yusufyaacub/panca-4dimensi: ABC SUPER SPECIAL Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, April 8, 2012

ABC SUPER SPECIAL

salam sahabat buat sekalian~


nampak apa yang ada dalam gambar tu? kenal dengan makanan yang famous di gerai2 ni? yaa... AIR BATU CAMPUR ataupun ABC. tapi yang ni tak sama dengan yang biasa aku makan di kedai2 lain.
nampak simple je kan? xda ice cream seketol pon. just a plain, normal, classic ABC. tapi apa yang buat ais ni special kat aku? THE SECRET ARE LIES IN IT, but not the ingredients! nak tau apa?

"Semasa anak perempuan ketiganya masih kecil, beliau, suami dan ibu mertuanya berhijrah dari kawasan hutan belukar mengkuang Kampung Behor kerana banjir besar ke sebuah kawasan paya pinggir sungai Kampung Alor Janggus. dengan ihsan bapa kepada arwah imam Kampung Kubang Siam, mereka sekeluarga mendirikan pondok buruk dalam kawasan paya tanah bapa arwah imam tersebut dengan ikatan kebenaran mulut.


sang suami mendirikan rumah beratap mengkuang, bertiang buluh dan kayu usang, berlantaikan papan dibelah dua. di atasnya langit, di bawahnya paya. dengan kesempitan hidup dan kelulusan pendidikan darjah 2 dan darjah 6, mereka bersama sama membanting tulang mengambil upah di sawah orang, menjual kuih, dan berubat secara tradisional demi menyara seorang ibu uzur dan anak2 yang membesar.


lama kelamaan kerajaan membangunkan kawasan tempat tinggal mereka menjadi sebuah klinik desa. maka dengan itu berubah status tanah asal itu kepada tanah rizab kerajaan. sekali lagi, dengan ihsan kerajaan mereka sekeluarga mendirikan rumah di tanah rizab itu. dengan kos tanggungan semakin bertambah dan anak2nya perlu bersekolah, beliau memulakan perniagaan gerai ais kacang dan laksanya. walaupun kadang kala dicemuh, "apa yang buka kedai dalam hutan tu..sapa nak pi. hantu pi la kot", beliau dan suami meletak harapan tinggi bahawa rezeki itu hak Allah.

naik turun perniagaan menjadi ujian pada mereka untuk membesarkan 7 orang anak2. ada insan yang menyokong, ada insan yang berdengki dan menyihir. berkat pertolongan Allah, tiada seorang pun anak2 mereka yang mati kebuluran. tiada seorang pun tercicir pelajaran. kesemuanya pernah cemerlang dalam SPM.


sang suami masih lagi menyayuh basikal ke kedai mencari barang, si isteri masih lagi mengepal ais kacang. namun bukan kerana tanggungjawab tapi kerana mereka seronok dengan kerja ini. semua mereka makan ais kacang ini. 2 daripadanya mencapai PHD, 1 sedang menyambung master, 1 degree, 1 sedang menamatkan degree, dan yang lain hidup tenang dengan kerjaya sendiri."

simpul simpulan bahasa sanskrit: ini sebabnya aku jarang makan laksa dan ais kacang.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v