yusufyaacub/panca-4dimensi: MURAL AIR TERJUN Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, April 29, 2012

MURAL AIR TERJUN

salam sahabat buat sekalian~

selama 20 jam aku peruntukkan untuk siapkan mural ni. tapi aku takdalah buat direct 20jam tuh.. ingat aku buat rekod Malaysia ka apa? 20 jam tu aku collect sikit2 dalam masa 9 hari. ada hari aku buat dalam 2-4 jam camtu. bergantung pada cuaca dan keupayaan diri aku yg sentiasa xbrapa nak ok nih. penah satu hari tuh aku dekat2 nak collapse lepas buat mural ni direct selama 3jam. pastu cikgu pembimbing aku hantar aku balik rumah sewa. hahahaaa...
tak banyak la aku nak cerita bab mural ni.. cuma aku nak cakap, guru besar sekolah ni memang sempoi dan supportive tahap gaban. TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KEUPAYAAN SAYA. waktu aku propose utk buat satu mural kat Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai, Kuala Perlis, aku tak cakap pon aku dah biasa buat mural atau memang giat dalam bidang seni. just mintak pendapat dia kalau dia izinkan, dia tanpa banyak soal terus tanya nak buat mural yang bagaimana, di mana, dan dia offer untuk guna duit sekolah beli cat tanpa perlu buat kertas cadangan. tabiat aku ni plak pelik sikit. bila aku diberi sedikit kepercayaan tanpa ada halangan, aku akan buat terbaik selagi mampu. dan hasilnya seperti ini.. harap semua suka dan semua dapat melihat bahawa seni visual mampu mengubah MOOD SEKOLAH dalam gaya tersendiri.

rakan sepraktikum sedang seronok main air terjun. hahaa
aku dan ustaz Wan Asri, seorang guru praktikum J-QAF
harap semester depan akan buat satu atau dua lagu mural bersama guru semasa program INTERNSHIP di sini.

simpul simpulan bahasa sanskrit: ada GB2 yg nak aku berkhidmat di sekolah mereka? sila buat surat sokongan kepada KPM sekarang. anda akan dapat mural bernilai ribuan ringgit secara percuma setiap tahun. hahahahaa~
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v