar hutang dan menghapus dosa asyik mengelak bayar hutang.

kenaikan baucar buku dari 200 kepada 250 memang bagus. untuk pengetahuan, kos alatan pendidikan amatlah tidak murah. kenaikan ini membuktikan kerajaan peka terhadap kos pembelajaran yang semakin mencekik lehiaq student2.

bantuan one-off rm1000 kepada pesara tentera ni disifatkan sebagai bantuan yang amat diperlukan. penat pesara ni berkhidmat dulu. di tempat2 yang orang lain tak masuk, dioranglah yang masuk untuk jaga kita. dan kebanyakkan pesara tentera ada yang berniaga kecil kecilan dan bertani saja. seribu ini mampu untuk memberi kemudahan pada yang memerlukan.

last sekali, gula. subsidi 2 kupang ditarik. bermakna secara automatiknya gula akan naik harga. walaupun sepatutnya tak naik, tapi takkanlah tokey2 gula dan kedai2 runcit bodoh sangat nak kekalkan harga lama? kalau dikekalkan harga lama, bermakna keuntungan setiap kilo akan menyusut. haa..lebih kurang macamtu la diorang pikir. tapi apa2 pun, gula ni ibarat rokok. naikkanlah harga setinggi mana pun, orang tetap akan beli. orang x kisah pon nak mati kena penyakit. yang bezanya gula xda yang tiruan. rokok ada.

simpul simpulan bahasa sanskrit: harap bajet ni x menyusutkan agihan peruntukan di mana2 institusi kerajaan.

Thursday, September 27, 2012

AKU PENAT

salam sahabat buat sekalian~


banyak ujian datang semenjak 2 menjak ni. aku penaat sangat dengan study final skarang ni. lepas satu kerja, satu kerja lagi datang. buat biasa2 pon x kena, buat terbaik pon x kena. lagi buat yang terbaik, makin banyak kerja dan tanggungjawab yg dapat. kadang2 aku jeles dengan kawan2 aku yang rileks je belajar. aku tak kejar pointer, tapi aku suka buat sehabis baik dalam sesuatu tugasan. cuma mungkin atas kekurangan diri, aku selalu ambil perkara kecil2 tu sebagai suatu isu. memang resultnya terbaik bila kita teliti tentang isu2 kecil utk dibaiki. tapi kesannya diri sendiri yang penat. otak bekerja terlebih kuat sampai nak pikir hal lain pon jadi x betul. emosi terganggu lagi.

fuhhh... yang best tu, beza markah cuma 1-5 saja untuk apa2 tugasan. adakah berbaloi perbezaan 1-5 markah tu banding masa, tenaga, pmikiran, bantuan yag dikeluarkan? 5 tahun stengah dah....aku penat sangat. bukan semua orang paham cara aku kerja, aku juga x paham cara orang lain kerja. tapi bila ada masalah atau kekurangan, harap boleh saling melengkapi. kalau ada argument, biar bertempat dan telus. bagi aku, 5 tahun setengah mengajar aku banyak pengalaman dan menyedarkan tentang kesilapan sendiri.

aku mudah tertekan sejak pertengahan 2009 atas satu kes yang amat2 merosakkan daya ingatan dan emosi aku. bukan senang nak betulkan kembali apa yang dah rosak. efeknya panjang, macam2 aku buat dan sedang buat untuk habiskan lagi 7 minggu ni.

bercakap pasal motivasi, terpaksa cari sendirilah. layan saja tugasan2 yang berbaki..cuma xda rasa enjoy. sentiasa menyedapkan hati, "alah, x lama dah tu..jangan kalut sangat..". haha..kadang2 lawak jugak bila pikir balik. bukan apa, 5 tahu setengah bersamaan 11 sem, lama tuu...

