yusufyaacub/panca-4dimensi: KONSEP LALUAN ILMU Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Wednesday, March 14, 2012

KONSEP LALUAN ILMU


salam sahabat buat sekalian~

secara ringkasnya aku nak berkongsi pendapat aku dengan para pembaca sekalian. aku bukanla pandai sangat, tapi sekadar nak berkongsi kepelbagaian pendapat antara kita yang suka memikir nih. perkara yang aku nak bincang ni ada sedikit melibatkan agama, ada sikit secara umum sentuhannya, jadi atas koranglah nak membezakan kedua dua tu ye.


sebagai muslim, kita dah faham benar dengan sumber utama ilmu kita yakni Allah. dan Allah telah menurunkan kitab2 terdahulu pada zaman nabi2 sebelum Muhammad. untuk kita, memang bertuah mendapat al -Quran yang lengkap merangkumi semua kitab2 sebelumnya itu. jadi di sini, inilah sumber ilmu Islam pertama dari Allah kepada manusia yang diberikan melalui Nabi Muhammad. kita juga diberikan akal untuk berfikir dalam proses pencarian ilmu. jadi, bagaimana ilmu itu boleh ada dalam diri? bagaimana pula konsep ilham spontan? jadi, untuk memudahkan kefahaman, aku buat 2 situasi kat sini.

situasi pertama (bayangan):
anda perlu berlindung dalam sebuah bilik yang berkunci. anda kemudiannya diberikan sebentuk kunci. anda tidak tahu gunakan kunci tersebut. anda meminta pertolongan kenalan yang arif dengan penggunaan kunci itu untuk membuka pintu bilik lalu anda dapatlah melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. anda dapat berlindung dalam bilik tersebut dari beberapa ancaman. dalam bilik tersebut anda jumpai dua lagi anak kunci untuk membuka dua pintu lain yang ada dalam bilik tersebut. anda cuba membuka pintu yang pertama dan terlihat anak2 kunci yang banyak tidak terkira. anda buka pintu yang kedua tadi dan anda terlihatkan anak2 kunci yang banyak tidak terkira juga. pada kedua dua pintu yang dibuka tadi terdapat pula terlalu banyak pintu2 lain spanjang lorong laluannya. anda boleh memilih untuk membuka kesemua pintu yang ada dalam lorong pintu pertama atau dua, atau kedua duanya sekali.


situasi kedua (penerangan):
anda perlu berlindung dari maksiat dan kemungkaran agar diri sentiasa berada di jalan makruf. diri yang baik itu datang dari hati yang baik. hati yang baik itu umpama bilik yang dikunci pintunya. dan pintu itu adalah hijab yang menyukarkan anda untuk menyucikannya. anda diberikan al-Quran yakni sebagai kunci untuk menyucikan hati. al- Quran mempunyai pelbagai rahsia oleh itu anda memerlukan seseorang yang arif yakni guru yang dapat membantu matlamat anda itu. apabila anda melangkah masuk ke dalam bilik, bermakna anda berjaya menggunakan ilmu2 daripada al-Quran untuk menyucikan hati dan kemudiannya menemui ruang yang luas iaitu Qolbu. Qolbu lah gedung ilmu ibarat bilik yang terkunci. segala rahsia tersimpan di dalamnya. tiada apa yang mustahil kerana ia adalah kuasa Allah yang Maha Esa. terdapat pula 2 anak kunci dan 2 pintu itu yakni 1 jenis ilmu untuk mencari keduniaan dan 1 jenis ilmu untuk mencari akhirat. apabila anda membuka kedua dua pintu itu, anak kunci yang bertaburan dan pintu yang tidak dapat dibilang itu umpama betapa banyaknya ilmu Allah taala yang masih belum anda teroka. jadi, anda dapat memilih keduniaan, akhirat, atau kedua duanya serentak.

rumusan:
Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “

hati inilah JIWA, hati inilah QOLBU kita. tanpa ilmu jiwa kosong, tanpa ilmu qolbu kering. isi dan siramilah dengan ilmu2 yang berkat, bersumberkan Al Quran dan as Sunnah dan juga pemikiran yang tidak menyalahi syarak. gunakan akal sebaik mungkin dalam perkara2 yang diperlukan agar tercapai keredhaan yang diimpikan.

simpul simpulan bahasa sanskrit: jagalah hati, jgn kau kotori..jagalah hati, lentera hidup ini..
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v