yusufyaacub/panca-4dimensi: PTPTN- HARAM @ HALAL?: Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, April 21, 2012

PTPTN- HARAM @ HALAL?:

salam sahabat buat sekalian~






sekadar pandangan sahaje..
memetik kata2 mufti pahang yang keluar dalam berita harian bertarikh 20 april 2012, "Beliau berkata, mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman".
di sini, umum dah tahu walaupun kalau tidak disebut oleh mufti skalipun, BERHUTANG MESTI WAJIB BAYAR! tapi isu timbul bila sumber hutang itu adalah wang PTPTN. dan isu sebenar yang cuba disampaikan orang adalah PTPTN ada unsur riba sebab bunga yang tinggi. jadi, umum mempertikai hukum bayar hutang dari sumber yang mempunyai riba. 
baik, kita tengok hadis yg pertama.


jadi, siapa yang nak berhutang? siapa yang setuju memberi dan menerima hutang? dalam kes PTPTN, tentulah antara PTPTN dan student tu sendiri. deyy..kau dah sain agreement, so kau setuju la berhutang atas sumber wang riba yang kau canang2 tu. pastu kau tanak bayar atas alasan sumber tu riba. wang tu haram..jadi kau rasa wang haram pinjaman kau tu tak layak untuk dibayar balik?

aisey....aku bagi contoh simple la kan.
1. KITA TERDESAK TAKDA DUIT DAN NAK PINJAM PADA RAKAN YANG BUKAN MUSLIM.
2. RAKAN KITA BAGI PINJAM RM1000 DENGAN PERSETUJUAN PINJAMAN BAYARAN BALIK RM1050 SEBELUM GENAP SATU TAHUN.
3. KITA SETUJU SEBAB KITA DAH TERDESAK SANGAT, SO RAKAN KITA BUAT SATU AGREEMENT DAN TURUNKAN TANDATANGAN MASING2.

bila dah cukup masa, rakan kita datang dan mintak wang.
1. "kawan, wang yang pinjam dulu boleh bayar sekarang tak? ikut agreement, dah sampai masa ni."
2. kita: "ada..boleh bayar. RM1050 kan? tapi kan, saya x mahu bayar lah. sebab kau kenakan bunga RM50. itu sudah riba. haram hukumnya. jadi buat apa aku nak bayar pada kau yang amalkan riba?"
3. "alamak kawan...itu riba ka, apa ka..saya taktau laa.. kawan sudah pinjam sama saya. kawan kena bayar jugak la."
4. kita: "ehh..apa plak? xleh2..tuhan aku marah subahat dengan wang2 riba ni."
5. "aloo kawan... ITU MASA KAU PINJAM DULU KAU TADAK CERITA ITU RIBA2 PON? KAU AMBIK JUGAK AKU PUNYA DUIT APA PASAI? masa kau ambik, kau ingat kau tak subahat ka? masa bayar baru mau ingat subahat?"

baik kat sini kita nampak kan persamaan pinjam PTPTN dan kat contoh rakan yang aku bagi tadi? ok.. jadi clear la kan di sini, kalau kita xnak subahat mengamalkan riba, janganla ambik duit PTPTN tu. kita guna je sumber lain, duit mak bapak je, adik beradik, jual tanah  pusaka ke semata mata nak belajar tinggi2. betullah apa yang mufti tu cakap, sebelum kita berhutang kita boleh buat pilihan samada nak atau taknak. bila dah nak dan ambik dan guna dan tak bayar- HARAM LAH HUKUMNYA. kita kena paham, ada 2 perkara berbeza di sini. 1- haram pada objek (wang riba) 2- haram pada perbuatan (tak bayar hutang). kalau kita kutuk orang amalkan riba, kita pulak x bayar hutang dia bermakna kita dan dia sama2 HARAM JAD**. HAHAHA!

simpul simpulan bahasa sanskrit: kalau macamni pon xpaham2 lagi, maknanya lingkupla bangsa aku nanti.. ish3....
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v