harap dalam usaha nak habiskan sisa2 hidup lagi 7 minggu ni, aku x mahu buat salah silap dengan sesiapa. tak mahu guriskan hati sesiapa. memang kadang2 aku buat salah tapi x adil kalau masa aku tak buat salah pun masih dianggap salah. perkara ni masih berlaku, terutama dengan lecturer aku yang sorang tu. oleh sebab dia pernah nampak aku keluar dengan GF aku bertahun dulu, dia jadi anti dengan aku. apa kaitan hal peribadi dengan kerja profesional di IPG? last skali aku pegi jumpa dia sebab nak tandatangan borang akuan sijil. boleh layan aku macam anjing? senyum sikit pon tak, dok kalut start kereta dia macamla ada hal emergency sangat. tak bagi peluang aku explain langsung.

aku rasa lecturer pon patut belajar beza perkembangan guru pelatih. bezakan 18 dengan 23. bezakan cara approach dan layanan tu. duduk di IPG sebab dilatih untuk sikap profesional dan berurusan dengan profesional. mereka yang latih tapi mereka sendiri tak praktikkan. betullah, bila berurusan dengan manusia, memang akan ada side effectnya.

aku mintak nasihat dari guru..dia kata aku kena bertenang. jangan fokus nak bagi orang faham masalah kita saja. sebab orang lain pon ada masalah sendiri. jadi, aku tulis entry ni untuk bertenang, check balik salah silap diri..banyak yang kurang.. maybe kawan2 nampak aku happy, senyum sana sini. tapi terlalu kerap aku termenung sorang2 jam 3-4 pagi. teringat orang itu, orang ini. orang yang bantu aku, orang yang sayang aku. aku tak kisah pun pasal orang yang khianat kat aku sebab aku rasa itu sebagai pengajaran untuk aku. aku rasa nak mintak maaf kat semua orang, tapi apa2 pun aku tetap tak boleh paksa mereka maafkan aku.

mak kata, "kalau duduk sorang2 ni nanti banyak sangat benda yang kita pikir." nak buat macamana mak.... anak mak ni nampak ja tabah, tapi kena ada orang jugak yang bagi dorongan.

simpul simpulan bahasa sanskrit: penat, tetap kena jalan..

Monday, September 24, 2012

PERIHAL FACEBOOK

salam sahabat buat sekalian~ 


 perghh...dah lama tak tulis entry dalam ketegangan tahap macamni. last pon tak ingat dah bila. bukan apa, sepanjang aku guna FACEBOOK ni, banyak benda2 makin teruk yang aku jumpa. junior2 skolah aku yang aku tak kenal pon selama ni masih lagi add aku. dengan gaya pakaiannya, gaya posingnya dalam gambar, tak kira lagi tulisan2 bahasa yang aku nak baca pon puas merenung. tu lah aku kesal, makin lama aku guna facebook ni makin banyak pulak yang galak2.

bagi aku, tak kira la sebebas mana pun peluang bersosial tu terbuka untuk kita, tapi kita sendiri perlu letak had untuk jaga diri sendiri walaupun di alam maya. aku tak pasti samada dah jadi trend di kalangan budak2 sekolah zaman sekarang ni atau apa. ada sikit perbezaan antara gaya budak2 lelaki dengan budak perempuan. mungkin korang pon ada perasan.

itu yang muda mudi, bagi yang tua tui pulak mula dah ke arah politik..persatuan itu ini. ya..tak salah berpolitik.. tapi berpada padalah.. ini letak post2 maki2, caci2 segala bagai untuk kutuk pihak2 tertentu. apa benda tu semua? yang aku hairan, ada pulak kawan2 golongan UStaz yang share perkara2 yang belum tentu sahihnya semata mata atas dasar nak buka mata rakyat kononnya. aku malas nak komen sebab sepatutnya diorang lebih ariff bab hukum hakam ni. kadang2 aku pikir mereka2 ni ingat kawan2 yang diorang add ni bodoh sangat ke apa nak buat pilihan?

