yusufyaacub/panca-4dimensi: ASAL USUL NAMA WATAK UTAMA NINJA TURTLE Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Thursday, March 29, 2012

ASAL USUL NAMA WATAK UTAMA NINJA TURTLE

salam sahabat buat sekalian~
AHAA... aku nak berkongsi sebuah info yang dah basi. keh3. aku taktaula samada korang dah tau perkara ni. 4 watak utama ni namanya  pelik2 sikit kan? sebenarnya nama2 ni x sesaja diguna, tapi asal dari artist2 terkenal zaman Renaissance dulu. cemana aku tahu? sebab aku study seni dan sejarah2 seni barat. bila aku banyak membaca pasal kebangkitan seni zaman Renaissance dan Rome, aku terjumpa beberapa tokoh2 besar ni. so, aku carila maklumat tambahan bagi setiap satu yang ada. ok, jom tengok sorang2.



Raphael diambil daripada nama seorang pelukis dan arkitek bernama Raffaello Sanzio da Urbino. Raffaello Sanzio da Urbino (6 April atau 28 Mac, 1483 – 6 April, 1520), lebih dikenali sebagai Raphael, merupakan seorang pelukis catan Itali dan arkitek pada Zaman Renaissance Tinggi. Lukisan bentuk badan manusia yang lemah-gemalai dan gubahannya yang berketerampilan itu mempengaruhi para ahli seni lukis sehingga awal tahun 1900-an.





Leonardo diambil daripada nama seorang pelukis dan arkitek masyur iaitu Leonardo da Vinci. Dia telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Dia juga dikenali kerana ciptaan yang dibuat sebelum zamannya tetapi tidak pernah diterbitkan semasa hidupnya. Tambahan lagi, dia membantu memajukan pengajian mengenai anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam.

Donatello diambil daripada nama seorang pengarca Itali yang bernama Donato di Niccolò di Betto Bardi. Donato di Niccolò di Betto Bardi (sekitar 1386 - 13 Desember 1466), juga dikenal sebagai Donatello, adalah seorang seniman dan pengarca Itali dari Firenze pada awal abad Renaissance. Ia dikenal sebagai salah satu pengarca terbaik pada zamannya. Ia menggunakan tips khusus dalam teknik mematung yang membuat karyanya terlihat sangat realistik.





Michelangelo diambil daripada nama seorang pengarca, pelukis, arkitek dan pemuisi bernama Michelangelo di Lodovico Buonarroti. Michelangelo di Lodovico Buonarroti (6 Mac 1475 – 18 Februari 1564), lebih biasa dikenali dengan mudah sebagai Michelangelo, masyur pada Zaman Pembaharuan Itali. Seorang seniman yang amat serba boleh, beliau sering dianggap sebagai pesaing untuk gelaran "tokoh arketip Zaman Pembaharuan", bersama-sama dengan Leonardo da Vinci, pesaing setempatnya di Florentine.




JOM TENGOK KARYA TERHEBAT MEREKA:

KARYA MICHELANGELO

KARYA DONATELLO

KARYA LEONARDO

KARYA RAPHAEL
simpul simpulan bahasa sanskrit: penyu glemer...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v