yusufyaacub/panca-4dimensi: PERHIMPUNAN & MEMECAH REKOD PERSEMBAHAN SILAT 24 JAM TANPA HENTI Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Tuesday, April 17, 2012

PERHIMPUNAN & MEMECAH REKOD PERSEMBAHAN SILAT 24 JAM TANPA HENTI

salam sahabat buat sekalian~
aku baru je balik dari satu perhimpunan seni mempertahankan diri yang besar. jadi, apa yang aku nak bagitau kat sini, kami telah berjaya memadamkan rekod silat lincah yang pernah dibuat pada Mei tahun lepas. rekod memang best.. sweet memory. tapi penat jugakla nak kena cari budak2 yang dah bergelimpangan tidur kat masjid, hostel, tepi dewan, bawah tangga, atas stage, haaaadoiiihh~~ ni semua semata mata nak masukkan diorang dalam gelanggang dan perjalanan silat tu tak putus. kami buat dalam dewan sri iskandar UITM Sri Iskandar Perak. ada ekon sssejuk, aku x tahan weh.

sebenarnya silat 24 ni adalah idea naib yang di pertua silat sri gayong panglima ulung. dan kami rancang untuk buat rekod dalam kelompok kami saja. segala urusan dengan pihak Malaysian Book of Records, pertubuhan kami yang uruskan. semua keluar duit sendiri. kesian kat otai2 pertubuhan aku di perak nun. tapi tiba2 ada saja tangan-tangan yang nak ambil alih, maka jadilah projek ni di bawah nama PESAKA Perak. apa nak buat..... masa tahun lepas, bila rekod 10 jam nak dibuat, xda pulak panggil bincang untuk buat rekod sama2 untuk PESAKA. tapi bila time kami nak buat untuk pertubuhan kami saja, ada saja cakap-cakap belakang, pujuk2 rayu, bincang2 lemah gemalai.... donia2.....

walaupun jadi macamni, pihak kami profesional dan x boikot. nasib korang baik tau tak!

nak dijadikan cerita, aku ada jugak terpikir kemungkinan rekod silat 24 jam tanpa henti ni akan timbul isu solat ke tak? haha...bila aku balik ke rumah je, aku pon search dan jeng3... MEMANG ADA MANGKOK HAYUN CAP KELUBI MASAK LEMAK yang postkan berita ni kat forum radikal puak pembangkang. puih! aku x kesahla korang pembangkang ke, bengkang ke, longkang sekalipon... tapi pasai nak kaitkan rekod ni dgn UMNO? nak terus fitnah terus ke atas 400 orang peserta dan ramai lagi urusetia urusetia program ni? kau ingat fitnah ke atas beratus-ratus orang ni, senang2 malaikat nak padam kat buku amalan buruk kau tuh?
untuk itu, aku rasa aku nak tibai balik puak2 penfitnah ni biar korang sedaq diri sikit kan.. ahaa... masalahnya bukan dekat berita yang dikeluarkan paper tu. tapi masalah pada persoalan yang si malaun ni timbulkan guna berita yang dilaporkan.


semua yang korang nampak kat atas tu adalah dari web INI. jadi, kat atas tu semua mengutuk ngutuk. bermakna diorang ni dah termakan hasutan syaitan laknatullah si pembuka thread forum ni. maka, aku rasa makin bertambahlah dosa kau yer.. kami semua dapat pahala kau. kih3..
tapi ada jugak yg bersangka baik dan tertib..bagus diorang ni. camni la cara nak berforum..forum jgn sampai fitnah kan..
aku hairan betul manusia zaman sekarang. suka cari kesalahan orang lain. padahal dia sendiri dah buat dosa dan wajib minta maaf kat semua pesilat yang dia fitnah. ok2...mungkin kalau dia terbaca blog aku ni dia akan kata, "JADI APA BUKTI KAU YANG KORANG BERSILAT 24 JAM TAPI X TINGGAL SOLAT?".

buktinya ada kat aku. kami bersilat gilir2 bermula pukul 9 pagi 14 april 2012. setiap slot ada masa 30 minit. jadi, sebelum tamat slot pertama pada jam 9.30pagi tu, agak2 dalam minit ke 9.29pagi akan ada satu perguruan lain sambung gerakan silat dari belakang. jadi perguruan slot pertama akan keluar gelanggang sambil diganti dengan perguruan lain di slot dua. kemudian akan ada perguruan-perguruan lain akan ikut giliran masing2. maka itu yang dinamakan persembahan silat 24 jam tanpa henti. bukannya setiap pesilat bersilat x berhenti selama 24 jam. itula...mak ayah suruh belajar Bahasa Melayu pandai2, kau pegi main tuju guli........ nah..amik kau bukti jadual perlaksanaan program kami. nasib baik aku simpan. kenapa jadual ni aku ada? dah aku yang urus budak2 ni, dah tentu la aku ada. hadoiii....

 klik untuk besarkan mana2 gambar

simpul simpulan bahasa sanskrit: ehem2..dosa fitnah ni x terlerai selagi x mintak maaf pada orang yang kau fitnah. haha..masakla kau nak cari semua pesilat yang kau fitnah!

3 comments:

  1. bestnye persembahan ni...
    rindu nak bersilat dan tengok org bersilat..
    pedulik kan aje orang2 yang bermulut longkang yang suka menabur fitnah tu...
    yang penting apa yang kita buat tu betul dan tak menyalahi agama..

    ReplyDelete
  2. bagi kmie..x kisah la apa owg nk kata..biaq p kat depa la..sebenar yer depa tu jeles sbab kita leh wat rekod..first time kmie enjoy silat mase tu..syok gler susah sgt nk dpt pengalaman cm tu..apa2 pun terima kasih sbab bagi peluang kat kmie ^^

    ReplyDelete
  3. hanya ALLAH saja yg tau apa niat kita..owg leh x leh nk tau..cuma tau dgr ura-ura je.. huh :P

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v