bagi aku, diorang yang kurang bijak buat pilihan untuk post2 diorang tu. sepatutnya dalam usia yang makin berumur, makin banyak pengalaman dan pngetahuan tu mestilah masing-masing mampu buat tapisan sendiri. pastu pilih yang mana patut untuk di sharekan pada rakan facebook. takdelah nanti orang meluat tenok post2 politik yang tak sahih tu. komon la kawan...kau post untuk orang2 yang mampu berfikir, janganlah nampakkan diri kau macam tak reti berfikir. somehow, aku ada perasan kawan FB yang aku dah lama hide dari post2 politik dia keluar di wall aku tu dah berhenti dari buat macamtu. Alhamdulillah..ada kesedaran. harap ramai lagi yang sedar macamtu.

actually aku marah bukan sebab di atas, tapi ada kaitan jugakla sebab ada kena mengena dengan facebook. baik, aku nak cerita bab sikap orang Melayu Islam yang suka sangat selesai masalah guna hadis2 dan ayat2 Al Quran. aku tak kata tak boleh.. memang kedua-dua tu diturunkan untuk memudahcarakan kita. tapi kebanyakan kita cuma guna bila nak selesai masalah selepas suatu masalah tu terjadi. bukankah kedua duanya itu sebagai PANDUAN? kenapa tak guna pada awalnya sebagai panduan terlebih dahulu untuk buat pilihan? ini buat pilihan ikut nafsu, pastu bila ada masalah, reti pulak nak cari hadis, ayat2 untuk selesai masalah2 tu? what wrong with our people???

hidup mana yang takda salah silap? semua ada sebab kita akan buat silap bila kita terpaksa membuat pilihan. masa buat pilihan tu lah sepatutnya guna Panduan yang diberikan. tapi kebanyakkan nak tutup kesilapan dengan panduan yang diberi tu. itu dah kira MANIPULASI! guna semata mata untuk diri sendiri, bagi orang respek sama kau. bagi orang terpaksa rela terima dengan cakap2 kau! sikap apa macamtu?? jadi aku lontarkan pada reader2 semua dan juga diri sendiri. harap aku pon tak buat perkara ni nanti.

simpul simpulan bahasa sanskrit: annoying gilerrr, KOMEN KAT FACEBOOK KENA PADAM. penat explain tahu!

Sunday, September 23, 2012

"THE PROTECTOR"

salam sahabat buat sekalian~

 akhirnya siap jugak potret ni, aku rasa aku dah KIV potret ni selama beberapa bulan, actually hampir setahun. dan sepanjang bulan tu aku rasa bersalah sangat sebab janji masih belum dicapati. upss...ditepati. baik, orang di dalam potret ni amat aku kagumi. walaupun aku tak membesar di waktu mudanya, tapi sikit sebanyak aku mewarisi trait2nya.

hidupnya tidak ada umur yang sahih kerana lahir sebelum merdeka. tapi apa yang penting sikapnya begitu mudah membantu orang lain baik dari segi makan, tempat tinggal, mahupun kewangan amat aku sanjung. kemiskinan yang dilaluinya bersama keluarga bukan suatu alasan untuk membantu dan berkongsi rezeki bersama kenalan. baginya, rezeki takkan habis kalau masih ada usaha mencari.

walaupun ciri panas baran ada dalam dirinya, namun tidak pernah dicubit pun anak2nya. apa yang dipentingkan adalah kesedaran diri kerana itulah kunci mengenali baik buruk diri sendiri tanpa perlu berhukum bersakit. pelajaran amat penting katanya pada anak-anak. ilmu tak boleh diwarisi, tapi ditinggalkan pesan buat pedoman untuk mencapai lebih lagi dari apa yang beliau kecapi.

berdarah keturunan Syed dari Palembang, kini hanya menggunakan nama biasa tanpa gelaran sejak beberapa generasi. mewarisi perjuangan persilatan, ilmu agama khususnya usul dan tasawwuf, perubatan islam, serta pertanian.

benar bagai dikata, sebagai seorang suami dan ayah, banyak yang ditelan. banyak yang dikorban tanpa sepatah pun ungkitan. walau banyak cacian, walau banyak makian, walau banyak cubaan2 untuk mencederakan, beliau terima sebagai ujian. hari semakin hari aku mula sedar yang beliau begitu banyak berahsia hal peribadi, risiko yang ditanggung dalam mencari rezeki. bahkan orang yang pernah beliau bantu juga turut sama menganiayanya.

tidak ada apa yang mampu aku berikan, hanya sekeping potret yg pernah basah dengan juraian airmata semasa mengoles lembut lakaran seniku. Terima kasih Ayah.

simpul simpulan bahasa sanskrit: Semoga sempat menanti ketibaan pewarismu.

