yusufyaacub/panca-4dimensi: TEMAN BARU: PRUE & PUMI Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Thursday, January 12, 2012

TEMAN BARU: PRUE & PUMI

salam sahabat buat sekalian~
Prue dan Pumi
woohhh lamanya x update blog... boringla, keja banyak dan banyak benda nak pikir. untuk menenangkan otak ni, aku membeli binatang. jeng3...apekah itu? dia kecik2 berbulu...tidak bersayap.. hamster(chaisss...). ok2 aku taw hamster x popular mana dah sekarang ni.. zaman 90 an dulu memang famous dengan hamster syria. tapi aku peduli apa famaous ke tak, janji aku boleh bela genggam2, picit2. huhuuu...


(yang kiri tu sangkar kecik aku dah gabung, kanan tu Prue. jinak kan??)
awalnya aku nak beli sekor saja dan letak dalam sangkar kecik yang aku dah ada ni. tapi bila gi kat kedai, aku nampak ada sangkar kecik jugak siap set wheel+botol air+bekas makan berharga RM19. jadi, lebih berbaloi sebabnya kalau beli asing2, wheel+botol air+bekas makan tanpa sangkar cecah RM19 jugak. hamster aku dari jenis winter white (variasi pearl white). sekor RM18 dan masa aku beli, pekerja kedai tu kata itu betina.




(yang kiri tu bathing sand perisa oren, kanan tu bathing tub)

lepas 2 hari, aku kesian pulak tengok dia sekor2 dok main wheel. lepas kuliah, aku pun dengan duit yang ciput ini pergilah membeli lagi sekor kat kedai yang sama. elok sampai ja kat kedai tu, aku terlupa jantina hamster aku. arghhhhh!!!! jadi aku beli sekor lagi betina+ bathing sand+ bathing tub. terbang dekat2 RM30 jugakla..

masa aku balik rumah, aku check sendiri jantina kedua dua tu. puhh.. rupanya hamster first yang aku beli (PRUE) tu adalah jantan. yang aku beli selepas tu (PUMI) adalah betina. agak susah nak beza jantina spesis ni sebab dia jenis dwarf dan kecik sangat. bayangkan, celah lubang botol air mineral pun dia boleh lepas. tapi boleh dikatakan kedua dua ekor ni masih lagi muda. rasanya x sampai sebulan lagi kot umurnya. lepas sebulan, hamster spesis ni akan matang. cepat wooo....

jadi, aku dah dapat teman sebilik dengan harga kos +- RM 80. amat bajet bukan?? 

teringin nak sangkar camni. RM95 kot. next time maybe.

simpul simpulan bahasa sanskrit: dorang bulat2 saja.... ^^

1 comment:

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v