yusufyaacub/panca-4dimensi: RESEPI- MENTARANG BERSOS HALIA Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, March 16, 2012

RESEPI- MENTARANG BERSOS HALIA

salam sahabat buat sekalian~
ALOHA~ tadi aku on da way nak balik ke perlis dari kedah. atas moto tu aku dok pikir2 nak makan apa la malam ni. lauk dah xdak. pastu aku teringat kat jambatan kampung jeruju tu ada jual ikan dengan mentarang. kat situ tiap2 hari ada. jadi aku pon beli la mentarang sekilo rm7. banyak jugakla. gemok2 belaka. orang tau apa itu mentarang? x semua tempat ada spesis ni. kat kuala2 dan pantai2 berlumpur saja yang banyak. selalunya negeri2 sebelah selat melaka ni. nak tau cara prepare dia? jom.

 1. ni rupa mentarang sebelum dicuci. berselut lagi ni, jadi kita kena rendam dengan air paip.

 2. rendam selama sejam kalau boleh perah je limau nipis ke purut ke. nanti mentarang akan luahkan sisa2 lumpur dalam perut tu.

 3. cuci bersih dengan menggunakan berus sental baju tu. haa...putih macam guna fair n lovely.

sekarang part memasak. ini adalah resepi sendiri. resepi masak sambal dan rebus tu dah biasa sangat. kita tengok bahan2 yang aku guna dulu k.
1. bawang besar dimayang
2. bawang putih dimayang
3. halia dihiris nipis dan panjang
4. serai dihiris nipis
5. cili padi dicincang
6. cili kering dicincang
7. air asam jawa
8. sos cili
9. lada hitam ditumbuk
10. serbuk kulit kayu manis
11. gula dan garam.

ok..cara masak? ada 2 peringkat.
peringkat pertama:
1. tumiskan bahan 1 dan 2.
2. masukkan mentarang dan bahan 3, 4, 5, 6. goreng sampai air keluar
3. biar mentarang masak bersama airnya tu.
4. angkat mentarang dan biarkan separuh saja airnya kat dalam kuali. selebihnya buang je(kalau banyak sangat).
peringkat kedua:
1. masukkan sedikit sos (untuk pemekat saja)
2. masukkan bahan 7, 9, 10, 11, 12.
3. tunggu sehingga mula pekat, masukkan kembali mentarang tadi bersama bahan yg dimasak sekali.
4. gaul sehingga kuah betul2 pekat dan menyalut mentarang.
5. sedia dihidang. ^^

rasa dari halia dan serai tu memang terbaikla... wangiieee jek.
simpul simpulan bahasa sanskrit: ha? pi masakla.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v