Wednesday, September 12, 2012

5 TAHUN SETENGAH DALAM 20 MINIT

salam sahabat buat sekalian~


lama gila tak update blog. ssibuk memanjang kononnya.heheee. okeh, baru2 ni aku dah selesai satu perkara terbesar dalam hidup aku sepanjang study ni. haaa....aku dah siap bentangkan thesis aku kat seminar. oleh sebab aku dipilih sebagai pembentang khas mewakili kawan2 aku, so ada sikit terbeban jugakla. so, aku try buat yg terbaik untuk naikkan martabat seni dari satu sudut lain yg orang tak pernah tahu. Alhamdulillah, walaupun di awal pembentangan tu nampak macam orang tak paham tajuk aku tu, di pertengahannya dah ada respon yang baik dari audiens. dan di akhirnya, aku dipanggil oleh seorang pensyarah aku yang digelar Doktor. dia berminat dengan kajian aku tu dan nakkan penulisan lengkap bila aku dah jilid nanti. di situ dia ada tanya aku beberapa soalan untuk kepastian, so aku elaborate kat dia. bagi aku, itu sudah cukup memuaskan hati aku. bukan nak kata aku cerdik ke hapa, tapi aku bangga sebab akhirnya ada jugak orang profesional yg bukan bidang aku perasan bahawa seni itu juga amat penting untuk pendidikan. 

lastly, aku terasa usaha aku selama 5 tahun setengah untuk dapatkan degree dan buka mata orang sekeliling aku berkenaan seni visual tak sia2. so, aku tinggalkan 2 video ni untuk kenang kenangan zaman tua2 nanti. ;)



simpul simpulan bahasa sanskrit: aku akan cari jalan lagi untuk ubah persepsi masyarakat tentang pendidikan seni visual selagi terdaya.

Saturday, August 11, 2012

POTRET TG. NIK AZIZ UNTUK DIJUAL

salam sahabat buat sekalian~


atas sebab2 tertentu, aku terpaksa melepaskan potret tuan guru nik aziz nik mat ini yang juga merupakan salah satu koleksi peribadi ni untuk dijual. kalau ada yang berminat, terus bagitahu. saiz potret A4. kos bayaran rm 180 tu memang dah termasuk frame dan penghantaran. frame macam dlm gambar. kalau tak berkenan, korang beli dan tukar sendiri.

note: ini memang hasil karya aku. bukan aku beli pastu jual semula ok.

simpul simpulan bahasa sanskrit: Insyaallah, rezeki ada di mana2.

Friday, August 10, 2012

TERBARU: LOGO RASMI MERDEKA 55 TAHUN

salam sahabat buat sekalian~

logo baru keluar TV semalam. LOGO rasmi MERDEKA 55


ingat lagi tak dengan logo hari merdeka ke 55 Malaysia? alah, yang jadi isu sebelum ni tu la kan... aku bukan nak berpolitik tapi aku pandang dari sudut grafik. bagi aku, semua hasil karya itu bernilai. cuma nilai-nilai tu berbeza antara satu sama lain. ia berdasarkan teknik, cara kerja, falsafah abstrak dan lain2 kaedah melihat seni yang kita boleh guna untuk letak perbandingan nilai tersebut. justeru itu, ramai pulak designer2 rasa terbakorrr dengan design yang asal tuh. mereka pon buat macam2 jenis design yang gempak2 sebagai usaha untuk menekan pihak kerajaan supaya menukar logo yang lama tuh. dari sudut grafik, ikhlas aku cakap memang patut ditukar sebabnya ia adalah maruah grafik2 artist Malaysia.

