yusufyaacub/panca-4dimensi: REVIEW MODENAS ACE 115 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, March 2, 2012

REVIEW MODENAS ACE 115

salam sahabat buat sekalian~


seperti yang dah diketahui, Modenas sudah melancarkan satu lagi model motosikal terbaru. melalui beberapa pembacaan aku, ramai jugak yang kondem motor keluaran tempatan ni. heran jugak aku.. tahap yang macamana diorang nak??? bagi aku x kisahla pendapat diorang. kalau keluaran modenas ni teruk benar bagai dikata, dah lama bungkus kilang kat gurun kedah tu. percayalah walau apa pon motor yang kita guna, baik penjagaannya, baikla keadaannya kan.....

dari sudut design, ace telah keluar dari pattern rutin modenas untuk model2 kapcai sebelum ini. ace tampak lebih garang, sesuai dengan zaman, sesuai dengan sasaran market. alah...masa yamaha lc keluar dulu pon ramai jugak yang komplen dia punya design x lawa...nampak macam skuter.. last2, ramai jugak yang beli. siap jadi hot item geng2 pencuri motor.


lampu depan dia aku suka sebab besar dan terang. panel meter pon senang baca..nice n clean saja..


 yang menariknya, ace ini mempunyai enjin 120cc tapi dihighlight sebagai 115cc. exzos pon menarik dari segi design. bunyinya aku x pasti.


ramai orang kata design covershoot ni nak lawan yamaha lc la...yamaha lagenda la.... biarla dia nak lawan apa pon. apa masalahnya? kalau buat design buruk2, orang kata design x up to date plak. memang itu kan strategi persaingan perniagaan. habeh, korang ingat motor lain tu x bersaing dengan company lain? diorang masuk Malaysia pon atas sebab diorang dah bersaing dengan company lain dalam market negara2 besar seperti India, China, Thailand, dan indonesia. pastu baru berani diorang masuk Malaysia. itu sebab kebanyakkan model motor ada yang lewat masuk market Malaysia dan ada yang x masuk2 langsung.

bagi aku, ace memang satu revolusi. sebab ciri2 skutcai seperti yamaha nouvo ada padanya, bermakna ia automatik. menggunakan rim bersaiz 16 inci tetapi ditambah baik dengan suspensi monoshock serta didatangkan dengan sportrim dan juga brek cakera hadapan.

apa yang aku nampak, ace ada potensi untuk dimodifikasi. SYABAS MODENAS!
simpul simpulan bahasa sanskrit: motor kriss 110 aku dari tahun 1996. first model lagi. 2012, xda masalah..

1 comment:

  1. Salam semua,..
    kalo Modenas Ace ganti body gini gimana komennya?
    http://randhygraphic.blogspot.com

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v