yusufyaacub/panca-4dimensi: GENDANG TONG SAMPAH Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Thursday, April 19, 2012

GENDANG TONG SAMPAH

salam sahabat buat sekalian~

orite, kali ni aku nak buat tutorial hasilkan gendang tipu2 daripada tong sampah. gendang ni adalah imitasi daripada gendang asli. aku buat ni untuk kegunaan persembahan peringkat kebangasaan student2 skolah aku bagi program bulan mei nanti. gendang ni adalah rekaan asal daripada PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI PERLIS (PSKPPs). oleh sebab aku bukan cikgu asal yg dipertanggungjawabkan utk buat gendang ni, jadi aku x pernah pegi kursus yg JPN anjurkan. si PK KOKO aku yg steady itu telah mintak tolong aku untuk buat bendatang ni, so di bagi gambar potostat cam kat bawah ni untuk tengok. semalam, kami dua org pegi meronda pekan Kangar untuk cari kain batik murah2. satu lai kain batik bleh buat dua biji gendang. kami kena buat 12 biji , so kami beli 6 lai kain batik. bila dah ready semua barang, aku buat berdasarkan gambar potostat yg diberikan saja. segala cara dan kaedah nak pasang benda ni dari A to Z, terpaksala aku pikiaq sendiri. kalau x sekemas yang geng pergi kursus tu, jangan marah yer.. ^^

gambar potostat dari PSKPPs
jadi, mari kita buat sekarang:
1. anda perlukan kain batik murah semua benda ni:

 2. mula2 kita potong kain batik memanjang kepada 2 bahagian. sapu gam pada badan tong sampah. then apply satu bahagian kain batik tadi pada body tong yg dah digam tu. lebihan kain kat bawah bontot tong tu potong elok2 untuk touch up kat bahagian mulut tong pulak.




3. pastu gam pulak bahagian atas dan bawah. yg atas tu kena gam polisterin kat tengah2 plywood besar.  yang plywood kecik tu x payah letak polisterin. gamterus je dengan kain belacu. pastu tunggu dia kering dulu:



4. bila semua part yg perlu digam dah kering, kita pasang pulak. ada lubang siap sedia kat plywood tu tapi tertutup dgn kain yg digam. jadi tebuk semula untuk kita masukkan tali. tapekan tali dengan muskin tape untuk mudahkan masuk dalam stiap lubang. pastu buat knot pada hujung yg satu lagi. masukkan tali dari atas pada lubang pertama pada bahagian 4 lubang yg tersedia. pastikan knot ada di sebelah atas. terus masukkan tali dengan menghubungkan antara tapak bawah dan atas sehingga tamat.


5. bila dah habis tali dimasukkan, matikan knot pada lubang terakhir sebelah tapak bawah tapi knotnya menghadap ke atas. pastu potong tali yang lebih dan buka pilinan lebihan tali tu kepada 3 bahagian.

 6. guna cable tie untuk ikat antara 2 tali sebelah menyebelah. guna setiap satu dari 3 bahagian tali yang dah diceraikan tu untuk hasilkan "cover" pada cable tie yang dah diikat. tali tu disambung pada hujung dan pangkalnya guna muskin tape dan alihkan penyambung tu ke sebelah belakang. jadi, tak nampaklah penyambung, baru kemas!


7. sudut pandang dari atas, tepi, bawah:


simpul simpulan bahasa sanskrit: amacam? ok la kannn... salute pada org yg perah otak reka benda alah ni!

1 comment:

  1. waaaaaa... saya sgt teruja..
    alangkah baiknya jika sy ada 1. suka lah benda2 pelik n unik ni.....
    kalau ngajar dlm kelas, dan tunjukkan benda2 mcm ni.
    pasti seronok.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v