jadi, langkah bijak jugak diambil oleh kerajaan untuk ttidak menggunakan satu pon logo2 yang dihasilkan rakyat apatah lagi logo dari PKR. xpelah, asalkan logo yang baru ni lebih sesuai dan bernilai estetik tinggi. satu perkara lagi, aku tak kisah dengan slogan merdeka JANJI DITEPATI tu sebab mereka tak letak pon pihak mana yang menepati janji. walaupun itu slogan asal dari BN, apa salahnya PR pon guna slogan yang sama untuk merdeka kali ni? selagi ada majoriti mmbuat keputusan, minoriti sokong je la. bila yang minoriti jadi majoriti, korang buat la nak macamana pon. Bagi aku logo 1 Malaysia tu nampak telah diubah design sikit dan digabungkan dengan yang lain. ini adalah design yg segar dan menarik. cuma aku tak suka embos2 dan kesan2 cahaya pada logo. maybe kerajaan ada versi yg flat punya kot. sebab tak semua produk contohnya baju, topi dan lain2 boleh diprint atau disulam guna logo emboss2 ni. ada yang sesuai ada yang tak.

adalah penting untuk membezakan mana satu perlu dipolitik, dan mana satu yang tak perlu nak dipolitik. jagalah keharmonian negara dan menjadi rakyat Malaysia yang matang dan rasional.


simpul simpulan bahasa sanskrit: semua orang patut tepati janji!

Thursday, August 9, 2012

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN


salam sahabat buat sekalian~



10 akhir Ramadan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
simpul simpulan bahasa sanskrit: WALAU SEDIKIT, BIAR ISTIQAMAH. ELAKKAN MEMPERKECIL IBADAH ORANG LAIN. ;)

Tuesday, August 7, 2012

MODENAS KRISS 110 CONVERSION

salam sahabat buat sekalian~


motor yang aku sayang walaupun bukan motor aku, telah aku tukar rupanya. haha.. camni ceritanya.
aku mula kenal motor ni pada tahun 1997 pada waktu abang aku beli. kriss 110 ni adalah kriss first model dari syarikat modenas. motor ni memang hot pada zaman tu. waktu 1997, aku baru darjah 2. naik motor ni dengan abang aku. kaki pon tak sampai nak pijak stand. kaler biru dia yang mengancam tu memang aku berkenan sampai sekarang. motor ni dah ikut abang aku merata rata sampai ke Johor sana sebab dia pernah study kat UTM Skudai. waktu dia balik kampung dan kerja di Gurun kedah lepas study tu, dia ulang alik setiap hari.

waktu first aku dapat lesen, inilah motor yang aku suka. sebab body dia berat. walaupun mak aku pon ada kriss 110 model baru, aku still prefer motor ni. motor mak aku ringan tuh. time aku dapat study kat perlis masa 2007, aku mintak kat abang aku nak guna motor ni. lagipun dia dah kerja di Miri Sarawak masa tu. so, elaun pertama aku dapat dulu, aku mula proses motor ni. tukar lampu bulb, bateri, cuci enjin cover yang hitam legam tu. pastu sikit2 aku mekap dia bila dapat elaun. itu yang jadi sampai berbunga bunga motor tu. aku lukis freehand je weh.


antara yang pernah aku buat kat motor ni, aku cat semula cover2 yang hitam tu jadikan silver. tukar tayar saiz 90/80 depan dan belakang, tinted lampu brek belakang, visor kat head, cat rim hitam, lining biru kat rim, lukis kat coverset, tukar filter angin tambah kotak custom, balut seat semula, sproket 15-42, cover under enjin.
sementara nak raya hari tu aku terpikir bila sorang2 termenung tengok motor ni di garaj rumah sewa aku. dah teruk sangat dah keadaan luaran dia. jadi aku pon try la buat bajet untuk modfied dia. aku bukan jenis suka kacau enjin. so, aku plan dalam RM200.00, aku nak dia cantik2 gitu. padahal aku bukan ada duit sangat dah. elaun pon makin nipis. sayang punya pasal, aku buat jugak. lagipun dah 3 tahun aku tertangguh nak buat motor ni semula. dan tahun ni adalah tahun ke 6 aku guna dia.


aku pergi survey harga full coverset kriss 120 kat 2 buah kedai. dan dapat harga fullset termurah iaitu RM155.00 sahaja. tunggu apa lagi, aku sambar terus bawak balik dengan kereta member. mengikut plan, memang aku nak kekalkan kepala kriss 110 aku tu. so, kepala dan lampu kriss 120 yang baru dibeli tu aku simpan je. bila dah siap pasang, raga besi yang lama tu pulak tak boleh nak pasang sebab kaki dia pendek. 4 buah kedai aku pusing cari tapi takda stok. kat kedai ke 5 baru jumpa. alang2 dah murah, aku pon tukar seat cover yang baru. yang lama dah reput terus. semua tu dengan harga RM34.00. so, total cost aku menjadi RM 199.00. masih dalam bajet kan?


aku cuci semula enjin cover tu, buat custom oil catch tank dan tarik tiub oil breather ke oil catch tank aku untuk elak enjin hitam semula. then aku tonyoh sepuas hati ekzos dan besi2 enjin bawah tu guna autosol. memang shining gila2 tuh. walaubagaimanapun ada 2 benda lagi yang belum aku dapat buat sebab kurang bajet dah. iaitu tukar bateri baru dan tukar spring kat mangkuk autoclucth tu. kosnya maybe dalam 80-90. ada benda yang aku korbankan untuk motor aku pada raya tahun ni. walaupun aku kurang sesuatu, motor aku dapat sesuatu. kira ok la tu kan? harap nanti aku boleh beli motor ni dari abang aku. sebab aku sayang sangat kat dia.

 




HASIL SEBELUM DAN SELEPAS

simpul simpulan bahasa sanskrit: oh, my kriss biru!

Thursday, August 2, 2012

CARA BAIKI PRINTER CANON PIXMA MP248


salam sahabat buat sekalian~


tadi printer aku ada sikit stuck. time nak potostat, dia keluar separuh je. lepas on off pon tak ok jugak. so, aku cari solution kat youtube. mula2 aku google dulu error code yang selalu ada pada printer model ni.

P02 (Carriage error)
- Make sure no foreign material stuck to the print head railway.
- Clean and check the print head encoder strip cable (timing slit film or encoder strip is a white line on the back of the box set of ink lines may be missing or mess up the ink.

P03 (Line feed error):
- an error in transmission line entering the line feed (LF) is a signal telling the printer to move to another line or a whole new line that would not otherwise have reached the end of the line.
- Check wire print head position (timing slit disk film) on the side of the machine.
- Check PCB logic board.

P05 (ASF sensor error):
- sensor for paper feed error.  
-Try to replace the following:
     -ASF / PE sensor unit.
     -Drive unit.
     -PCB logic board.

P06 (Internal temperature error):
- caused by abnormal heat inside the printer.

P07 (Ink absorber full):
- the Ink Wastepad (sponge) inside the printer is full
- Replace the wastepad inside the printer or install  waste ink bin outside the printer
then Reset counter protection.

P08 (Print head temperature rise error):
- caused by thermal print head temperature exceeds a threshold.
- Replace the new cartridge print head and / or change a new logic board.

P09 (EEPROM error):
- caused by corrupted or defective EEPROM chips of the printer.
- Replace the logic board.

P15 (USB VBUS over current):
- caused by too much current, try removing the USB cable and then plugin again, if solve the error, try to replace with a new USB cable. If the error still exist replace the logic board.

P20 (Other hardware error):
- The failure of other hardware.
- Try to replace the logic board.

P22 (Scanner error):
- a scanner malfunction.
try to change the scanner unit or change a the logic board.

E13 or E16: Ink has run out:
- Pressing the Stop / Reset button for 5 to 8 seconds until the led screen display number 1.

E04, E05, E14 or E15:
- Cartridge may not be installed properly
- Reinstall the ink cartridge.


tadi aku punya error adalah yang P02. kemungkinan ada kabel2 yang tak terletak elok kat dalam tu. bila aku check, memang betul. wayar tiub kaler tu tercabut dari celah cartridge tu dan stuck dekat belakang. aku tengaok kat youtube untuk settlekan. dan terjumpa lain2 solution yang korang boleh buat kalau terjadi lagi macamni atau error2 yang lain.

ERROR CODE P02 STEP 1-2


ERROR CODE P07


ERROR CODE E03


ERROR CODE E04


ERROR CODE E05 STEP 1-3


ERROR CODE E13


ERROR CODE E15


ERROR CODE E16


CARA HILANGKAN ANGIN PADA TIUB PRINTER


CARA PASANG INK TANK (CISS)


ok, itu saja yang sempat aku jumpa. harap membantu. :)

simpul simpulan bahasa sanskrit: jimat duit.....

Friday, July 6, 2012

PENIPUAN SINDIKET CABUTAN BERTUAH

salam sahabat buat sekalian~
kali ni aku nak bongkar satu kes daripada beratus ratus kes yang telah terjadi di Malaysia. jenis sindiket cabutan bertuah melalui emel, SMS, laman web memang dah menjadi kebiasaan di negara kita. masalah di sini, kebanyakan sindiket ini dipelopori oleh warga INDONESIA. aku pernah beberapa kali ditelefon menyatakan kad sim aku dah menang beribu ribu ringgit. bila ditanya kenapa loghat/ dialek pegawai tersebut berbeza, dia menjawab dia adalah orang SABAH. nampak sangat nipunye...


untuk kes terbaru, aku ada dapat SMS pada jam 2.18 petang hari JUMAAT bersamaan 6 JULAI 2012. SMS ini datang daripada nombor 0198624892. kandungan SMS ini menyatakan kad sim aku telah menang hadiah GRAND PRIZE dari syarikat SHELL MALAYSIA sebanyak RM 20,000.00. dia jugak meminta aku untuk telefon ke 017-8231-747. yang terbaiknya lagi, ada ditulis laman web: www.promohadiah.co.cc.


aku pon terus buka laman web yang diberikan. memang aku dah tahu laman web ini adalah percuma kerana menggunakan .co.cc. memang tak logik sangatlah si syarikat gergasi dunia seperti SHELL hanya mampu guna web hosting percuma. kenapa dia tak guna web .com.my sedia ada saja? hahaa..aku pon layan sahaja..



aku mendapati alamat syarikat yang dipamerkan pada web tipu ini tidak tepat sama sekali. ini kerana aku semak serta merta alamat sebenar syarikat SHELL MALAYSIA di web rasminya seperti berikut:


satu lagi, bila aku buka syarat syarat pertandingan, banyak sangat kesalahan dilakukan dalam penulisan. kadang2 aku tak paham pon apa yang dia tuliskan tu. cuba korang baca semula perkataan yang aku gariskan dalam gambar ni.



jadi, aku sarankan pihak SHELL MALAYSIA saman saja sindiket ni.. kasi buat laporan penipuan atas penggunaan nama syarikat berdaftar di Malaysia.. baru padan dengan puak2 ni.

simpul simpulan bahasa sanskrit: INGAT ORANG MELAYU MALAYSIA TOLOL MACAM KORANG KE?

Tuesday, June 26, 2012

WANG KERTAS BAHARU 2012

 salam sahabat buat sekalian~

sumber: google image

bermula 16 Julai 2012 ini, wang kertas dengan grafik dan ciri baharu akan dikeluarkan kepada umum. wang kertas baru ini melibatkan wang note 1,5,10,20,50,100. setelah beberapa lama kita tidak melihat wang kertas note rm 20, kali ni Bank Negara Malaysia mengeluarkan semula atas dasar keperluan.

sumber: google image

pada pendapat aku, pembaharuan itu memanglah baik tetapi hendaklah bersama kualiti dan daya tahan yang kuat. taknak la sikit2 terkoyak.. lepas tu dapat duit kena salotape.. duit kena gam... adoih...

simpul simpulan bahasa sanskrit: yeay3..raya nanti dapat duit baru. yeay2~~ ;p

Sunday, June 17, 2012

VIDEO KAGUM 2012 & LAGU KAMELIA (cover)

salam sahabat buat sekalian~


entry buat kesekian kalinya! aku cuti 3 minggu weh... minggu first dan second, aku merantau rantauan di negeri orang. pastu aku balik ke perlis untuk hantar order t shirt aku tu. dalam masa yang sama ada pulak kejohanan KAGUM 2012 kat IPG aku. so, aku pergi menyibukkan diri kat sana sambil makan-makan free. heheheee. aku sempat record video sikit2 untuk tatapan anak cucu cicit nanti. enjoy!


Lecturer aku pon ada buat persembahan masa majlis penutup. KAMELIA- gempak sehh~


simpul simpulan bahasa sanskrit: hurmm..sedang stress memikirkan kewangan diri. ;(

Saturday, May 26, 2012

SPORTBIKES 250CC AWESOME DI MALAYSIA

salam sahabat buat sekalian~
kat Malaysia sekarang dah banyak pilihan motor berkuasa 250cc nih. kalau nak ikutkan dulu, kapcai dengan skuter je bersepah.kira sekarang ni ada nampak dah kemajuan tu. hehee.. jom kita tengok pilihan2 di pasaran sekarang ni.


JENIS MOTOR:
1. KAWASAKI NINJA 250R
2. HONDA CBR250R
3. NAZA BLADE 250R
4. NAZA BLADE 250 NAKED
5. SYM T2
6. MEGELLI 250R
7. MEGELLI 250 NAKED
8. MEGELLI 250 SUPERMOTARD

ahaa...cemana tuh? kalau nak tau harga semasa, korang google je lah ek. sebab harga semasa ni bergantung pada kedai dan berubah ubah. 

simpul simpulan bahasa sanskrit: sedang ke arah megelli 250r

Friday, May 25, 2012

T- SHIRT SUGAR GLIDER UNTUK DIJUAL

salam sahabat buat sekalian~
MARI MARI MARIII......... bagi para peminat tegar sugar glider, bolehlah tempah t shirt eksklusif yang direka khas oleh saya. tempahan dibuka sehingga 8 JUN 2012 haja. dan baju2 mula dihantar dengan poslaju bermula 9 JUN 2012 HINGGA 29 JUN 2012. bolehlah beli dan pakai kalau korang pergi gathering ke, expo ke.. wah3..mesti best pakai ramai2 kan?





















DESIGN2 ADALAH SEPERTI BERIKUT:
CODE: B1SGT
CODE: B2SGT

CODE: R1SGT 


CODE: R2SGT


CODE: L1SGT
CODE: L2SGT


CODE: O1SGT
CODE: O2SGT


CODE: T1SGT
CODE: T2SGT


CODE: W1SGT
CODE: W2SGT



































































1 helai= rm 28 + rm 6 postage
2 helai= rm 55 + rm 8 postage
3 helai= rm 82 + rm 15 postage
4 helai= rm 110 + rm 15 postage
5 helai= rm 136 + rm 15 postage
6 helai= rm 164 + rm 15 postage
7 helai= rm 192 + rm 15 postage
8 helai= rm 220 + rm 15 postage

SAIZ: S,M,L,XL,XXL (standard orang Asia)
S: lebar dada = 19'', labuh = 25''
M: lebar dada = 20'', labuh = 26''
L: lebar dada = 21'', labuh = 27''
XL: lebar dada = 22'', labuh = 28''
XXL: lebar dada = 23'', labuh = 29''
*ukuran dalam unit inchi.

simpul simpulan bahasa sanskrit: CEPAT3 EBELUM HABIS MASA!